BROMELIAD (Bromeliads) merupakan satu famili tumbuhan tropika dari keluarga Bromaliaceae termasuk nanas biasa dan pelbagai tumbuhan ornamental berwarna warni yang menarik dan kini dikomersilkan. Dari segi sejarah tumbuhan jenis ini banyak didapati atau berasal dari Amerika Latin dan juga Carribean kecuali jenis Spanish yang asalnya dari USA dan juga Afrika. Dari segi sejarah semanjak lebih 400 tahun dahulu, bangsa Portugis telah datang ke Asia Tenggara untuk mencari rempah ratus. Mereka juga telah membawa beberapa jenis tanaman lain termasuk Nanas (Ananas comosus). Pada masa itu penduduk disini memang tidak mengenali nanas yang berasal dari Amerika Selatan ini. Penulis blog juga mendapati tumbuhan unik nanas ini menarik kerana ia mempunyai daun pendek tersusun rapi yang menghasilkan buah nanas dan ada jenis sangat sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan atau ornamental. Kini nanas ditanam secara komersil dibeberapa negara sebagai sejenis tanaman penting termasuk di Malaysia yang kini mempunyai lebih dari 13,500 hektar dengan nilai pengeluaran melebihi RM550 juta setahun (Sumber: Laporan Statistik LPNM, 2017). Nanas jenis Bromeliad kemudian dibawa masuk ke Asia Tenggara dalam 30 tahun kebelakangan ini dibeberapa negara seperti di Indonesia dan Singapura. Beberapa varieti bromeliads kini telah menjadi kegemaran orang ramai kerana ia mempunyai daun yang berwarna warni, susunan daun dan buah menarik serta mudah ditanam dikawasan tropika. Kini di Malaysia industri tanaman bromeliads masih amat kurang dijalankan usahawan tempatan. Peneitian penulis blog ada mendapati dimana hanya ada beberapa usahawan yang menanam nanas hiasan termasuk bromeliads seperti jenis Red Spanish dan beberapa lagi. Ada usahawan kaum Cina yang menanam nanas hiasan ini hanya untuk pasaran bagi tujuan kegunaan keagamaan mereka sahaja seperti untuk sembahyang Cina. Bromeliads mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dilaksanakan di Malaysia dimana ia boleh dijadikan satu industri dimasa akan datang yang baik. Artikel subuh ini jam 4.20 pagi ini dari Tingkat 13, Hotel Promenade di Tawau saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan Tanaman Bromeliads agar dijadikan bahan rujukan pembaca semua.
Antara kehebatan bromeliad seperti jenis Pink Grass, Alcantarea, Guzmania dan Aechmea. Bunga Guzmania contohnya mempunyai warna cerah, merah, kuning dan oren yang menjadikan tumbuhan ini amat menarik dan boleh dijadikan bunga potong (cut flower) yang cantik (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan Guzmania ni (tufted plants) ada 120 genus dari tumbuhan berbunga dari keluarga Bromaliaceae dan SubFamili Tillandsioidae dengan tidak berbatang. Ia merupakan tumbuhan evergreen dan jenis tumbuhan penumpang (Epifit) yang berasal dari kawasan sekitar Amerika Selatan. Ia juga didakwa natif di Mexico, Florida, West Indies dan Amerika Tengah dikawasan dengan ketinggian 3,500 kaki dari aras laut termasuk di Banjaran Andes. Nama tumbuhan ini diberikan mengikut saintis yang menjumpainya iaitu Anastosio Guzman. Tumbuhan bromeliad ini boleh ditanam dikawasan indoor dan outdoor mengikut kesesuaian. Diantara jenis Guzmania yang popular adalah yang mengeluarkan bunga warna Oren dengan jalur merah (Guzmania lingualata). Daripada laporan diperolehi menyatakan tumbuhan Guzmania akan mati selepas bunganya keluar pada musim panas. Tumbuhan ini hidup menumpang dengan diikat pada batang kayu. Ia perlukan persekitaran yang lembap dimana ia mengambil makanan dari perumah batang kayu yang ditumpangnya.
Kalau peminat bromeliads ini ingin jadikan satu produk diminati ramai mungkkin dia memilih jenis jenis Tillandsia pula seperti Tillandesia usneoides sebagai pilihan kerana jenis ini mempunyai daun-daun kecil yang tirus dan panjang serta bunga yang cantik. Uniknya bromeliad ini juga amat sesuai dijadikan tumbuhan kerdil atau bonsai dengan harga jualan yang amat tinggi (Sila anda lihat foto disebelah). Ia merupakan antara jenis bromeliad yang ada dijual melalui internet dengan penghantaran terus kerumah dalam keadaan tersedia cantik dan menarik. Pada penulis blog dapati ada yang dijual sehingga beratus ringgit satu uni bromeliad jenis ini dipasaran. Tillandsia merupakan 'tumbuhan udara' yang tidak memerlukan akar untuk hidup seperti tumbuhan biasa. Tumbuhan 'Air Plant' ini sebenarnya tidak perlukan akar untuk terus hidup dengan tumbuhan ini mampu menyerap air dari udara dipersekitarannya. Daunnya yang kecil ini juga ada struktur khas halus (silvery scales) berada dipermukaan daun untuk menyerap air. Pokok jenis ini ada dijual dibeberapa nurseri swasta di negara kita dan sesiapa yang berminat juga boleh berjumpa dengan Persatuan Orkid Malaysia kerana penulis blog ada diberitahu ahli dalam persatuan tersebut dia mempunyai banyak koleksi tumbuhan jenis Tillandisia dan seumpamanya. Kerja memelihara untuk tumbuhan ini hampir sama dengan aktiviti penjagaan bagi tanaman orkid. Ini kerana kesua jenis tumbuhan ini adalah hampir serupa habitatnya.
Bromeliads jenis URN PLANTS atau dalam bahasa saintifik Aechmea sp merupakan diantara jenis bromeliad yang paling popular dipasaran kerana kecantikannya (Sila lihat foto disebelah). Daunnya yang lebar berwarna hijau dan menirus dihujungnya dengan bunganya yang berwarna ungu dan tangkai bunga berwarna jingga amat menarik sekali. Bromeliad ini juga diantara tumbuhanyang tahan lama berbanding dengan jenis bromeliad lain dan senang dijaga. Ia tumbuh sehingga setinggi 60 cm menegak kerana ia adalah tegap dimana ada kekadang berduri pada daunnya dan perlu diletakkan ditempat yang sesuai Dalam keadaan liar semulajadi daunnya yang melebar dan kuat ini sering mengumpulkan air ditengahnya dimana ia menjadi tempat kesukaan katak dan beberapa jenis serangga lain. Kaedah pembiakan dilakukan dengan memotong tangkai bunga yang telah mereput dimana akan ada sulur yang keluar daripada bawahnya. Ambil sulur tersebut dan masukkan kedalam polibeg semaian untuk dibesarkan sebelum ditanam didalam pasu atau diatas tanah. Sebaiknya anak benih yang baru ditanam dicacakan kayu agar benih tidak tumbang kerana belum ada akar untuk memegangnya. Terdapat dua spesis yang sering ditanam iaitu Aechmea chantinii atau dikenali sebagai 'Zebra Plants' dan juga Aechmea fasciata yang juga ada jalur-jalur pada daunnya. Satu lagi spesis adalah Aechmea blumenavii iaitu jenis bromeliads yang mempunyai daun tumbuh menegak dengan warna dun hijau cerah. Penjagaan bromeliad jenis ini adalah mudah. Industri bromeliads di Malaysia masih kurang mendapat perharian semua pihak sama ada dari pikak kerajaan mahupun dikalangan usahawa tempatan. Usaha perlu diteruskan untuk membangunkan industri bromeliads ini melalui aktiviti penyelidikan, mengumpulkan baka dan janaplasma, pemindahan teknologi, pembiakan varieti, promosi berterusan dan juga kawalan kualiti bromeliads. Semuga semua pembaca menerima artikel mengenai bromeliads dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan