Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Pernahkah anda mendengar akan keujudan dan peranan KUMBANG LADYBIRD (Ladybird Beetle) sebagai serangga berfaedah?. Mungkin dikalangan ibubapa mereka hanya kenal atau familiar dengan baju dan pakaian kanak-kanak jenama Ladybird yang dikira 'pakaian branded' dengan harga yang memang agak mahal. Selain daripada pakaian, banyak produk menggunakan nama ladybird yang dilihat cantik dijual dipasaraya dan juga jualan on-line seperti Basikal Ladybird, Topi Ladybird, Bantal Ladybird, Beg Ladybird, Botol Susu Ladybird, Games Ladybird, Patung Ladybird dan banyak lagi. Apa pun bukan itu tujuan penulisan blog pada kali ini tetapi sebaliknya mengenai kehebatan kumbang ladybird yang dianggap 'cantik' dan 'manja' ini didalam sektor pertanian. Penulis blog bertanya pembaca sama ada pernah melihat kumbang ladybird dikeliling rumah atau ditaman-taman rekreasi yang berhampiran?. Sebenarnya kumbang ladybird adalah sejenis serangga daripada keluarga Coccinellidae yang sering dijumpai dikawasan hijau ditaman keliling rumah anda. Kumbang ini mempunyai kaki yang pendek, bersaiz kecil, bentuk bulat, biasa mempunyai warna terang dengan kepak yang unik dan boleh dijumpai diseluruh dunia dengan sebanyak lebih 6,000 spesis!. Melihat foto diatas pastinya anda akan tahu bahawa ia adalah kumbang ladybird yang mungkin pernah anda lihat sendiri dimana-mana. Kumbang ini diberi nama 'Ladybird' dalam bahasa Inggeris atau jika dimelayukan terus sebagai 'Kumbang Burung Betina' tetapi lazimnya di Malaysia ia dipanggil sebagai 'Kumbang Kura-kura'. Serangga ini sebenarnya merupakan serangga yang amat penting dalam ekologi dalam sektor pertanian. Ia dianggap serangga berfaedah kerana memakan serangga perosak tanaman seperti Aphid, Mealybug, Scale Insects, white flies, hoppers dan kutu (mites). Ia adalah agen biologi penting didalam mengawal perosak tanaman semulajadi dan menguntungkan petani. Artikel subuh ini selepas berbuka, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan anugerah Alllah SWT mengenai kumbang ladybird untuk dijadikan bahan rujukkan. 


Kumbang ladybird spesis 'Zigzag' yang mudah dijumpai dikawasan rumah dan dikebun merupakan antara jenis-jenis kumbang ladybird yang mudah dikenali. Kumbang Zigzag atau nama saintifiknya (Menochilus sexmaculatus) adalah mudah anda jumpa di sawah padi, kebun buah-buahan, kebun sayur dan juga dikawasan rumput biasa. Ia mempunyai warna yang terang iaitu Oren dengan ada titik-titik hitam dibelakangnya seakan bentuk 'zigzag dan kecil (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pernah menjumpai kumbang spesis ''zigzag'' ini di kebun betik kepunyaan En Yahya peserta projek TKPM di Segamat dahulu semasa musim panas berpanjangan. Serangga jenis ladybird ini boleh dilihat pada semua pokok betik eksotika dikebun tersebut untuk memakan serangga perosak yang lain terutama aphid dan serangga kecil lain. Serangga ladybird memang mudah dilihat pada daun betik dengan mudah kerana warna yang terang dan bentuk yang unik. Maka petani tersebut dinasihatkan tidak menyembur racun serangga kerana secara tidak langsung ianya tidak membunuhh jumlah kumbang ladubird yang banyak dikebun betik beliau. Penerangan secara teknikal perlu diberikan kepada petani bagi memberitahu akan fakta kerana tanpa info baik pada petani memahami semua serangga dikebun mereka adalah perosak.


Kumbang Ladybird ini juga dipanggil sebagai Kumbang Kura-kura oleh masyarakat tempatan kerana bentuk badannya menyamai bentuk tempurung kura-kura. Keujudan serangga ini secara ekologinya adalah sangat penting untuk sektor pertanian negara dan perlu difahami oleh petani. Ia merupakan jenis serangga pemangsa yang memakan serngga perosak lain dikebun seperti jenis Aphids, Scale Insects, Melaybugs, Hoppers, Whiteflies dan Kutu (mites) iaitu jenis serangga yang mana ia menghisap air sap tumbuhan (sap-sucking insects). Ia juga mudah dilihat dengan mata kasar berada pada permukaan daun tanaman (Sila lihat foto disebelah). Kumbang Ladybird ini membantu petani dimana ia akan mengawal secara biologi dengan menjadikan serangga perosak sebagai makanannya dan mengimbangi populasi.  Beberapa spesis kumbang Ladybirs selain daripada spesis Zigzag yang sering boleh ditemui didalam kebun adalah seperti jenis Transverse Ladybird (Coccinella transversalis), Spesis Ladybird Tujuh Titik (Coccinella septempunctata), Spesis lain iaitu Ladybird Berjaring Kuning (Coccinella billardieri) atau (Micrapis discolor) atau (Coelophora inequalis) dan juga spesis Harmonia octomaculta. Apa yang hebat mengenai ladybird dimana kedua-dua peringkat kehidupannya sama ada ladybird dewasa atau peringkat larva kedua-duanya adalah pemangsa dan memakan serangga perosak dikebun.

Ada juga dilaporkan dimana terdapat jenis ladybird yang tidak membantu langsung didalam pertanian. Bukan sahaja ia hadir dikebun sebagai serangga yang berguna sebaliknya jenis ini adalah serangga jenis perosak yang memakan daun (leaf eating ladybird) yang merosakkan tanaman (Sila lihat foto disebelah). Ladybird pemakan daun ini adalah ancaman kepada petani dan a erlu dikawal dengan cara yang betul. Dua sepesis ini yang terkenal diselruh dunia dikenali sebagai Spesis Ladybird 12 Titik (Epilachna indica) dan juga spesis Ladybird 28 Titik (Epilachna virgintioctopunctata). Kedua-dua spesis ladubird ini didapati memakan daun terung, tomato, timun, melons, keledek dan tanaman Solanaceae lain serta tanaman dari keluarga Cucurbitaceae yang lain. Mungkin maklumat seperti ini tidak banyak yang diketahui oleh petani diluar sana dan ianya hanya diketahui oleh beberpa saintis serta pegawai pengembangan pertanian yang mahir sahaja. Keperluan untuk maklumat seperti ini disampaikan dengan lebih telus pelu dilakukan agar ramai petani mengenali yang mana jenis serangga ladybird berfaedah dan yang mana jenis ladybird yang sebenarnya musuh tanaman untuk dikawal. 


Apa yang unik lagi mengenai serangga ladybird ini dimana ada spesis dan keadaan dimana kumbang ladybird ini boleh berubah daripada serangga berfaedah menjadi kepada serangga perosak.  Spesis Asian Ladybird atau Harlequin Ladybird (Harmonia oxyridis) sebagai contoh lazimnya akan memakan aphids dengan rakus tetapi ini menyebabkan kepupusan kepada spesis ledybird semulajadi yang lain dalam kawasan habitatnya (Sila lihat foto disebelah). Spesis ladybird ini merupakan jenis yang baik didalam agen mengawal secara biologi tetapi kini ia juga dianggap sebaga serangga invaisif (invasive) kepada beberapa negara didunia ini. Ini disebebkan oleh kerana tabiat memakan yang pelahap (huge eating epitite) ia memakan semua makanan dalam habitatnya dan akhirnya memusnahkan semua ladybird semulajadi dikawasannya. Bila makanan semulajadi didalam kawasannya habis dia akan makan ladybird sedia ada.  Ada laporan dimana kumban ini juga akan memasukki kawasan kediaman manusia dan membiak disana. Apa yang lebih tidak menyeronokkan apabila kumbang ladybird jenis ini boleh menyerang manusia dengan mengigitnya (bites) yang menyebabkan kegatalan dan kesakitan apabila agressif. Ada sesetengah yang akan jadi allergik dan perlukan rawatan lanjutan. Kesan lain boleh menyebabkan conjunctivities, lelah (asthma) dan juga berkemungkinan batuk kepada individu yang tertentu.


Pada penulis blog anim agro technology yang mendapat maklumat seperti ini akan terus untuk meneliti dan memberitau pihak berwajib akan perkara ini. Adalah menjadi kesukaran kalau maklumat terperinci yang mana jenis kumbang ladybird yang memberi faedah, yang mana tidak memberi faedah dan yang mana akan mangancam manusia itu sendiri. Semua ini adalah kehendak Allah jua. Ada kalanya pakar dan saintis masih keliru yang mana jenis ladybird yang berguna dan yang mana yang berfaedah kalau ilmu tidak mendalam. Apa lagi diperingkat petani biasa yang mungkin masih cetek ilmu pengetahuannya. Umum tahu makanan utama kumbang ladybird adalah aphids dan beberapa serangga perosak lain (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pada sesetengah spesis ia akan menjadi pemangsa kepada kumbang ladybird lain jika sumber makanan sudah habis dan menjadi agressif. Semasa kumbang ini masih menjadi serangga berguna mungkis petani menyembur racun serangga yang mana ia membunuhnya bersama serangga perosak lain. Adalah penting pada petani untuk mengetahui tahap serangan (threshold level) sebelum menbuat semburan. Semuga anda pembaca semua mendapat info berguna membaca tulisan kali ini dimana penulis masih keletihan balik dari Eropah selama 2 minggu untuk meneruskan penulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

KUMBANG LADYBIRD... CANTIKNYA DIA...
PELBAGAI WARNA... KUMBANG KURA-KURA...
HEBANTNYA DIA....SERANGGA BERGUNA...
MENULIS ARTIKEL... ANDA YANG MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Jalan Istana, Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top