Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku �Asas Matematik Pertanian� terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia ada juga menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.

Bagi butang Tanaman Buah-buahan didahului dengan pengenalan buah-buahan popular ditanam di Malaysia. Ia seperti tanaman durian, rambutan, dokong, nangka, mangga, pisang, betik, nanas dan juga tembikai. Pengeluaran buah-buahan ini adalah untuk pasaran domestik, eksport dan aktiviti hiliran lain seperti pemprosesan. Kempen makan buah-buahan tempatan sering dlakukan saban tahun untuk mempastikan ia mendapat harga pasaran terbaik (Sila anda melihat foto di sebelah). Penggunaan alatan inovasi membelah buah durian yang mudan dan praktikal. Kepadatan tanaman pokok buah-buahan memang mengikut jarak tanaman. Ia penting untuk diketahui oleh pemilik kebun untuk pembelian benih tanaman termasuk 5% untuk tujuan sulaman. Sebagai contoh jika Pak Abu mempunyai sebidang tanah yang ditanam dengan  150 pokok durian, 7 pokok duku, 80 pokok manggis dan 60 pokok rambutan, maka keluasan CHE durian adalah (150/100) bermakna seluas 1.5 hektar, luas CHE duku adalah (70/69) iaitu 1.01 ha, pokok manggis (80/177) iaitu 0.45 hektar, luas CHE rambutan (60/123) iaitu seluas 0.5 hektar. Maka jumlah keluasan CHE untuk kebun dusun durian, duku, manggis dan rambutan Pak Abu adalah seluas CHE iaitu 3.46 hektar keseluruhannya. Siatem penanaman buah-buahan di ladang banyak bergantung keada banyak faktur. Antara faktur tersebut seperti jenis buah dan varieti yang disyorkan, jenis tanah dilapangan (rata atau berbukit), tahap kesuburan tanah, Kombinasi beberapa jenis pokok buah-buahan (mixed fruit) dan tahap mekanisasi ladang serta amalan agronomi atau pengurusan dusun. Kefahaman seseorang untuk kira dan tanam pokok buah-buahan bercampur (mixed orchard) adalah diperlukan untuk mempastikan pengeluaran hasil ladany yang optima. 


Dalam menanam pokok buah-buahan terdapat 4 sistem susunan penanaman yang biasa digunakan didusun seperti mana yang penulis blog sering membuat tinjauan. Ia terasuk Susunan Emapt Segi Sama (empat penjuru), Susunan Empat Segi Tepat, Susunan Tiga Segi Sama dan Susunan Tanaman Selingan Secara Siku-Keluang (Quincunx). Siastem Empat Segi sama ini biasanya digunakan untuk pokok buah-buahan kekal dimana terdapat sebatang pokok setip penjuru. Sistem ini membolehkan pokok ditanam disetiap penjuru dengan jarak yang sama (Sila lihat rajah disebelah). Memang mudah mengira bilangan kepadatan pokok sehektar kerana jaraknya sama. Sebagai contoh untuk pokok belimbing ditanam dengan jarak 6 meter  6 meter menjadikan julah kepadatan pokok belimbing sebanyak 277 pokok sehektar. Ia berbeza dengan sistem susunan empat segi tepat dimana jarak penanaman diantara barisan dan lebar tidak sama. Sebagai contoh penanaman pokok betik dengan jarak tanaman 2.5 meter x 3 meter menjadikan kepadatan tanaman bentik sehektar adalah 1,330 pokok. Sistem Tiga Segi sama dimana terdapat sebanyak 15% lebihan pokok dalam satu hektar berbanding dengan sistem empt segi sebab jarak digunakan boleh mengoptimakan jumlah pokok. Sebagai contoh bagi tanaman dokong tiga segi dengan jarak 10 meter x 10 meter memberikan jumlah kepadatan pokok dokong 115 pokok sehektar. Sistem Quincunx dimana ia mengamalkan konsep susunan empat segi sama tetapi ditmbah dengan tanaman selingan (Filler) dari jenis yang kecil dan cepat berbuah seperti pokok limau, belimbing, pisang dan jambu batu. Sistem ini memang sesuai digunakan dikawasan tanah yang subur serta memerlukan tahap pengurusan terbaik untk memberikan pulangan tinggi kpada petani. 


Penanaman buah-buahan perlu ada asas ilmu pengetahuan sebelum menanamnya. Sebagai contoh apabila ingin menanam durian (Durio zibethinus) perlu ada percampuran beberapa varieti didalam kebun sama. Kini buah durian Musang King (D197) atau dikenali juga dengan Durian Raja Kunyit mendapat harga pasaran terbaik dan boleh dihantar untuk eksport. Penulis terlibat dengan promosi durian Malaysia di nanning, China pada tahun 2017 bersama promosi buah Nanas MD2 (AC9) dan nangka Tekam Yellow (J33) sebagai sasaran baru eksport buah-buahan keluar negara (Sila anda lihat foto disebelah)Penanaman durian D197 perlu dicampurkan 2-3 varieti lain dalam dusun untuk proses pendebungaan yang lebih cekap. Ini kerana proses pendebungaan durian berlaku daripada waktu tengahmalam sehingga subuh dilakukan oleh angin dan haiwan tertentu untuk melalukan pendebungaan. Saya ada menulis lebih daripada 200 artikel mengenai tanaman durian dan teknologuinya untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Begitu juga dengan penanaman belimbing dimana perlu ada varieti pendebunga B2 untuk penanaman Belimbing B10 atau Belimbing B17. Setiap ladang perlukan untuk ditanam belimbing pendebunga secara berselang atau kini ia boleh dicantum terus dibahagian atas pokok belimbing komersil B10. Kepada meeka yang ini menanam buah-buahan pastikan menggunakan benih yang berkualiti dan dijamin ketulinanannya dan mendapat Sijil Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) diperiksa dan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...


By,

M Anem,

Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Published from Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29, 77990, Olomuc, 
Czech Republic.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top