TANAMAN TRANSGENIK (Transgenic crops) merupakan satu temuan oleh saintis didalam sektor pertanian dimana ianya memberikan kesan positif yang dikehendakki. Terdapat banyak jenis tanaman transgenik dan jenisnya yang telah dihasilkan dimasa kini terutama diusahakan oleh beberapa negara maju. Sebenarnya apakah transgenik itu?. Dalam beberapa buah bahan rujukkan yang penulis blog baca dinyatakan dimana perkataan 'Transgenik' adalah terdiri dari kata 'trans' yang bererti 'pindah' dan 'gen' membawa makna 'pembawa sifat'. Daripada gabungan perkataan 'transgenik' dimaksudkan sebagai memindahkan gen dari satu makhluk hidup kemakhluk hidup lainnya seperti dari satu tanaman ketanaman lainnya, atau berkemungkinan dari gen haiwan kepada haiwan lain. Transgenik secara definisi adalah 'the use of gene manipulation to permanently modifythe cell or germ cells of organism' atau dalam Bahasa Malaysia ia mungkin dimaknakan sebagai penggunaan manipulasi gen untuk mengadakan perubahan yang tetap pada sel makhluk hidup. Teknologi transgenik atau kloning (cloning) telah juga dilakukan pada dunia peternakan iaitu seperti haiwan kambing bebiri (domba) dinamakan 'Dolly' yang diambil dari gen sel kambing susu kambing yang ditransplantkan kepada sel telurnya sendiri. Penyelidikan pada ikan jenisTeleostei juga dilaporkan berjaya untuk menghasilkan ikan yang resisten dari kerosakan akibat serangan penyakit. Dalam aspek tumbuhan terdapat beberapa sebab kenapa perlu dilakukan transgenik. Ia sebenarnya adalah untuk tujuan menambah keenakan citarasa tanaman, tahan terhadap serangan perosak dan penyakit, mempunyai nilai nutrisi makanan yang baik dan mendapatkan tumbuhan yang lazat dengan keadaan cuaca ekstrim seperti tahan kepada kemarau. Faktor lain didalam mencari dan mengkaji tanaman transgenik ini seperti keupayaannya untuk memberikan hasil produktiviti lebih tinggi dan cepat ia mengeluarkan hasil. Diantara beberapa jenis tanaman yang telah ada ditanam jenis Transgenik dengan meluas adalah seperti KENTANG (Solanum tuberosum), TOMATO (Lycopersicum esculentum), KAPAS (Gossypium spp), JAGUNG (Zea mays), PADI (Oryza sativa), CANOLA (Brassica lupus), KACANG SOYA (Glycine max) dan beberapa lagi. Artikel malam Khamis ini sambil melihat air Sungai Sarawak yang lesu dari Aras 13 Penthouse Hotel Hilton, Kuching, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan transgenik sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca semua.
Dilaporkan dimana diantara tujuan atau objektif mencipta tanaman transgenik ini adalah seperti faktor kesesuaiannya ditanam pada tanah yang kurang subur atau tanah yang marginal. Jagung merupakan antara tanaman penting dibeberapa negara untuk bijiannya diproses untuk menjadi tanaman makanan, minyak masak, tepong, vitamin dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Malaysia kini mengimport lebih daripada 3.2 juta metrik tan jagung bijirin yang digunakan untuk makanan ternakan dan pelbagai produk lain. Malaysia mengimport jagung bijirin daripada beberapa negara lain dengan jumlah kos yang tinggi kerana pengeluaran dalam negara sangat sedikit atau hampir tiada langsung pada bulan-bulan tertentu. Kini beberpapa projek perintis tanaman jagung bijian ini dilkukan di Kedah, Johor, Pahang, Perak dan beberapa negeri lain oleh Jabatan Pertanian. Anda boleh membaca mengenai projek tanaman jagung bijian seperti tulisan saya dengan buat pautan berikut (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa rencana lagi. Pada tanaman tomato, pokok transgenik ini mampu mempercepatkan proses kematangan buah dan ada yang tahan dengan serangan perosak dan penyakit termasuk tahan dari serangan ulat musuh tanaman. Bagi Kapas pula tumbuhan trasgenik ini bertujuan mendapatkan baka yang tahan dengan serangan ulat kapas. Begitu juga bagi kentang perlu ada tanaman transgenik kentang yang tahan dari serangan oleh virus kentang dan serangan pelbagai serangga perosak. Keperluan memindahkan gen yang kuat pada tanaman membolehkan baka tanaman yang akan dihasilkan adalah bersesuaian dengan keperluan makanan negara dan pasaran eksport.
Tanaman Tomato (Lycpersicum esculentum) adalah contoh tanaman yang mana teknologi tanaman transgenik telah meluas digunakan. Ada isu dalam buah tomato sedia ada yang mana buahnya mudah lembik selepas dipetik yang menyebabkan kualiti cepat menurun akibat ujud gen yang mengawalnya. Perkara ini disebabkan oleh sejenis enzim dikenali dengan nama poligalakturonase yang berfungsi mempercepat proses degradasi bahan Pektin.Tomato transgenik disuntik dan memiliki suatu gen khusus yang disebut Antisenescens yang akan boleh melambatkan proses permatangan tomato (ripening) dengan cara memperlambat pengeluaran enzim poligalakturonase sehingga melambatkan proses ini. Apabia kadar enzim ini diperlahankan pengeluarannya maka ia meningkatkan kualiti lepas tuai selepas itu. Varieti transgebik ini akan dibiarkan buah tomato matang di bahagian batang tanamannya untuk jangkamasa yang lebih lama sebelum dituai. Apabila hendak dibandingkan dengan generasi tomato biasa sebelum ini dilaporkan cepat rosak tetapi tomato jenis baru transgenik ini telah mengalami perubahan genetik yang mana i didakwa lebih tahan serta mampu memberikan pendapatan lebih baik, Kini terdapat penanaman tomato transgenik dibeberapa negara maju yang mampu untuk membekalkan makan domestik malahan juga untuk pasaran eskport.
Antaran tanaman transgenik yang selalu juga diperkatakan adalah KENTANG (Potato). Penanaman kentang lazimnya ditanam dibeberapa negara yang sesuai iklimnya. Dari beberapa rujukan penulis dapati USA pada tahun 1995 telah bersetuju untuk mengkomersilkan tanaman kentang transgenik. Jenis kentang ini dilaporkan merupakan sejenis kentang hibrid yang mengandungi gen yang mana ia mampu mengelakkan daripada serangan oleh Kumbang Kentang Colorado (Colorado Potato Beetle) yang merosakan tanaman ini. Serangan kumbang ini telah dilaporkan mampu menyebabkan kerosakkan sehingga 85% daripada jangkaan hasil tanaman ini di USA. Penggunaan bahan seperti Bacillus thuringiensis didapati telah banyak membantu mengatasi masaalah ini. Tanaman kentang jenis ini kini telah pun membolehkan pihak petani tidak perlu lagi menggunakan bahan kimia untuk mengawalnya menjadikan produk hasil kentang ini menjadi lebih berkualiti selain dari kos pengeluaran yang rendah. Malaysia adalah negara pengimport bersih (nett importer) kentang daripada semua jenis kentang segar sehingga kepada kentang proses dengan nilai ratusan juta ringgit setiap tahun (Sila lihat foto disebelah). Belum ada tanaman kentang komersil dijalankan di Malaysia dan 100% adalah diimport. Negara jiran kita Indonesia adalah salah satu negara yang menanam dan menghasilkan kentang sendiri. Usaha perlu dilakukan agar negara mampu menanam dan menghasilkan kentang sendiri dimasa akan datang. Semuga tulisan subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANANAM TRANSGENIK... APA DIANYA...
PERPINDAHAN GEN...DALAM GENETIKNYA...
DIA PANGGIL ''GMO''.... MUNGKIN JUGA...
MENJAMIN MAKANAN... UNTUK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1317, Penthouse Floor,
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(12 Rejab 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan