SNOW FISH merupakan sejenis resepi makanan berasaskan ikan yang telah dipromosikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia terutama semasa MAHA dijalankan. Sebenarnya 'Snow Fish' atau dalam bahasa Melayunya bermakna 'Ikan Salji' adalah menu 'Ikan Bakar Bersalut Garam' yang telah dibangunkan dan di promosikan untuk rakyat Malaysia.. Penulis blog melihat pelancaran menu ini oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa MAHA dan HPPNK mendapati ia mampu menarik minat ramai orang untuk memakan ikan air tawar. Menu ini dicipta nagi memindahkan teknologi penghasilan makanan berasaskan ikan dari jenis Ikan Air Tawar (Fresh Water Fish) yang mana ramai dikalangan penduduk negara ini biasanya yang tidak suka memakannya. Dari tinjauan saya mendapati orang ramai dakwa ikan air tawar biasanya hanyir tidak seperti ikan laut. Menu Snow Fish ini akan menggalakkan orang ramai untuk menikmati menu hidangan ikan air tawar yang berkhasiat dari sumber yang memang mudah diperolehi. Ia juga satu usaha untuk Jabatan Perikanan mengetengahkan makanan ikan air tawar melalui pelbagai variasi dan teknik dari sumber akuakultur. Kaedah juga mampu mengurangkan tahap dalam kebergantungan sumber dari pada tangkapan ikan dari laut. Daripada risalah dan juga perbualan penulis dengan pegawai dari Jabatan Perikanan menyatakan dimana antara beberapa keistimewaan ikan Snow Fish ini adalah rasa isinya tidak masin walau pun ia disaluti dengan garam yang banyak. Ikan ini juga memberikan tekstur isi ikan yang tidak kering seperti kaedah memasak ikan dengan cara membakar dimana ia memberikan warna isi ikan yang putih, lembut dan Tidak Berbau Hanyir. Keistimewaannya juga didapati lazimnya ikan akan lebih cepat dimasak tanpa mengubah rasa pada ikan. Apa pun penulis blog diberitahu dimana ikan air tawar yang dipilih mestilah dari IKAN SEGAR untuk memberikan kenikmatan paling maksima. Sebaikan hidangan ini dimakan KETIKA PANAS untuk merasai keenakannya. Dalam pada itu cara hidangan adalah disyorkan bersama dengan makanan iaitu SAYUR-SAYURAN seperti daun salad, mihun siam atau pun sis pencecah yang sesuai (Sila lihat foto paling bawah). Artikel subuh jam 4.30 pagi ini saya menulis dari tingkat 13 Hotel Promenade Tawau, Sabah dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu resepi Ikan Snow Fish untuk dijadikan hidangan istiwewa dari ikan air tawar.
Bahan-bahan untuk memasak Snow Fish ini memang mudah didapati disekitar kita. Bagi menyediakan bahan perapan diperlukan bahan Garam Halus, Serai, Bawang Putih, Daun Pudina, Daun Ketumbar, Daun Limau Purut, Halia, Gula Melaka, Gula Pasir, Serbuk Perisa dan juga Sos Ikan. Kesemua bahan untuk perap ini memang didapati memberikan keenakan kepada isi ikan bakar dan juga menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar yang hendak dimasak. Lazimnya ikan air tawar yang dijadikan ikan snow fish dari jenis IKAN TILAPIA MERAH atau IKAN TILAPIA HITAM. Anda boleh membaca mengenai ikan tilapia dalam rencana saya tulis pada 2011 (Sila Klik Disini). Jenis IKAN TILAPIA (Oreochromis spp) adalah sejenis ikan yang popular dari keluarga CICHLIDAE yang terdapat dikawasan air tawar dan juga sedikit di kawasan air payau. Terdapat lebih dari 100 spesis ikan tilapia diseluruh dunia yang mendudukki kawasan Sungai, Tasek, Kolam dan kawasan takungan air. Di Malkaysia ikan tilapia merupakan salah satu jenis ikan yang di ternak dan selalu dijual secara komersil terutama dikawasan penternakan ikan dalam kolam ikan air tawar. Bagi bahan sos pencecah diperlukan Cili Hijau, Cili Api, Daun Pudina, Daun Ketumbar, Bawang Putih, Limau Nipis, Gula Melaka, Buah Keras, Serbuk Perisa dan Sos Ikan.
Kaedah penyediaan ikan Snow Fish dengan memilih ikan tilapia segar dan mesti dibuang dahulu isi perutnya. Apa yang penting dijadikan petua adalah Sisik Ikan serta lendirnya mesti dibiarkan untuk digunakan semasa proses pembakaran ikan ini. Lazimnya saiz ikan yang sesuai dipilih untuk ikan snow fish ini sekitar 600 gram keatas. Ikan tilapia yang kecil tidak digalakkan dijadikan ikan snow fish. Bahan-bahan perapan seperti serai, bawang putih, daun pudina, daun ketumbar, daun limau purut dan halia dipotong dan kemudian bahan tadi digaul bersama gula melaka, gula pasir, sos ikan dan juga bahan perisa. Biarkan dahulu seketika untuk ramuan tersebut menjadi sebati. Kemudian bahan perapan ini perlu dimasukkan kedalam perut ikan tilapia ini sehingga penuh. Perkara asas adalah menyalutkan garam halus pada keseluruhan permukaan luar badan ikan sepenohnya. Ikan yang disalut garam ini kemudian akan dibakar menggunakan haba dari arang atau pun oven selama 20 minit dengan sering menbalikkan. Kemudian dikeluarkan semasa panas dan kulit ikan tilapia tersebut dipotong menggunakan gunting dan ia telah sedia untuk dihidangkan bersama nasi, mee hoon dan sebagainya.
Dalam pada itu kepada bakal usahawan Ikan Snow Fish ini hanya perlukan modal yang sedikit dan mampu pada peringkat awal perniagaan ini. Kos asas untuk menyediakan peralatan hanya sebanyak RM8,060 iaitu terdiri daripada kos membeli Dapur Pemanggang Ikan (RM6,000), Pisau 2 bilah (RM 60), Tray 2 unit (RM60), Chopping Board 4 unit (RM60), Freezer 1 unit (RM1,200), Meja stainess steel (RM350), Appron 4 unit (RM40), Topi 4 unit (RM40) dan Troli 1 unit (RM250). Sementara itu bahan mentah menyediakan ikan snow fish ini diperlukan 50 kilogram ikan tilapia dimana harga dipasaran sekitar RM9 - RM12 sekilogram (RM600), Ramuan rempah ratus sebanyak 10 kg (RM100) dan Bahan Arang kayu Bakar sebanyak 20 beg (RM140) menjadikan jumlah kos bahan mentah adalah RM840. Lazimnya jualan ikan bakar untuk sebulan adalah 50 kg sehari selama 25 hari dengan harga jualan RM25.00 satu hidangan menjadikan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM31,250. Jumlah kos operasi dan pengurusan perniagaan ikan snow fish ini dikira sebanyak RM22,575 sebulan. Ini termasuk belanja untuk membeli ikan bakar (RM15,000/bulan), Belanja Rempah Ratus (RM1,250 sebulan), Belanja Bahan Bakar (RM1,750 sebulan), Bayar Gaji Pekerja (RM3,000/bulan), Bayar Bil Utiliti Letik dan air (RM500/bulan) dan perbelanjaan luar jangka sebanyak 5% iaitu bernilai RM1,075 sebulan. Analisa untung rugi adalah sebanyak RM8,675 sebulan menjadikan usaha menjadikan ikan snow fish ini sebagai sumber pendapatan adalah lumayan.
(1) Testimoni 1: MYNEWSHUB
'Snow Fish' Beri Pulangan Besar Peniaga Ikan Bakar
Published on Feb 24, 2017
KEMAMAN � Para usahawan yang berminat menceburi bidang perniagaan makanan berasaskan ikan bakar dipelawa mencuba menu terbaharu yang diperkenalkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) iaitu ikan tilapia bakar bersalut garam yang dikenali sebagai �snow fish�. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata teknologi, kaedah dan resipi untuk menu tersebut telah disediakan oleh DOF. Katanya, pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh mengguna pakai model perniagaan �Pakej Snow Fish� yang berpotensi memberikan pulangan lumayan melebihi RM6,000 sebulan kepada pengusahanya. �Dengan keupayaan mesin yang direka khas untuk membakar ikan tilapia itu sebanyak 50 ekor sehari, peniaga yang mengambil Pakej Snow Fish ini berpeluang mendapat RM6,000 sebulan. �Pada masa ini, cara membakar ikan seperti ini amat jarang dilihat di Malaysia dan kita menjangkakan permintaan yang tinggi daripada peminat ikan bakar hasil promosi yang sedang berjalan ketika ini. �Secara tidak langsung dapat mengubah persepsi rakyat Malaysia terutama generasi terdahulu yang sering menganggap ikan air tawar sebagai ikan kategori �kelas kedua� atau �kualitinya rendah� selepas ikan laut,� katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan menu dan pakej Snow Fish peringkat kebangsaan di Dataran Pantai Kemasik di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan. Pada majlis tersebut, Ahmad Shabery turut menyampaikan 35 mesin snow fish kepada usahawan perintis snow fish di seluruh negara di bawah bimbingan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata sudah tiba masanya ikan air tawar diberi nafas baharu dengan memperkenalkan pelbagai menu yang lebih istimewa dan unik, paling penting boleh diterima ramai sebagai selera rakyat Malaysia. �Sekarang pun ikan air tawar harganya lebih mahal berbanding ikan laut dan saya berharap lebih ramai golongan muda akan menceburinya untuk dijadikan sumber pendapatan utama mereka,� katanya. Setakat ini, seorang peniaga di Kelantan yang terlibat dalam projek perintis model perniagaan tersebut mampu menjual sehingga 200 ekor ikan sehari. Sementara itu, Ismail berkata kementerian turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan snow fish melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini. �Selain snow fish, model perniagaan �Dancing Tilapia� turut diperkenalkan oleh pihak jabatan khusus untuk ikan air tawar yang bakal memberi pulangan sehingga RM5,000 sebulan jika ianya diusahakan dengan jayanya. �Jabatan juga berjaya melahirkan seorang usahawan memproses sate tuna yang beroperasi di Labuan dengan kerjasama Pejabat Perikanan Labuan yang sedang meluaskan rangkaian promosi dan pasaran sate tuna sebagai hab industri hiliran ke seluruh negara,� katanya. � BERNAMA
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

(2) TESTIMONI 2 : SINAR HARIAN
KEMAMAN - Menu ikan air tawar bakar bersalut garam atau dinamakan 'snow fish' yang baharu diperkenalkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mempunyai banyak khasiat dan menjadi makanan seimbang untuk dinikmati ramai rakyat Malaysia. Pengusaha projek rintis ikan tilapia bakar bersalut garam, Mohd Zain Md Daud, 53, berkata, menu berkenaan sangat berkhasiat kerana ikan air tawar kaya dengan sumber protein selain rasanya memang sedap dan menyelerakan. Menurutnya, menu itu yang dihidang bersama perencah, laksa siam dan sayuran menjadikan ia satu hidangan yang seimbang seterusnya memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk menggemari ikan air tawar. "Kita sedar bahawa kebanyakan rakyat negara kita lebih sukan makan ikan air laut kerana pada pemikiran mereka, ikan air tawar atau ikan yang diternak berbau hanyir. "Tapi dengan adanya projek ini ia boleh mengubah persepsi mereka terhadap ikan air tawar atau ikan yang diternak di mana sekali mereka makan ikan tilapia bersalut garam ini, sudah pasti mereka ingin merasanya lagi," katanya ketika ditemui semasa melakukan persediaan tapak Majlis Pelancaran 'snow fish' di Dataran Kemasik, petang semalam. Majlis pelancaran itu yang bakal diadakan serentak dengan perasmian Uptown Gong Chengal (GC) akan disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada jam 5.30 petang, hari ini. Mohd Zain yang juga pengusaha projek ternakan ikan dalam sangkar di Pantai Kundur, Kota Bharu, Kelantan memberitahu, ideanya untuk menjalankan projek 'Snow Fish' itu tercetus selepas mengadakan lawatan ke MAHA 2016 yang lalu. Katanya, beliau berminat untuk menceburi bidang penyediaan makanan itu setelah melihat demonstrasi ikan tilapia bakar bersalut garam yang dilancarkan Ahmad Shabery semasa perasmian MAHA 2016 di MAEPS, Serdang. Beliau yang sudah terbiasa dengan kerja-kerja memasak tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan resipi bagi menjalankan projek ikan bakar bersalut garam berkenaan.
'Snow fish' keluaran DOF banyak khasiat
RAIHAM MOHD SANUSI
24 FEBRUARI 2017
RAIHAM MOHD SANUSI
24 FEBRUARI 2017
Mohd Zain (dua kanan) memberi tunjuk ajar kepada pengunjung
tentang cara-cara membakar "Snow Fish' menggunakan
alat pembakar di tapak Majlis Pelancaran 'Snow Fish',
Dataran Kemasik, Kemaman, petang semalam.
Mohd Zain juga seorang yang kreatif kerana dapat menghasilkan alat membakar ikan dengan hanya sekali memerhatikan mesin ikan bakar yang dipromosikan di MAHA tempoh hari, malah beliau juga turut mengubahsuai mesin atau alat pembakar ikan tilapia secara manual tanpa ianya menggunakan penjana elektrik. Kata Mohd Zain, alat pembakar ikan secara manual itu boleh membakar ikan sebanyak 22 ekor dalam satu masa. Ditanya mengenai resipi, menurutnya, bahan utama 'Snow Fish' adalah ikan tilapia dan ikan itu yang telah disiangkan dengan membuang isi perut tanpa membuang sisik, ikan itu akan digaul atau diperam dengan rempah disediakan terlebih awal. "Kebiasaannya ikan diperam selama satu hari untuk rempah sebati dengan ikan. Selepas itu garam hancur akan disalutkan pada badan ikan. "Bagi proses membakar, bahan bakar arang akan digunakan sebagai media untuk membakar ikan tilapia. Arang akan dibiarkan membara terlebih dahulu sebelum ikan dibakar," katanya. Setelah arang membara, ikan tilapia akan diletakkan di bawah pemegang ikan pada alat membakar dan ikan berkenaan mengambil masa antara 15 hingga 30 minit untuk masak secukupnya bergantung kepada keadaan arang yang membara. Mohd Zain berkata, setelah ikan tilapia yang dibakar masak, ia akan dihidang bersama perencah, laksa siam dan sayuran yang mana isi ikan yang dibakar akan dimakan bersama dengan ramuan tersebut. "Setakat ini sudah seminggu saya mulakan bisnes menjual 'snow fish' ini di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu dan mampu jual hingga 200 ekor ikan setiap hari. "Melihat kepada potensi bisnes ini, saya juga akan pelbagaikan menu tilapia yang saya jual dan selepas ini akan perkenalkan serunding tilapia bersama ubi kayu, martabak tilapia, roti jala tilapia dan tilapia yang dimakan bersama daun kadok," ujarnya. Tambahnya lagi, projek berkenaan boleh memberi pulangan yang menguntungkan dan memberi banyak kelebihan kepada pengusaha ikan bakar serta seluruh penternak ikan air payau dan air tawar di negara ini. "Dengan adanya projek ini pengeluaran ikan negara juga akan bertambah serta penternak dapat meluaskan bidang pemasaran akuakultur," katanya. Sementara itu, DOF juga berhasrat untuk memperluaskan model perniagaan berasaskan perikanan seperti 'Snow Fish' berkenaan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, pihak jabatannya kini giat mempromosikan penggunaan ikan air tawar sebagai hidangan utama masyarakat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
Catat Ulasan