BUAH MENGKUDU (Morinda citrifolia Linn) pada penulis blog memang tidak asing kerana ada menanamnya semasa bertugas di Mersing dahulu. Tanaman mengkudu merupakan tanaman tahunan (perenial) yang berbentuk perdu dengan ketinggian pokok diantara 3 - 8 meter dengan mempunyai jenis batang tanaman keras dan berkayu. Pokok mengkudu tumbuh merimbun dengan naik ke atas serta mempunyai banyak cabang dan ranting. Cabangnya tumbuh dengan cara mendatar dengan arah keluar kanopi tanaman dimana pada bahagian hujungnya ada berbuah. Daun pokok mengkudu adalah termasuk sebagai daun tunggal, terdiri atas satu helai daun setiap satu tangkai daun (petiolus). Bentuk daun adalah lonjong dengan ukuran panjang antara 10 - 40 cm dan lebar antara 15-17 cm dimana ia bergantung tahap kesuburan tanaman. Pada permukaan daun bahagian atas selalunya penulis blog dapati ia berwarna hijau kilat tetapi sebaliknya pada bahagian bawah warnanya adalah hijau agak pucat. Marfologi tangkai daun adalah pendek dan melekat pada ranting atau cabang secara berselang-seli atau berpasangan (paired). Apabila diteliti didapati umumnya semakin subur pertumbuhan tanaman maka semakin rimbun dan besar ukuran daunnya. Pokok mengkudu pernah menjadi tanaman popular satu ketika dahulu apabia buah mengkudu didakwa mampu menyembuhkan banyak penyakit termasuk mampu membunuh sel kanser melalui produk munuman ''Jus Noni''. Jus ini mampu mencapai harga runcit yang tinggi dipasaran pada masa itu menyebabkan ramai petani yang berusaha untuk menanamnya. Bagaimana pun semasa artikel ini ditulis kegilaan untuk penanaman pokok mengkudu sudah tidak kedengaran lagi seperti sekitar tahun 2000 dahulu. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai mafologi pokok mengkudu dan beberapa info berkaitan dengan kehebatan khasiat tanaman ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda.
Pokok Mengkudu pada asalnya adalah jenis tumbuhan liar yang kini telah di tanam secara komersil dan bersistematik apabila ada permintaan buah untuk dijadikan produk kesihatan. Pokok mengkudu tidak begitu besar dengan tahap tingginya antara 4-6 meter (Sila lihat foto disebelah). Mempunyai jenis batang yang bengkok-bengkok, berkayu keras, kasar dan memiliki akar tunjang yang dalam masuk ketanah. Kulit batang kayu berwarna coklat kelabu atau coklat kekuningan dengan agak dangkal serta tidak berbulu dimana jika diteliti rapi dilihat rantingnya bersegi empat. Daunnya sentiasa berwarna hijau sepanjang tahun. Batang kayu mengkudu mudah juga untuk dibelah setelah dikeringkan untuk dijadikan kayu bahan api. Dalam pada itu dikampong ada kala batang kayu kering mengkudu akan digunakan sebagai kayu sokongan sebagai kayu junjung bagi tanaman kacang botor, bunga-bungaan atau pun kayu pancang bagi tanaman cili. Berkaitan daunnya pula, pokok mengkudu mempunyai jenis daun berwarna hijau yang berkilat dengan kedudukan bertentangan. Saiz ukuran daun adalah lebar dan besar bagi pokok subur, tebal dan tunggal. Bentuknya lanset dengan berukuran 15 - 50 cm panjang dan 5 - 17 cm panjang. Bahagian tepi daun biasanya adalah rata sementara dibahagian hujung tajam atau tirus. Pangkal daun berbentuk bulat dengan ada urat daun menyerong dengan permukaan daunnya tidak berbulu. Tangkai daun pendek dan berukuran 0.5 - 2.5 cm berwarna hijau. Pucuk daun mengkudu selalu dimakan sebagai ulam-ulaman atau pun ada yang menjadikannya sayuran. Didakwa nilai zat nutrisi adalah tinggi kerana ia banyak mengandung vitamin A serta banyak banan mineral yang berguna untuk tubuh badan.
Marfologi bunga mengkudu agak unik. Jika diteliti bunganya adalah jenis berbonggol bulat dengan berganggang berukuran 1 - 4 cm. Bunganya tumbuh pada bahagian ketiak daun dan dihujung ranting yang berhadapan dengan daun yang tumbuh normal. Bunganya adalah jenis biseksual (jantan dan betina). Bunganya ada kelopak yang berwarna putih, berbentuk corong, panjangnya boleh mencapai 1.5 cm (Sila lihat foto disebelah). Benang sari selalu terletak pada bahagian tengah kelopak dengan jelas. Kepala putik bunga mempunyai dua puting dua dimana bunga mengkudu akan mekar dari kelopak berbentuk seperti tandan. Bunga mengkudu dapat dilihat dari jauh kerana jelas berwarna putih serta ia selalunya berbau harum. Buah mengkudu diketahui ada yang berbiji sedikit dan sebahagian lagi buah mengkudu berbiji banyak. Buah mengkudu yang berbiji sedikit tentunya lebih disukai orang sebab ia lebih mudah untuk digunakan atau diproses jika dibandingkan dengan buah mengkudu yang mempunyai biji banyak. Bagi dimakan segar orang lebih enggan untuk memakannya sebab ada banyak bijinya. Buah mengkudu berbentuk benjol tidak menentu bentuknya mengikut proses pendebungaan. Buah yang muda jarang dituai sebaliknya buah mengkudu hampir masak atau separuh masak ada dipetik untuk dibuat rojak buah. Mungkin tidak ramai dikalangan orang kita mengambil buah mengkudu untuk dijadikan rojak buah ini. Jenis buah mengkudu yang kurang berbiji lebih sesuai dijadikan rojak berbanding dengan buah mengkudu yang banyak biji.
Bentuk dan ukuran buah mengkudu selalu berbagai bentuk beranekaragam. Ada jenis buah yang berukuran besar dengan berbentuk lonjong, memanjang dan membulat atau juga ada yang dilihat berukuran lebih kecil dengan berbentuk lonjong atau membulat. Buah mengkudu yang berukuran besar selalu dianggap berkualiti dan lebih menguntungkan untuk ditanam secara komersil sebab buah ini dapat menghasilkan isi buah buah yang lebih banyak (Sila lihat foto disebelah). Bahagian isi atau daging buah mengkudu yang nerwarna keputihan krim berbiji warna coklat atau kehitaman mudah dibelah. Daripada laporan jurnal saintis dimakmal, buah mengkudu didakwa mengandungi banyak khasiat yang yang sangat berguna dalam dunia perubatan dan kesihatan. Antara kandungan nutrisi makanan dalam buah mengkudu adalah seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin A, Niamcin, Thiamin, Riboflavin, Besi, Kalsium, Natrium, Kalium, Protein, Lemak, Karbohidrat dan Kalor. Lazimnya biji mengkudu berwarna hitam dimana ia juga memiliki albumen yang keras dan ruang udara yang nampak jelas. Biji mengkudu memiliki kadar percambahan yang amat tinggi walaupun ianya telah disimpan selama 6 bulan. Jangkamasa percambahan bijinya berlaku selapas 3-9 minggu setelah biji disemai. Kadar pertumbuhan tanaman dari biji tumbuh dengan kadar sangat cepat. Dalam waktu 6 bulan sahaja pokok mengkudu mampu mencecah ketinggian sehingga mencapai 1.2 - 1.5 meter. Lazimnya pokok mengkudu akan mula berbunga dan juga mula berbuah pada tahun ke-3 dimana akan terus berbuah berterusan sepanjang masa. Umur pokok mengkudu paling maksima dilaporkan adalah selama 25 tahun.
Mengenai kandungan khasiat dan juga kegunaan buah mengkudu, memang banyak telah pun diperkatakan. Banyak dakwaan menyatakan dimana buah mengkudu secara keseluruhannya adalah merupakan buah makanan bernutrisi lengkap dan bernilai tinggi. Zat nutrisi yang diperlukan manusia seperti protein, vitamin dan mineral penting memang ada tersedia dalam jumlah yang mencukupi pada bahagian buah dan daun mengkudu. Unsur kandungan seperti bahan Selenium iaitu salah satu zat mineral yang terdapat pada buah mengkudu merupakan antioksidan yang hebat. Berbagai jenis zat lain penting yang terkandung dalam mengkudu seperti xeronine, plant steroid, alizarin, lycine, sosium, caprylic acid, arginine, proxeronine, antra quinines, trace elements, phenylalanine, magnesium dan banyak lagi. Bahan lain yang dijumpai dalam buah mengkudu adlah Terpenoid iaitu sejenis zat yang membantu dalam proses sintesis organik dan pemulihan sel-sel tubuh. Buah mengkudu juga didakwa mengandungi bahan anti bakteria. Ia terkandung didalam isi buah yang mana didakwa mampu untuk membunuh banyak jenis bakteria yang menyebabkan infection seperti bakteria Pseudomonas aeruginosa, Protens morganii, Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Escherichia coli. Bahan kimia antibakteria dalam buah mengkudu mampu mengawal dan juga membunuh kuman seperti Salmonella montivideo, S. scotmuelleri, S. typhi, dan Shigella dusenteriae, S. flexnerii, S. pradysenteriae serta Staphylococcus aureus. Khasiat ain yang terkandung dalam mengkudu adalah Scolopetin iaitu unsur yang sangat efektif sebagi unsur anti peradangan dan anti-alergi. Apa yang mengejutkn dunia adalah apabila ada kajian dan dakwaan dimana jus buah mengkudu dikenalpasti sebagai mempunyai sifat ANTI KANSER. Ini kerana zat anti-kanser yang terdapat pada mengkudu paling efektif melawan sel-sel abnormal dalam tubuh manusia. Kandungan bahan seperti Xeronine dan Proxeronine itu sejenis bahan alkaloid penting. Buah mengkudu hanya mengandung sedikit xeronine tetapi banyak mengandungi bahan pembentuk (precursor) xeronine alias proxeronine dalam jumlah besar. Proxeronine adalah sejenis Asid nukleic seperti koloid-koloid lainnya. Xeronine diserap sel-sel tubuh untuk mengaktifkan protein-protein yang tidak aktif dimana selalunya ia akan mengatur struktur dan bentuk sel yang aktif. Buah Mengkudu segar juga mengandungi bahan Anthraquinone yang bersifat antiseptik dan antibakteria. Bakteria seperti Escherichia coli iaitu penyebab cirit birit dan bakteria Salmonella spp penyebab keracunan makanan serta bakteria Staphylococcus aureus penyebab bisul boleh dilawan dengan buah mengkudu. Isi buah mengkudu sudah sejak dulu terkenal sebagai bahan menyembuh luka di kalangan pemakai ubatan tradisional tanpa ada masaalah dan komplikasi. Semuga tulisan malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK MENGKUDU... KENAL BUAHNYA...
BIJI DISEMAI... MUDAH CAMBAHNYA..
BANYAK KHASIAT...DIKENALI SEDUNIA...
MEMBACA ARTIKEL... CARI PRODUKNYA...
By,
M Anem,
Senior agronomist,
Hostel Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Jalan Bukita Kiara, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(22 Julai 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan