AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku �Asas Matematik Pertanian� terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga ada menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.
Apabila anda klik butang tanaman kelapa (Cocos nucifera) ianya didahului dengan Pengenalan. Industri kelapa merupakan industri penting kepada ekonomi negara kerana ia menyumbang kepada sosio -ekonomi dimana melibatkan ramai pekebun kecil kelapa. Sejarah penanaman kelapa di Malaysia telah lama dijalankan semenjak adanya Progam Rancangan Penanaman Semula Kawasan Kelapa sekitar tahun 1960'an sehingga ianya dihentikan awal 1980�n menjadi keluasan penanaman kelapa terkini sekitar 82,500 hektar sahaja. Malaysia mengimport kelpa tua biji dari negara jiran sebanyak 100 -120 juta biji setiap tahun untuk menampung kekurangan bekalan tempatan terutama untuk kilang memproses buah kelapa. Saya ada menulis hampir 250 artikel mengenai kelapa dalam blog ini untuk dibuat rujukkan. Penulis blog juga seorang berpengetahuan dalam teknologi penanaman dan industri kelapa di Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Pengenalan Kelapa Hibrid MATAG telah pun menjadikan industri kelapa hidup semula walau pun kini berlaku kekangan bekalan benih. Hanya benih Matag F1 yang perlu ditanam oleh pekebun walau pun harga runcit dipasaran melebihi RM50.00 satu benih. Hanya Jabatan Pertanian dan beberapa syarikat pembekal benih kelapa matag tulin yang boleh membekalkan benih F1 ini. Ramai dikalangan pekebun dan individu yang membeli benih kelapa Matag F2 dan F3 yang mana ini memang tidak disyorkan sama sekali. Benih F2 dan F3 ini biasanya diambil daripada pokok kelapa matag F1 yang berbuah dan dijadikan benih kelapa. Penanaman kelapa MATAG setidak-tidaknya mampu meningkatkan produktiviti kelapa dalam negara. Penanaman kelapa dilakukan secara monokrop atau secara intergrasi dengan tanaman lain atau aktiviti pertanian lain (perikanan, ternakan, herba) dan sebagainya sehingga kelapa mengeluarkan hasil.
Dalam Agrimaths dinyatakan jarak tanaman kelapa bergantung kepada jenis kelapa yang ditanam. Ini kerana jaak tanaman untuk KELAPA TINGGI (Tall Variety) dan KELAPA RENEK (Dwarf Variety) adalah berbeza. Sistem tanaman kelapa lazimnya dalam susunan empat segi sama atau tiga segi sama dengan dilakukan tanaman monokrop atau intergrasi dengan tanaman lain. Bagi jenis kelapa tinggi ia ditanam dengan jarak 8 meter x 8 meter mmberikan sebanyak 180 pokok sehektar menggunakan sistem tanaman tiga segi sama. Bagaimana pun dengan jarak tanaman yang sama bagi sistem susunan empat segi sama jumlah pokok ditanam menjadi kepada 156 pokok sehektar sahaja. Secara mudahnya bagi kelapa Matang ia ditanam dengan jarak 9 eter x 9 meter memberikan kepadatan 180 pokok/hektar (tiga sesi) dan 156 pokok/hektar (empat segi). Bgi jenis kelapa Pandan (Jenis renek) ia ditanam dengan jarak 6.5 meter x 6.5 meter memberikan kepadatan 272 pokok/ha (tiga segi) dan 236 pokok/hektar (empat segi). Bagi kelapa renek lain (MRD, MYD, MGD) ia juga ditanam dengan jarak 6.5 meter x 6.5 meter memberikan kepadatan yang sama dengan Kelapa PAndan diatas. Bagi jenis kelapa tinggi lain (Malayan Tall, African Tall, Tagnanan dan sebagainya) ia ditanam dengan jarak 9 meter x 9 meter yang memberikan kepadatan 142 pokok/hektar (tiga segi) dan sebanyak 123 pokok sehektar (empat segi). Terdapat banyak formula dan contoh didala Agrimaths ini bagaimana hendak menentukan keperluan benih kelapa mengikut keluasan ekar dan hektar ditunjukkan sebagai panduan kepada pengguna aplikasi ini.
Walau pun didalam Aplikasi Agrimaths tiada maklumat (kosong ruangan ini) dengan Intergrasi Kelapa dengan tanaman lain atau aktiviti pertanian lain tetapi penulis blog boleh berkongsi dengan pembaca semua. Tanaman kelapa hanya akan berhasil selepas 4-5 tahun untuk jenis kelapa renek dan selama 7 - 8 tahun untuk jenis kelapa tinggi. Sebaiknya digalakan petani membuat aktiviti tanaman selingan atau tanaman intergrasi dengan tanaman yang cepat berhasil seperti tanaman kontan (Keledek, Ubikayu, Jagung, Sayuran, Betik dan Nanas). Tanaman Nanas hanya perlukan masa 12 bulan untuk dituai (Nanas Moris, N36, Gandul) dan sebagainya sebelum kelapa berhasil (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun untuk penanaman intergrasi kelapa nanas seperti ini perlu disesuaikan semula jarak penanaman kelapa agar nanas dapat ditanam lebih lama disamping kelapa yang berhasil. Anda boleh membaca tanaman kelapa intergrasi getah (Sila klik disini) dan Tanaman kelapa intergrasi Nanas (Sila klik disini) dan Tanaman kelapa dengan itregrasi umum (Sila klik disini) untuk lebih maklumat dapat dijana. Artikel ini telah disiapkan dan di posting dari Vienna, Austria semasa lawatan penulis blog selama 16 hari ke Eropah. Artikel ini juga bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Article posted from:
Apartment No 30, Pratesterm Apartmeent,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20, Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(6 Syawal 1439H).
Article posted from:
Apartment No 30, Pratesterm Apartmeent,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20, Leopoldstradt,
Vienna, Austria.
(6 Syawal 1439H).
Catat Ulasan