KENTANG GMO (Transgenic Potato) merupakan satu dari kategori tanaman yang kini telah dikomersil dibeberapa negara maju didunia. Dalam bahasa lain kentang GMO atau dipanggil sebagai Genetically Modified Organisms adalah kentang yang mempunyai gen (gene) diubahsuai melalui proses genetically engineered technology. Tujuan utama teknologi ini adalah untuk meningkatkan hasil kentang dengan adanya gen yang rintang terhadap serangan perosak dan penyakit. Kentang ini juga dilapor mempunyai potensi kandungan kanji yang tinggi berbanding dengan kentang biasa yang bukan sahaja ia sesuai dijadikan bahan makanan tetapi juga untuk bahan industri hiliran yang lain. Kentang ini juga mempunyai ciri ketahanan lepas tuai yang baik dan lama untuk tujuan pasaran dan juga kerosakkan semasa pengendalian. Ada banyak syarikat dan kajian dilakukan terutama di USA dalam menghasilkan kentang transgenik ini semenjak beruloh tahun dulu. Kajian-kajian ini bagi tujuan menghasilkan tanaman GMO telah mendapat respon yang berbelah bagi dikalangan penggguna dimana ramai yang menentangnya dengan pelbagai dakwaan negatif dan diviralkan alam lamanweb serta dibincangkan dalam forum-forum antarabangsa. Kita Malaysia merupakan pengimpport tegar kentang ama ada kentang segar, kentng proses atau dalam bentuk sedia untuk diguna. Hidangan kentang goreng dibanyak rantaian Maknan Segar (Fast Food) seperti di KFC, McDonald, Marry Brown dan banyak lagi memang ada dihidangkan sebagai menu utama yang mendapat tahap permintaan tinggi. Berapa nilai agaknya di negara kita jumlah import kentang seperti ini selain daripada kentang lecek, wedges dan banyak jenis lagi makanan yang berasaskan kenntang dinegara kita. Apa pun artikel pagi Ahad ini saya menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' satu rencana mengenai kentang transgenik atu kentang GMO sekadar berkongsi info dengan pembaca semua.
Dalam pada itu Syarikat Mosanto berjaya menghasilkan kentang transgenik atau kentang GMO ini dengan nama NewLeaf pada tahun 1995 (Sila lihat foto disebelah). Dari segi sejarah kentang Newlwaf ini merupakan kentang GMO yang ertama dihasilkan melalui penyelidikan didunia. Kentang ini direkacipta untuk mengatasi masaalah serangan oleh Kumbang Kentang Colorado (Colorado potato beetle) yang mampu merosakkan tanaman kentang sehingga 85% hasil berkurangan. Kentang jenis ini telah didapati mampu untuk mengatasi masaalh produktiviti kentang untuk pasaran domestik dan eksport dari negara pengeluar USA dan beberapa negara lain. Kaedah teknologi yang dilakukan dalam trangenik ini adalah dengan kaedah memasukkan bahan Toksinn Bt atau pun gen asal daripada bakteria dikenali sebagai Bacillus thuringiensis dimakmal. Ini yang mungkin menakutkan pengguna apabila ada gunakan gen bakteria untuk GMO kentang yang dihasilkan. Apa pun kini kultivar kentang ini dilaporkan selamat ditanam dan dimakan oleh manusia. Dalam kes lain Mosanto melakukan kajian terhadap jenis kentang yang tahan dan rintang dari serangan serangga yang mana syarikat ini imula menjual biji benih kentang mulai tahun 2001 kepada negara yang menanam kentang transgenik ini.
Dalam kes ke 3 yang penulis blog ingin berkongsi maklumat adalah Kentang GMO dengan jenama Amflora yang juga ianya dikenali dengn nombor daftar EH92-527-1. Kultivar kentang ini merupakan kentang yang dibanu=gunkan oleh Syarikat terkenal iaitu BASFPlant Science yang mana syarikat ini juga pengeluar banyak bahan kimia pertanian yang terkenal diseluruh dunia. Apa yang dilakukan dalam kajian syarikat ini adalah kentang yang mengandungi Kanji Amylopectin Tulin (pure amylopectin starch) yang akhirnya akan diproses menjadi produk kentang kanji berlilin (waxy potato starch) yang bernilai tinggi (Sila anda melihat foto disebelah). Kentang jenis GMI ini telah mendapat kelulusan daripada EU (Europea Commision) pada March 2010 bagaimana pun EU telah menarik balik kelulusan ini pada Januari 2012. Perkara ini berlaku kerana ramai kalangan petani dan juga gulugan pengguna di EU yang tidak menerima kentang GMO kultivar ini. Kita lihat bagaimana kuasa petani dan pengguna disana mampu menilak kentang GMO ini tetapi penulis blog berpendapat mungkin ada penanaman kultivar ini dan hasilnya dieksport kenegara-negara ke 3 termasuk mungkin ke negara kita yang tidak tahu akan produk kentang GMO ini. Pihak berwajib boleh melihat perkara ini dan diharap ianya tidak berlaku dinegara kita.
Dalam kes ke 4 mengenai kentang transgenik ini ada kultivar dinamakan sebagai Kentang Desiree yang mana ia telah dibangunkan sekitar tahun 1990�n. Kultivar ini juga telah dibangunkan oleh seorang saintis bernama John Gatehouse iaitu saintis dari Cambridge Agricultural Genetics (kemudian diberi nama sebagai Axis Genetics). Bagaimana pun kajian penanaman kentang Desiree ini telah dibuat diladang Rothhamsted Experimental Station selama dua tahun sehingga kajian diselesaikan. Kentang GMO ini dibuat untuk menghasilkan kultivar yang tahan dari serangan serangga kerana kandungan toksin didalamnya. Gen daripada tumbuhan Galanthus nivalis agglutinin telah digunakan dikenali dengan nama GNA lectin protein. Pengguanaan gen dari bahan GNA (snowcrop) ini telah berjaya menghasilkan kentang yang kemudiannya telah ditanam untuk penghasilan. Kentang ini kemudian dilapor mwndapat tentangan dan dilaporkan dalam kes Puzlai Affair. Puzlai affair ada kontroversi yang berlaku pada tahun 1998 dimana kah=jian yang dilakukan oleh Institute Rowett di Aberdeen di Scotland melaporkan kentang GMO yang diberikan kepada tikus menyebabkan daya tahan (immunity system) tikus menurun dan menebalkan mukus didalam perut tikus yang menyebabkan kentang GMO ini diharamkan. Terkini beberapa saintis di Bangladesh dilaporkan berjaya untuk menghasilkan kentang GMO menggunakan varieti mereka sendiri yang tahan kepada masaalah penyakit karah kentang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang dipaparkan. Wasallam!!...
KENTANG GMO... KAJIAN BERTERUSAN...
NEGARA MAJU... TINGKAT PENGHASILAN...
PRODUK KENTANG ... RAMAI YANG MAKAN...
PASTIKAN SELAMAT... INFO DIPERLUKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(12 Rejab 1439H).
Catat Ulasan