BENIH KULTUR TISU KELAPA (Cocos nucifera) terus menjadi perbincangan pada saintis dan ahli pembiakbaka tanaman seluruh dunia. Tanaman kelapa kini merupakan tanaman penting dibeberapa negara sebagai sumber ekonomi negara tersebut. Pada masa kini keluasan tanaman kelapa dunia adalah sekitar 61.4 juta hektar dengan negara Indonesia menanam seluas 19.1 juta hektar diikuti oleh Filipina (14.7 juta hektar), India (11.1 juta ha), Brazil (2.9 juta ha) dan Sri Lanka (2.2 juta ha) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 61 juta metrik tan (Sumber: FAO Statistic Report, 2014). Malaysia hanya mempunyai sekitar 97,500 hektar kawasan tanaman kelapa pada tahun 2014. Terdapat lebih daripada 90 negara yang menanam kelapa diseluruh dunia dimana kebanyakannya adalah di kawasan Asia. Tanaman kelapa kebanyakannya adalah dikawasan tanah pamah terutama dikawasan pesisir pantai dan kawasan berpulau-pulau dimana ia merupakan tanaman yang paling sesuai untuk diusahakan. Kelapa merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan jangkahayat mampu sehingga 50 tahun dan masih lagi mengeluarkan hasil. Ia mampu tumbuh sehingga 30 meter tinggi (98 kaki) dengan mempunyai daun dari pelepah berukuran 4-6 meter panjang dalam dikelaskan sebagai 'pinnate leaf'. Mempunyai dua kategori pookok kelapa iaitu JENIS TINGGI (Tall variety) dan JENIS RENEK (Dwarf variety). Kacukan antara keduanya dan bersilang akan menghasilkan KELAPA HIBRID(Hybrid variety). Kelapa lazimnya akan dibiakkan dengan biji benih yang terhasil daripada pokok induk yang matang. Secara marfologinya setiap mayang kelapa mempunyai kedua-dua bunga betina dan jantan yang akan melakukan proses pendebungaan sendiri atau ia lakukan pendebungaan bersilang dengan pokok lain. Agen pendebungaan adalah seperti angin, seragga (lebah madu, kelulut, lebah madu, kerengga, semut, tebuan dan lain2). Hasilnya adalah buah kelapa matang yang boleh dibuat pemilihan untuk dijadikan benih tanaman kelapa. Kini kajian dan penyelidikan terus dijalankan untuk mendapatkan benih kelapa dengan kaeda 'in-vitro propogation technique' atau mudahnya kita sebut sebagai kaedah Kultur Tisu Didik (Tissue Culture). Penulis blog sering ditanya petani dan rakan-rakan kenapa tidak boleh mendapatkan benih kelapa hibrid MATAG jika ia boleh dikeluarkan dengan kaedah kultur tisu?. Memang sukar memberi kefahaman mengenai perkara ini. Oleh itu artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perkara ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Program bagi Pertukaran Janaplasma (Germplasm Exchange) bagi tanaman kelapa memang telah lama dilakukan oleh beberapa negara didunia. Di Malaysia antara beberapa pusat janaplasma kelapa negara terletak di MARDI Sg Sumun di Perak, Pusat Pertanian Parit Botak di Batu Pahat, Pusat Pertanian Jorak di Muar, Pusat Pertanian Lekir di Perak, Pusat Pertanian Ulu Dusun di Sandakan, Pusat Pertanian Menumbok di Sabah, Pusat Pertanian Paka di Terengganu dan beberapa lagi. Pusat-pusat ini menyimpan banyak varieti kelapa tempatan dan juga kelapa varieti dari luar negara. Varieti Kelapa daripada beberapa dunia ada disimpan di MARDI Sg Sumun, Bagan Datoh, Perak sebagai pusat simpanan baka benih kelapa untuk tujuan biakbaka. Sebagai contoh di pusat ini terdapat pokok kelapa Malayan Brown Dawrf (MBD), MRD, MYD, MGD, Nias, beberapa jenis Renek dan banyak lagi yang disimpan. Program biakbaka kelapa dengan membuat kacukan silang (cross breeding) diantara jenis kelapa berlainan mengikut program yang disediakan. Terkini pihak MARDI ada mengumumkan beberapa varieti baru kelapa seperti Carena, Carini, Marleka, Marlini dan banyak lagi. Dari beberapa kajian menunjukkan kebanyakan negara penanam kelapa mempunyai stok pokok baka genetik yang terhad untuk mereka membuat program biakbaka kelapa. Program pertukaran benih kelapa untuk janaplasma bagaimana pun masih kurang dilaksanakan akibat beberapa sekatan yang dijalankan bagi melindungi hakmilik baka negara mereka.
Program untuk pertukaran bahan Janaplasma Kelapa dunia kini diselaraskan oleh satu badan yang dikenali dengan nana Coconut Genetic Resources Network (COGENT). Badan antarabangsa ini merupakan satu gabungan beberapa negara yang membuat kolaborasi bertujuan untuk mereka mempromosikan (promote) pemuliharaan genetik tanaman kelapa. Badan COGENT ini kini dianggotai oleh 39 buah negara terdiri daripada negara Bangladesh, Benin, Brazil, China, Colombia, Cook Islands, Costa Rica, C�te d'Ivoire, Cuba, Fiji, Ghana, Guyana, Haiti, Honduras, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Kiribati, Madagascar, Malaysia, Mexico, Myanmar, Mozambique, Nigeria, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Samoa, Seychelles, Solomon Islands, Sri Lanka, Sultanate of Oman, Tanzania, Thailand, Tonga, Trinidad y Tobago, Vanuatu and Vietnam. Kelapa yang juga dikenali dengan 'Tree of Life' merupakan tumbhan pelbagai guna sama ada ianya ditanam secara komersil diladang-ladang besar atau ditanam sebagai tanaman keliling rumah yang menjadi kebiasaan. Produk kelapa memberikan makanan, perlindungan (shelter) dan juga tenaga kepada mesyarakat. Ia juga menjadi satu industri yang bernilai tinggi dan dijadikan sebagai tanaman stratefik dalam penghasilan makanan, meningkatkan nutrisi, memberikan peluang2 pekerjaan, keseimbangan ekuiti dan juga memberikan siatem perlindungan kepada alam sekitar. Tanaman ini sentiasa juga menghadapi masaalah didalam penanaman termasuk tahap kompetetif dengan tanaman lain dan penghasilan rendah. Di Malaysia keluasan tanaman kelapa terun menurun kerana ia digantikan dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan dan ditebang untuk proses perbandarn kegunaan perumahan dan infrastruktur lain. Masyarakat kelapa dunia menyedari isu ini dimana penyelidikan untuk baka kelapa sangat tiggi perbelanjaanya jika dibuat bersendirian. Oleh itu mereka mesti mengujudkan kerjasama dalam menyediakan sumber genetik kelapa sebagai satu kaedah penting dalam menyediakan baka tanaman kelapa berprestasi tinggi. Bila ada pelbagai pilihan dari janaplasma ini maka kajian melalui kultur embrio dapat dilakukan secara berterusan. Embrio kelapa ini boleh ditukar-tukar dalam bentuk 'Embriosin' dalam tabung kaca (small tubes) dan dihantar kenegara yang memerlukan. Perpindahan secara terkawal dan selamat ini untuk elakkan berlaku kontaminasi minima berlaku. Embrio ini kin telah ditanam dilokasi yang dikawal untuk tujuan biakbaka tanaman kelapa.
Kaedah ke 3 dalam program pembiakan kelapa adalah dengan mengujudkan Pemuliharaan Janaplasma (Germplasm conservation). Teknologi biakbaka In-vitro merupakan kaedah pembiakan kelapa yang melibatkan koleksi penyimpanan janaplasma. Pokok menghasilkan buah atau biji jenis 'Recalcitrant' iaitu jenis buah yang tidak boleh disimpan dalam benyuk keringkan dalam keadaan tahap kelembapan rendah (low moisture) atau pun dismpan dalam keadaan suhu rendah (low moisture) seperti biji-bijian lain. Secara tradisionalnya sumber genetik buah kelapa ini disimpan didalam bentuk pokok hidup dikebun atau di pusat bank gen (Gene banks) sejak lama dahulu. Bagaimana pun penyimpanan pokok ban gen kelapa ini selalu juga terdedah dengan ancaman seperti serangan perosak, faktur cuaca seperti banjir dan kemarau serta ancaman biologi. Ia boleh hilang jika tidak dijaga dengan baik mengikut piawaian. Ia perlukan kos penyelenggaraan ladang yang agak tinggi setiap tahun seperti kos pembajaan, kawalan rumpai, selenggara infrastruktur ladang dan kawalan perosak yang mengancam. Serangan perosak seperti Kumbang Jalur Merah (Red Palm Weevil) dan beberapa perosak lain kini mengancam pokok ban gen ini. Umumnya ia memerlukan kos yang tinggi untuk menyelenggara bank gen kelapa ini.
Berlainan pula dengan kaedah Penyimpanan In-vitro (Invitro conservation) jika dilakukan sangat bergantung kepada jangkamasa penyimpanan. Untuk kaedah penyimpanan jangkapendek atau jangka sederhana selalunya ia bertujuan untuk mengurangkan pertumbuhan atau meningkatkan interval diantara sub-kultur. bagi tujuan penyimpanan lebih lama dan jangkapanjang maka teknologi yang sesuai digunakan dinamakan sebagai 'CRYOPRESERVATION' iaitu penyimpanan didalam suhu sangat sejuk (ultra low temperature) seperti didalam Nitrojen Cecair dengan sugu minus 196 (-196C). Ini merupakan satu-satunya kaedah suhu sejuk yang ada dan digunakan setakat ini dengan kos yang memang tinggi jika penyimpanan dilakukan untuk jangkamasa lama (Sila lihat foto disebelah). Pada suhu ultra sejuk ini lazimnya semua aktiviti pemecahan sel dan proses metabolisma kelapa akan berhenti. Jika disimpan dengan baik secara teorinya bahan tanaman ini tidak akan berubah sifatnya untuk satu jangkamasa yang lama. Apa yang penting adalah tidak berlaku kontaminasi jika disimpan dalam jumlah kecil yang terkawal sepanjang masa. Penyimanan kultur embrio kelapa skala kecil ini memerlukan kos penyelenggaraan yang minima dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa sederhana. Apabila kita ingin menggunakan kultur embrio ini maka ia boleh diletakkan pada media percambahan seperti prosedur yang telah dijelaskan sebelum ini. Kaedah seperti ini ada dijalankan dibeberapa negara termasuk di Coconut Research Institue (CRI) di Sri Lanka dengan jayanya. Mereka menjalankan teknologi cryopreservation terhadap beberapa jenis baka kelapa untuk industri kelapa dimasa hadapan lebih terjamin. Semuga tulisan mengenai teknologi pembenihan kelapa dalam 4 siri ini memberi info berguna kepada penulis blog sendiri dan pembaca semua. Wasallam!!!..
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan