TIMUN TUA (Old cucumber) merupakan satu hasil tanaman daripada pokok timun (Cucumis sativus) varieti tertentu yang seghaja dipetik tua. Timun Tua berbeza penggunaanya dari timun muda kerana timun tua biasanya dibuat sup sementara timun muda adalah untuk dijadikan ulaman. Penanaman timun memerlukan masa selama 3 bulan dari menanam sehingga habis semua buah timun dituai tetapi sebaliknya buah timun dibiarkan dipokok sehingga kulitnya bertukar daripada warna hijau kepada warna coklat kekuningan (Sila lihat foto diatas). Timun tua ini paling disukai oleh kaum Cina yang memasaknya sebagai sup timun tua bersama ramuan lain yang dicampurkan didalam sup. Memakan sup timun tua dipercayai mampu menurunkan suhu badan, menambah tahap kesihatan dan beberapa khasiat lainnya. Dikhabarkan kini orang kaum lain termasuk rang Melayu dan India sudah kenal akan kehebatan khasiat timun tua dan membelinya utuk dijadikan makanan berkhasiat. Penulis blog yang beberapa kali lawat kebun timun tua mendapati sebenarnya rasa timun matang tawar. Lazimnya hidangan timun tua yang dijadikan halwa seperti ini disediakan pada masa berbuka dalam bulan puasa. Dari segi rupanya timun tua agak kurang menarik mungkin antara penyebab timun ini kurang dikenali dan diminati. Timun Tua atau Old cocumber juga dikenali dengan panggilan timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina ia lebih dikenali dengan nama Old Chinese Yellow Cucumber yang sering digunakan dalam ramuan membuat sup. Di kalangan masyarakat melayu pula timun tua ini memang popular digunakan mereka dalam masakan tempoyak ikan patin dan masak lemak cili api. Timun ini juga mempunyai khasiat membantu menyejukkan badan. Artikel mlm ini say amenulis mengenai khasiat timun tua dan testimoni usahawan menanam timun tua dalam ''Anim Agro Technology'' sebagai bahan bacaan dan rujukkan anda.
Kandungan yang terbanyak dalam timun adalah bahan Kalium dimana ia sangat bermanfaat untuk menjaga kesegaran tubuh. Selain itu timun tua juga didakwa mengandung mineral dan provitamin A, air, kalsium, fosforus, vitamin C dan serat. Ada juga kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa makanan tinggi bahan galian seperti Kalium, Magnesium dan Serat dapat mengurangkan tekanan darah. Jika dimakan dengan kombinasi diet yang sihat maka makanan tersebut didakwa mampu menurunkan tekanan darah sistolik sekitar 5 mata serta tekanan darah diastolik sekitar 3.5 mata. Tmun bukan hanya tinggi dalam 3 bahan penting iaitu Kalium, Magnesium dan Serat tetapi ia juga merupakan sumber Vitamin A dan K, Folate, Asid Caffeic dan Silika. Selain itu juga mengandung vitamin C iaitu antioksidan hebat yang juga dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah. Selain itu timun tua adalah sayuran yang rendah kandungan sodium. Walau pun isinya tawar tetapi ia enak dijadikan sup (Sila lihat foto disebelah). Kandungan unsur Sodium dalam timun tua amat sesuai untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan timun tua merupakan pilihan yang tepat. Kalium merupakan mineral yang sangat penting untuk mengawal tekanan darah. Timun Tua merupakan sumber terbaik unsur Kalium iaitu mempunyai sekitar 442 mg kalium. Unsur kalium yang disyorkan setidaknya adalah 4,700 mg seorang sehari.
Dalam testimoni lin penulis blog anim agro technology mendapati timun tua sangat baik untuk membantu mengurangkan berat badan atau obesiti. Ini adalah disebabkan faktor darah tinggi anda mungkin kerana akibat kegemukan. Jika kita berjaya untuk menurunkan berat badan menjadi normal maka ada kemungkinan besar darah tinggi yang dialami juga akan pulih. Sebiji timun tua bersama kulitnya mempunyai anggaran berat 301 gram hanya mengandung sebanyak 45 kalori sahaja. Lebih dari 95 peratus dari berat timun adalah air iaitu yang merupakan unsur pemakanan bebas kalori yang dapat menahan nafsu makan secara semulajadi. Cara-cara penyediaan maknn timun tua dengan memilih timun yang berkualiti. Anda boleh mendapatkan beberapa biji untuk keperluan beberapa hari tetapi perlu disimpan di dalam peti sejuk. Jika anda merasa bosan dengan jus timun dengan citarasa yang sama setiap hari dinasihatkan agar mencampurkannya dengan buah sayuran lain sebagai jus seperti Lobak merah. Jus minuman ini didakwa adalah jenis sayuran yang baik untuk tujuan bagi menurunkan darah tinggi anda. Bagaimana pun jika dimasak sup ia mudah disediakan dan enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Resepi membuat sup timun tua ada pelbagai ramuan mengikut citarasa masing-masing.
Bagaimana pun jika ingin memperolehi kesan yang lebih cepat sebaiknya anda boleh menambahkannya dengan sayuran lain yang memiliki bahan aktif penurun darah tinggi. Sayur seperti Saderi adalah tumbuhan yang sudah diketahui fungsinya dalam keupayaannya menurunkan tekanan darah tinggi. Didakwa selain ia dapat menurunkan tekanan darah buah timun tua juga berfungsi mengekalkan keremajaan kulit anda dimana ini membantu pertumbuhan rambut, kuku dan gigi dan membersihkan buah pinggang atau ginjal tanpa kesan sampingan. Timun tua memang hebat sebagai sayuran yang luarbiasa untuk membantu menigkatkan tahap kesihatan semua. Pada kita mungkin agak ganjil membeli berkilo timun tua dipasar dari kaca mata orang lain. Tetapi selepas membaca artikel dalam anim agro technology kali ini pastinya semua tidak segan untuk membelinya. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
ADA TIMUN BIASA...ADA TIMUN TUA...
WARNA KULIT COKLAT... IA PELIKNYA...
BANYAK KHASIAT... AMAT BERGUNA...
TEMPOYAK IKAN PATIN... ADA DIDALAMNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 310, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(17 Syaaban 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan