Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SIKAD-SIKAD (Canarium sp) merupakan sejenis siput atau hidupan laut yang popular di Filipina dan Sekitar Sabah. Penulis blog dapat merasa makan siput ini di Tawau baru-baru ini yang dikenali dengan nana ''Jumping Shells'' atau di Filipina dipanggil sebagai Boholano, Mindoro, Minolo dan beberapa nama tempatan lagi. Ia merupakan siput laut (seashells) yang banyak di kepulauan Filipina sehingga dipantai Sabah dikawasan tertentu yang menjadi makanan laut yang dihidangkan dibeberapa restoren makanan laut. Nama saintifik beberapa spesis sikad-sikad adalah seperti Canarium urceus , Canarium mutabile, Canarium labiatum  dan juga Canarium microurceus. Mungkin ramai dikalangan pembaca blog ini yang belum pernah makan atau mungkin tidak kenal akn sejenis siput dengan mana 'Sikad-sikad' ini dan sebaiknya boleh berkunjung ke Tawau, Kota Kinabalu (mungkin) atau Semporna untuk anda mendapatkannya. Makanan laut di Sabah diantara yang agak murah dengan hidangan pelbagai jenis ikan segar, ketam, udang dan pelbagai jenis siput seperti sikad-sikad ini.  Pada mulanya saya fikir bungkusan didalam peti sejuk di sebuah restoren Makanan Laut Titingan di Tawau ini adalah sejenis sotong kecil sahaja (Chomek). Tetapi apabila dihidangkan diatas meja agak pelik kerana ia mempunyai ''conet'' tajam berwarna coklat gelap yang tajam dihujungnya. Rupa-rupanya setelah ditanya kepada pelayan restoren dinyatakan bahawa ia adalah sejenis siput yang dinamakan sikad-sikad. Esoknya penulis blog merayau di Pasar Minggu Tawau dan mendapati ia memang ada dijual disana. Sempat bertanya kepada penjual tentang sikad-sikad dan cara masaknya.  Apa pun artikel malam ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis siput laut yang jarang penulis jumpa dalan rencana bahasa Malaysia iaitu Sikad-sikad dan artikel ini ditulis  sebagai bahan bacaan dan rujukkan sahaja. Belum ada banyak rujukkan yang penulis dapat baca mengenai haiwan makanan laut yang enak ini.


Sikad-sikad ini merupakan satu jenis siput laut yang didapati dikawasan laut dimada ada dilaporkan banyak di Pulau Palawan, Filipina. Dari beberapa rujukkan penulis didapati ia merupakan jenis siput bercengkerang keras dan isinya lembut dan sesuai untuk dimakan (Sila anda lihat foto disebelah). Bergantung kepada lokaliti, warna tanah laut dan spesis sikad-sikad maka cengkarang ini biasanya mempunyai beberapa bentuk, saiz dan juga warna yang berlainan. Apabila penulis beli satu bungkus dan dibawa kehotel maka dapat meneliti sedikit marfologi siput ini yang berukuran sekitar 3 cm panjang. Ia mempunyai isi siput hidup yang berlengkar mengikut lingkaran cengkerang tetapi ianya mempunyai 2 organ seperti 'kaki' atau ia seperti tanduk berwarna coklat kehitaman. Ia adalah agak tajam dan digunakan oleh siput sikad-sikad untuk mencengkam pada tanah, menjadi senjata pertahanan dan keras apabila dimasak. Penulis blog membuang sahaja sturktur organ  ini sebelum memakannya. Apabila isi sikad-sikad ini ditarik keluar panjang badannya sekitar 4-5 cm dengan warna yng putih kelabu. Cengkerang yang dikeluarkan isi sikad-sikad ini ada yang dibuang begitu sahaja tetapi ada orang tempatan yang ambil dan digunakan sebagai produk kraftangan yang cantik. Memang penulis selama ini tidak kenal akan jenis siput ini dan rupanya sudah ada yang dikomersilkan sebagai sejenis hidangan makanan laut yang enak.


Dalam penulis merayau di Pasar Tamu di Tawau juga sempat untuk meninjau akan penual sikad-sikad ini. Daripada lebih 140 penjaja dipasar tamu ini terdapat 3 penjual sikad-sikad yang menjualnya dalam keadaan segar. Penulis membeli sebungkus dengan harga RM5.00 iaitu dengan anggaran berat 300 - 400 gram tetapi sikad-sikad ini masih hidup lagi (Dipercayai ia memang ia sikad-sikad segar). Apabila ditanya darimana ia dapat bekalan sikad-sikad dikatakan daripada nelayan yang memang mencari siput jenis ini. Katanya ia bermusim juga dimana kadang-kadang mudah mendapatnya dan seringkali sukar dapat bekalan sikad-sikad. Beliau hanya ada menjual sebanyak 10 bungkus sahaja sikad-sikad segar kerana mungkin ramai tidak mahu membeli yang masih hidup sebaliknya suka membeli isi daging sikad-sikad yang telah dibuang cengkerangnya. Tinjauan penulis di beberapa kedai makanan laut yang menjual isi sikad-sikad ianya dibungkus dalam 500 gram satu pek (Sila lihat foto disebelah). Harga ditulis sekitar RM15 - RM20 sekilogram dan berbeza jika ianya dimasak direstoren yang mencecah RM25 satu set bergantung kepada jenis menu masakkan (Sila lihat foto disebelah). Kini memang banyak stock sikad-sikad sejuk beku (isinya) yang dijual di kedai makanan laut dan juga beberapa supermarket tertentu di Sabah. 


Isi sikad-sikad yang segar boleh dimasak dalam pelbagai jenis masakan. Dari tinjauan penulis kebanyakan sikad-sikad di Filipina akan dimasak bersama sekali dengan cengkerangnya dan ia perlu dikeluarkan selepas dimasak dengan mencungkil atau menyedutnya keluar. Bagaimana pun hanya penduduk temptan sahaja yang pandai makan cara ini dan penduduk bandar serta pelancong akan makan isi daging sikad-sikad sahaja. Penulis blog suka dengan resepi sikad-sikad yang dimasak pedas. Resepi Asas masakan  adalah mudah tetepi sebaiknya sikad-sikad segar ini dibasuh dan direbus sehingga cengkerang dan isinya mudah dikeluarkan. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk sebelum dimasak. Bahan-bahan untuk memasak sikad-sikad segar seperti 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, Satu Inchi Halia dan cili kering sebanyak 5-7 tangkai mengikut kepedasan dikehendakki. Bahan lain diperlukan adalan Asam Jawa, SosTiram, Gula, Garam dan juga Serbuk perasa. Cara memasaknya  dengan memanaskan minyak dahulu didalam kuali dan kemudian ditumiskan bahan kisar tadi. Setelah garing bolehlah dimasukkan sedikit air asam jawa, sos tiram, gula dan garam. Kemudian dimasukkan isi sikad-sikad yang sudah disediakan awal tadi dan dikacau sehingga sebati dan masak. Anda juga boleh menambh sedikit air jika ingin ianya berkuah dan sedikit bahan perisa. Akhir sekali apabila telah masak boleh ditutup api dan dimasukkan dalam pinggan hidangan. Bagi menghias boleh dibubuh daun bawang, potongan tomato, potongan limau dan sos. Enak dimakan dengan nasi putih yang masih panas dan pelbagai lauk lain. Semuga anda mendapat info berguna dari bog anim agri kali ini . Wasallam!!!...

NAMA SIKAD-SIKAD... SEJENIS SIPUT DIA...
DI NEGARA FILIPINA... PILIHAN MEREKA...
DIAMBIL ISINYA... DARI CENGKERANGNYA....
DIMASAK PEDAS...ENAK MAK ANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 1313, Hotel Promenade,
Tawau, Sabah,
Malaysia.
(19 Rejab 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top