Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MINYAK KELAPA DARA adalah satu produk yang mana ia dihasilkan daripada Teknologi Bio (Biotechnology) daripada santan kelapa (Cocos nucifera) melalui proses pemanasan dan tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Ia berbeza dengan proses penghasilan minyak masak (coking oil) yang biasa. Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO) diperakui mempunyai khasiat tersendiri iaitu kandungan Asid Laurik yang dibuktikan sangat baik untuk kesihatan. Walau pun minyak ini telah lama dijadikan satu industri di seluruh dunia terutama di Indonesia, Filipina dan beberapa negara pengeluar kelapa lain tetapi kempen penggunaan minyak VCO ini di Malaysia hanya popular sekitar 5 tahun lepas sahaja. Ramai usahawan minyak kelapa dara di Malaysia yang menghasilkan minyak ini untuk pasaran domestik dan antarabangsa dengan teknologi yang didapati dari agensi kerajaan, rakan perniagaan dan sebagainya. Minyak kelapa dara adalah minyak yang dihasilkan daripada santan dari pokok kelapa tua yang terdapat di kebun. Kualiti minyak kelapa dara dari pokok dan buah kelapa muda dipercayai kurang ummph!. Minyak ini mengandungi Asid Laurik iaitu sejenis asid lemak berantai sederhana yang bersifat antivirus, anti bakteria dan juga anti protozoa serta baik untuk kesihatan pada tubuhbadan manusia. Meminum minyak kelapa dara seraca berjadual didakwa dapat menambah daya ketahanan (immune system) badan seseorang bagi melawan serangan penyakit. Kajian oleh saintis Dr Bruce Fife ND menunjukkan kandungan 50% Asid lauric dalam VCO membantu menambahkan daya tahan ini dari serangan virus AID, HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik (termasuk Bakteria Helicobakter pylori dan Bakteria Monocytogenes. Minyak ini juga bertindak sebagai makanan kesihatan (Functional food) bredasarkan penuelidikan saintifik yang telah dijalankan. Perusahaan memproses minyak kelapa dara di Malaysia banyak dijalankan di Johor, Selangor , Perak dan Sabah sera dibeberapa negeri lain dimana tumpuan keluasan tanaman kelapa banyak didapati. Kajian menunjukkan terdapat seramai 120-150 usahawan yang memproses minyak kelapa dara di Malaysia tetapi belum ada data rasmi mengenai pengeluaran tahunan minyak kelapa dara. Salah satu pengusaha yang pernah saya lawat ialah Minyak Dara Jenama 'Aliff' dari Batu Pahat yang dibimbing oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor semenjak tahun 2007. Kini syarikat tersebut mampu menghasilkan antara 250 - 300 botol produk minyak kelapa dara seminggu (1 botol dimana ia selalu mengandungi 150 ml dan 250 ml).  Artikel ini dalam blog 'Anim Agro Technology' saya membentangkan mengenai minyak kelapa dara dan potensi untuk dijadikan industri yang menguntungkan di Malaysia.


Kaedah memproses minyak kelapa dara ada dua cara iaitu Teknologi Kaedah Kering dan Teknologi Kaedah Basah. Kaedah Kering adalah cara memproses yang melibatkan perahan terus (direct expellng) minyak VCO dari kelapa tua yang telah diparut (kelapa parut yang telah dikeringkan lebih awal) menggunakan mesin khas. Kaedah Basah pula melibatkan cara-cara penghasilan VCO dari santan yang diperah melalui proses sejukbeku, pancingan, pemeraman , pemggunaan enzim dan pemisahan minyak VCO. Pemeraman selama 24 jam santan pada suhu bilik dijalankan untuk menghasilkan VCO lebih asli dan menghasilkan kandungan asid laurik yang tinggi. Minyak VCO cara ini didapati mampu menghasilkan kualiti minyak terbaik dimana kandungan asid laurik lazimnya melebihi 50% berbanding dengan kaedah kering cuma lingkungan 41% sahaja. Hasil daripada beberapa pemerhatian yang telah saya buat daripada lawatan ke premis membuat minyak kelapa dara mendapati penghasilan minyak VCO berbeza-beza mengikut bahan asas kelapa yang digunakan. Jika kita gunakan kelapa pandan (Kelapa Wangi) kajian mendapati daripada sebanyak 117 biji kelapa mampu hasilkan 6 liter minyak VCO berbanding dengan kelapa Matag sebanyak 145 biji menghasilkan sebanyak 7 liter minyak VCO. Kelapa Tua dari jenis Malaysn tall menghasilkan sebanyak 12 liter minyak VCO dari 250 biji. Hasil dari campuran kelapa Matag, Kelapa Malaysn Tall dan Kelapa pandan menghasilkan cuma sebanyak 9 liter dari sebanyak 180 biji kelapa. Kadar purata penghasilan minyak kelapa dara dari setiap biji kelapa adalah sebanyak 1 liter dari 20 biji kelapa. 

Kajian diatas menunjukkan setiap 20 biji kelapa akan menghasilkan purata 1 liter minyak kelapa dara. Jika seseorang usahawan itu hendak mengeluarkan sebanyak 500 liter minyak kelapa setahun dia perlu mencari sebanyak 100,000 biji Kelapa Matang atau kelapa Pandan atau Kelapa Tinggi. Anggaran pengeluaran Kelapa Matag di Malaysia sekitar 24,000 biji/ha setahun (pada tahun ke 10) dan Kelapa Pandan sebanyak 28,000 biji/ha (pada tahun ke 10). Pengusaha tersebut perlu mengenalpasti kebun kelapa seluas 4.2 hektar kebun untuk bekalan kelapa Matag atau seluas 3.6 hektar untuk bekalan kelapa Pandan bagi di proses mengikut jangkaan sasaran pengeluaran tahunan tersebut. Pada masa ini beberapa alatan dan mesin memproses telah ada untuk membantu memudah dan mempercepatkan proses pembuatan minyak kelapa dara. Pengeuaran minyak kelapa dara dari Malaysia diharap akan terus maju pada masa akan datang. Minyak kelapa dara mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang sudah terbukti berkesan. Ia dihasilkan menerusi teknik fermentasi dan mengandungi vitamin E yang diperlukan sistem imunisasi dan antioksidan kepada manusia. Banyak hasil penyelidikan diterjemahkan saintis tempatan dalam bentuk produk. Khasiat minyak kelapa dara (VCO) menarik minat ramai pihak mengusahakannya secara komersial. Kini penelitian penulis blog mendapati di pasaran tidak banyak produk yang dikembangkan daripada minyak kelapa dara. Kini proses pembuatannya yang kurang sempurna boleh mengakibatkan minyak VCO mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Kesannya ada produk kelapa dara buatan tempatan kurang mendapat sambutan.

Dalam satu laporan akhbar dinyatakan seorang Siswazah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikenali dengan nama Nur Hidayah Hassan mencipta formulasi baru bagi minyak kelapa dara. Pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa itu memberi nilai tambah kepada produk minyak kelapa dara di pasaran. Kini tiada lagi istilah �bau tengik� apabila bahan itu diadun bersama campuran minyak aromaterapi. Dia mengambil masa empat tahun untuk membangunkan produk itu. Dakwanya dulu dia menghidap penyakit migrain, tekanan darah rendah, rabun, lelah dan juga ekzema. Penyakit itu dihadapi dari kecil hingga dewasa dan bergantung kepada ubatan berdos rendah ke tinggi. Seterusya dia sanggup membeli produk yang dapat menyelesaikan semua masalahnya. Kemudian dia menggunakan minyak kelapa dara tetapi tidak tahan dengan baunya. Kemudian tercetuslah idea menakjubkan untuk mengeluarkan minyak kelapa dara serba guna. Dakwanya kemudian dia memformulasikan semula minyak kelapa dara dengan campuran minyak aromaterapi bagi membangkitkan bau wangi. Bila menggunakan bau tidak sedap, kita akan rasa lagi sakit sedangkan bau wangi menyebabkan kita rasa sihat. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Syarikat Nebula Horizon Sdn Bhd itu mengeluarkan minyak serbaguna Miracle Refreshing Scent (MRS). Dakwanya rasa sejuk dan berangin membolehkan produk itu digunakan setiap orang.  Kini MRS produk yang wajib ada pada setiap orang dan disimpan dalam poket kerana ia diperlukan ketika waktu kecemasan. Ia membantu untuk penyakit seperti lenguh badan, mengantuk, letih dan sakit kepala. Produk ini juga didakwa juga sesuai untuk bayi yang kembung perut selain mengatasi masalah ruam lampin pada kulit. Hasil dari beberapa testimoni pengguna merumuskan MRS melegakan sakit gigi dan gusi, batuk, selesema, migrain, resdung, kekejangan, pendarahan, luka pesakit diabetes, sawan, gigitan nyamuk dan parut. Syarikat itu turut mengeluarkan produk inovasi kedua dikenali �MRS Serum Essence�. Dari pengalaman maka inovasi kedua ini mengandungi bahan seperti pati epal hijau, pati daun pudina dan minyak kelapa dara. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca anim agro technology. Wasallam!!..
MINYAK VCO ... PRODUK ISTIMEWA....
MINYAK BERKHASIAT...DARI KELAPA...
TEKNOLOGI BASAH...KERING PUN ADA...
PRODUK MRS... BAU TENGIK TIADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(24 Ramadan 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top