• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
1. Mulakan dari kebun kecil
Sentiasa mulakan dari yang kecil atau sedikit demi sedikit. Dari situ kita akan belajar apa yang betul dan apa yang salah
2. Tanam dekat dengan pintu dapur
Rumah kampung atau rumah dulu2 mesti mempunyai kebun dapur iaitu tanaman yang ditanam atau tumbuh di bahagian belakang rumah berdekatan tempat membasuh / sinki dan bilik air
3. Gunakan apa yang ada
Kitar semula apa yang sesuai, guna semula sisa dapur, sisa laman, air rebusan, air basuhan beras dan sebagainya yang sesuai
4. Jangan gali, timbun
Terutama di taman perumahan, kalau ada tanah boleh buat batas timbun. Batu-bata, kepingan genting, papan2 terpakai boleh di jadikan penghadang batas timbun. Kekurangan tanah, gunakan bekas / container, bekas plastik beras, beg poli, beg kitar semula
5. Air, Air, Air
Air bukan sahaja penting untuk manusia dan haiwan, tanaman juga amat memerlukan air terutama tanaman yang terdedah kepada terik matahari. Penyiraman amat penting untuk berkebun
6. Cuba tanam semuanya, sedikit2
Jika kita cuba tanam semuanya, kita akan dapati ada tanaman yang amat sesuai, sesuai atau tidak sesuai dengan tanah kita, cara kita berkebun, cara kita menyiram, membaja dan sebagainya. Dari sini kita akan belajar lebih banyak
7. Tanam apa kita suka makan, makan apa kita suka tanam
Kalau suka makan anggur, belajarlah tanam anggur
8. Lokasi
Lokasi mestilah sesuai dengan jenis tanaman. Perhatikan sinaran matahari, kesan hujan, angin ribut, lindungan dan sebagainya
9. Suburkan tanah, baru tanam
Jangan harap dapat menuai hasil kalau menanam atas batu2. Cuba apa2 saja idea yang datang, mana tahu salah satu akan berhasil
10. Cuba hasilkan benih sendiri
Sekurang2nya satu kitaran tanaman kita dah tahu ... ilmu tuu
11. Cuba bandingkan harga pasaran
Untuk secekak kangkung misalnya yang dibeli walaupun hanya RM1 tetapi + duit minyak + duit parking + duit jajan anak dan masa yang di habiskan
12. Jangkaan Ekonomi
Harga barangan termasuk sayuran akan sentiasa meningkat, solusi kita ?
13. Libatkan semua keluarga
Anak2 terutamanya perlu di latih untuk minat berkebun samada sebagai hobi atau pembelajaran
14. Gunakan Teknologi
Macam2 jenis sistem pertanian bandar telah di komersialkan samada oleh agensi kerajaan atau swasta, salah satu mesti sesuai dengan kita
15. Berkebun Di Kampung
Bagi yang ada kampung yang mempunyai tanah, boleh berkebun di kampung. Disamping dapat menziarah orang tua dan keluarga, boleh menjenguk kebun
16. Kemudahan Internet
Dengan adanya liputan internet yang meluas dan stabil, berkebun bukan hanya boleh di jadikan hobi tetapi satu perniagaan yang serius
17. Sertai Group Berkebun
Banyak Group Berkebun terutamanya di Fb yang boleh anda sertai. Berkongsi pengalaman dan idea serta bertukar2 benih tanaman dan rahsia berkebun amat menyeronokkan. Cubalah !
18. Tanam Bunga
Kebun yang berwarna warni lebih menyeronokkan daripada tanaman warna yang sama / hampir sama warnanya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan