Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikasi berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada  ramai pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses dalam internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku �Asas Matematik Pertanian� terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.

Didalam akhbar tempatan dengan tajuk "Aplikasi AgriMaths, 100 Tip Tanaman rujukan petani" ada diperjelaskan bagaimana aplikasi ini diperkenalkan kepada umum. Penulis blog membuka aplikasi AgriMaths dan dinyatakan ia adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Laporan akhbar oleh wartawan Nadia Hamid yang dipetik di Serdang, Selangor menyatakan Jabatan Pertanian hari ini melancarkan dua aplikasi mudah alih, AgriMaths dan 100 Tip Tanaman sebagai rujukan dan panduan ringkas menjadi petani moden. Mengulas lanjut kedua-dua aplikasi berkenaan dibangunkan daripada buku Asas Matematik Pertanian yang diterbitkan Jabatan Pertanian sejak 2014. Pelancaran aplikasi di bawah projek e-Pengembangan Pertanian itu disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan, sebentar tadi. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play untuk telefon pintar Android dan App Store (iPhone)Beliau berkata sejak diperkenalkan April lalu, sebanyak 2,044 pengguna memuat turun aplikasi AgriMaths dan 100 Tip Tanaman (1,289 pengguna). Aplikasi AgriMath adalah pemudah cara memulakan tanaman seperti kiraan jumlah biji benih, jarak tanaman, aliran kewangan dan kejuruteraan pertanian. Aplikasi 100 Tip Tanaman adalah satu lagi kaedah pertanian moden menggunakan lima jenis baja cecair Natural Farming (NF) seperti baja organik daripada tulang, kulit telur dan buah-buahan. Beliau berkata pada sidang media Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih dan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pertanian, di sini. Ahmad Zakaria berkata, aplikasi itu dijangka menjadi alternatif kepada orang ramai bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri selain, untuk tujuan komersial. Seterusnya didakwa  aplikasi ini memang mudah dan senang dipelajari. Kita berhasrat lebih ramai graduan pertanian dan individu menganggur memanfaatkan aplikasi ini sebagai langkah bergelar usahawan. Menurut pegawai Pertanian Jabatan Pertanian, Nor Adzura Harun (kiri) dan Rosmawati Abd Rahman menunjuk Dua Mobile Aplikasi AgriMath dan 100 Tip Tanaman memang dapat membantu beliau didalam menjalankan kerja-kerja dilapangan dengan mudah.

Bagaimana cara menggunakan aplikasi Agrimaths ini?. Memang mudah jika anda sudah muat turun aplikasi ini. Di muka pertama akan dipaparkan beberapa link seperti Asas Matematik Pertanian iaitu Halaman Utama, Ukuran dan Unit, Tanaman Sayur-sayuran, Tanaman Buah-buahan, Tanaman Padi, Tanaman Kelapa dan beberapa lagi pautan (Sila lihat foto disebelah). Apabila 'klik' Agrimaths maka ia terus masuk dalam sistem dengan paparan teratas adalah Ukuran dan Unit (Berwarna Oren), diikuti dengan Tanaman Sayur-sayuran dan Singkat Masa (Merah), Tanaman Buah-buahan (Ungu), Tanaman Padi (Hijau), Tanaman Kelapa (Coklat), Cendawan (Biru), Lebah Madu dan Kelulut (Coklat terang), Baja (Merah), Racun Makhluk Perosak, Kerjuruteraan Pertanian (Kuning Coklat), Fertigasi (Hijau Terang) dan Aliran Kewangan (Ungu terang). Ia memang aplikasi yang amat mudah digunakan bergantung kepada kekuatan internet dan jenis handphone anda. Apa yang penulis blog alami memang amat cepat untuk melayari semua aplikasi ini dengan cepat dan 'user friendly'.  Pada butanag Ukuran dan Unit dipaparkan 3 maklumat penting dalam pertaian iaitu (1) Sifir asas bagi sistem metrik (2) Jadual Penukaran Unit dan (3) Jadual Penukran unit tempatan. Sifir didalam aplikasi ini banyak membantu semua pengguna untuk menyelesaikan maaalah ukuran didalam sektor pertanian. Contohnya cara bagaimana hendak menukarkan keluasan kebun dalam ekar kepada dalam unit Hektar, panjang ukuran ela dengan meter dan banyak lagi. Ini termasuk dinyatakan mengenai ukuran tempatan seperti luas tanah dalam Relong (Unit luas tanah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berlainan), pikul, Kati, guni, busyel, cupak, gantang dan banyak lagi sistem ukuran dalam sektor pertanian. Wajar mereka yng baru didalam sektor pertanian ini memahami semua ukuran-ukuran asas dan mesti difahami.

Apabila penulis blog klik pada butang Tanaman Syur-sayuran dan Tanaman Singkat Masa akan dipaparkan semua mengenai perkara Pengenalan, Batas Sayuran dan Pengiraan, Kawasan Untuk Infrastruktur Ladang dan Kawasan bertanam, Kepadatan tanaman dan akhirnya adalah mengenai definasi dan istilah. Dalam pengenalan dinyatakan dimana sayuran yang banyak ditanam di Malaysia adalah dari jenis sayur daun, sayur buah, sayur kekacang dan sayuran umbisi. Ini juga termasuk sayuran jenis ulaman dan rempahratus. Tanaman singkat masa atau juga dipanggil sebagai tanaman kontan seperti jagung, kacang tanah, keladi, keledek, ubikayu, tebu dan sebagaianya. Apa yang menarik lagi adaah bagaimana penanaman sayuran ini ditanam menggunakan BATAS. Batas dibina untuk tujuan mengelakkan air bertakung, menambah kesuburan tanaman dan juga memudahkan amalan agronomi seperti kawalan rumpai, serangan musuh dan penyakit serta pembajaan dan menuai hasil. Penulis telah pernah gunakan sifir ini untuk mengira hasil tanaman cli Cili Kulai (MC12) diatas batas di TKPM Sekijang, Segamat, Johor (Sila lihat foto dibawah) dimana ia banyak membantu membuat anggaran hasil tanaan dikebun. Lazimnya penulis blog kira keluasan batas bertanam adalah 4 kaki x 25 kaki iaitu ia bersamaan dengan 100 kaki persegi.  Keluasan kawasan bertanam sebatas (meter persegi) beramaan dengan 9.2 meter persegi. Bagaimana bilangan batas mengikut sistem metrik?. Satu ekar luasnya adalah 4,047 meter persegi, dan kalau dibahagi dengan 15.05 meter persegi (satu batas) maka jumlah bilangan batas dalam satu ekar adalah sebanyak 269 batas/ekar atau jumlah bilangan batas dalam satu hektar adalah sebanyak 664 batas/hektar. Batas ini disediakan diantara jalur dimana apabila ditolak dengan ruangan ini dan infra maka kawasan tanah yang boleh ditanam hanya sebanyak 61% sahaja daripada keluasan tanah sebenar. Jadi apabila pekebun ingin membuat anggaran tanaman dikebun berbatas maka keperluan input benih, baja, racun perlu dikira dan anggaran hasil kelak hanya 61% daripada keluasan fizikal tanah sebenar. Artikel ini bersambung pada Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, PArt 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
Posted from:
Room 604, City Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29, Olomuc,
Czech Republic.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top