AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku �Asas Matematik Pertanian� terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga turut menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.
Bab Racun Makhluk Perosak dalam Agrimaths merupakan satu bab yang perlu dirujuk oleh ramai pengguna. Ini kerana Racun makhluk Perosak yang didaftarkan dibawa Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Racun ini juga adalah apa-apa bahan yang mengandungi bahan perawis aktif atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya. Penulis blog apabila membaca penerangan ini agak lambat untuk faham tetapi memang tahu dimana racun makhluk perosak adalah bahan terkawal. Perawis Aktif (Active ingredient) dalam racun ini merupakan bahan yang mempunyai sifat-sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat-sifat racun makhluk perosak kepada sesuatu bahan, benda, persediaan campuran, dan perawis itu merupakan satu daripada juzuk dalam bahan, benda, persediaan ata campuran. Membaca pengenalan dinyatakan memang sukar difahami kerana ia adalah bahasa undang-undang. Racun jenis ini selalu digunakan petani bertujuan untuk mengawal, mengurangkan, membunuh atau juga membasmi semua perosak tanaman. Sebagai contoh racun jenis Malathion merupakan sejenis racun serangga yang paling meluas digunakan untuk mengawal serangga yang menyerang tanaman dalam semua peringkat kitaran hidup serangga perosak tersebut (Sila lihat foto disebelah). Saya ada menulis berpuloh malahan beratus mungkin mengenai perosak tanaman, penyakit tanaman, kawalan serangga perodak dan bahan kimia yang sesuai digunakan. Ia boleh diakses dari beberapa pautan seperti (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Memang banyak artikel mengenai beberapa produk racun makhluk perosak yang dipaparkan dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan.
Dalam Agrimaths dipaparkan beberapa jenis racun kimia untuk mengawal perosak dan musuh tanaman. Antara beberapa jenis racun maklhluk perosak adalah Racun Serangga, Racun Rumpai, Racun Racun Kulat, Racun Hama, Racun Anai-anai, Racun Tikus, Racun Siput, Racun Nematod dan Racun Burung. Semua jenis kategori racun ini menurut penulis blog adalah dihasilkan untuk tujuan berlainan. Antara jenis racun paling banyak digunakan adalah racun rumpai, racun serangga dan racun kulat. Racun rumpai (Herbicide) ada pelbagai jenis daripada jenis yang bertindakbalas sebagai Racun Sentuh (Contact weedicide) kepada jenis Racun Serap (Systemic weedicide). Racun Serangga digunakan untuk mengawal serangga perosak begitu juga dengan racun Kulat untuk mengawal kulat (Fungicide). Terdapat juga jenis racun khusus megawal cacing nematod dikenali dengan nama Nemacur (Sila lihat foto disebelah). Ia hanya berfingsi untuk mengawal cacing nematod dalam tanam yang merosakkan tanaman. Pemilihan jenis racun atau bahan kimia yang tepat dan penggunaan mengikuti peraturan pada label adalah penting.
Perumusan (Formulasi) Racun makhluk Perosak adalah campuran pelbagai bahan untuk menghasilkan produk yang berguna dan berkesan bagi tujuan yang dinyatakan. Ia adalah bentuk racun mahkluk perosak yang dibeli oleh pekebun atau pengguna. Terdapat beberapa bentuk rumusan produk racun dipasaran seperti Pekatan teremulasi (Emulsifiable Concentrate - EC), Serbuk Bancuh (Soluble Powder - SP), Serbuk Bancuh (Wettable Powder - WP), Debu (Dustable Powder - DP), Butir (Granule - GR) dan juga Aerosol (AE) dan beberapa lagi. Dalam Agrimaths juga dijelaskan mengenai Bahan Perawis Aktif atai Active Ingredient (AI). Senarai bahan perawis yang diluluskan di Malaysia terdapat didalam Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004). Terdapat banyak jenama untuk perawis yang sama dipasaran bergantung kepada jenama yang berlainan. Semua produk racun ini akan diberikan nombor pendaftaran seperti mana dililuskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak atau No LRMP. Ada 5 syarat yang mesti dipatuhi oleh pengilang racun dimana ia diketahui terlebih dahulu. Pada label akan ditulis Kandungan Bahan Perawis dalam suatu racun, Kadar racun yang disyorkan bagi 10 liter air, Kadar Racun Sehektar, Isipadu semburan sehektar dan keluasan kawasan dalam hektar. Racun Slash 270 sebagai contoh adalah sejenis racun rumpai yang lengkap dengan label untuk dirujuk (Sila lihat foto disebelah). Racun ini dijual dengan harga RM46.00 sebotol di Kedai Hup Soon Agriculture Trading di Mantin, Negeri Sembilan sebagai rujukkan. Dalam Agrimaths dinyatakan beberapa contoh kaedah mengira keperluan racun untuk digunakan didalam kebun.
Bab terakhir didalam Agrimaths untuk perkara ini adalah Kalibrasi Semburan Cecair (Menggunakan alat penyembur galas). kalibrasi bertujuan untuk menentukan kadar penggunaan cecair campuran racun yang digunakan oleh pekebun atau pekerja ladang bagi suatu kawasan tertentu (Sila lihat foto disebelah). Jika kadar semburan racun makhluk perosak kurang daripada yang disyorkan pada label maka apa yang berlaku adalah kawalan kurang berkesan. Formula untuk menentukan kalibrasi bergantung kepada beberapa faktur iaitu Kelajuan Berjalan Semasa Semburan (meter/minit), Lebar Semburan, Kadar Semburan , Menggunakan Air Sahaja dan sebagainya. Perlu tahu dimana alat semburan telah dikalibrasi dahulu dengan kaedah semburan. Sebaliknya jika diberikan berlebihan akan menyebabkan fitotoksik kepada tanaman dimana ia akan meninggalkan sisa baki racun kepada hasil tuaian. Kesan sisa baki racun (Residual Level) akan menyebabkan kualiti hasil terjejas dan tidak sihat. Semua peroduk sayuran dan buah-bauah segar akan di ukur Minimum Residual Level (MRL) untuk menentukan kandungan racun didalamnya. Semburan racun yang tebat dengan kalikalibrasi betul membolehkan keberkesanan kepada kos dan kecekapan. Artikel ini diposting dalam lawatan penulis blog ke Eropah selama 2 minggu dari 1 - 15 Syaw1l 1439H. Semuga tulisan ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 604, Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29,
77900, Olomuc,
Czech Republic.
Wolkerova 29,
77900, Olomuc,
Czech Republic.
(28 Ramadan 1439H).
Posting dari:
Midnight REGIO Express Train,
Budapest to Prague,
Hungary-Austria-Czech Republic.
(12 Syawal 1439H).
Posting dari:
Midnight REGIO Express Train,
Budapest to Prague,
Hungary-Austria-Czech Republic.
(12 Syawal 1439H).
Catat Ulasan