TANAMAN KELAPA MATAG (Cocos nucifera) di Kg Sungai Yu, Tanjung Karang, Selangor merupakan satu projek yang berjaya dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Kebun kelapa seluas 3 hektar ini ditanam dengan benih kelapa Matag (Kelapa hibrid kacukan diantara Kelapa renek MRD/MYD dengan Kelapa Tinggi Tagnanan) yang diberikan bantuan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002. Pemilik kebun ini adalah Encik T.S. Lee yang menyambut agar dia menanam kelapa dimana ramai petani disekeliling kawasan kebun beliau semuanya menanam dengan Kelapa Sawit. Pada peringkat awal penanaman beliau menjaga dengan baik anak benih kelapa dimana ancaman paling serius adalah oleh Kumbang Tanduk (Rhinocerous beetle) yang mana dia menggunakan racun sesuai untuk mengawalnya. Bagaimana pun serangan yang teruk menyebabkan beliau membuat sulaman. Penulis blog yang hadir bersama dengan delegasi Asia Pacific Coconut Country (APCC) melibatkan 20 negara memberi penerangan bersama Pejabat Pertanian Daerah terlibat (Sila lihat foto disebelah). Antara yang turut hadir dalam rombongan adalah delegasi bertaraf Menteri dan Pemerhati-pemerhati daripada pelbagai organisasi dan badan gabungan antarabangsa berkaitan industri kelapa. Mesyuarat berkaitan industri kelapa dari negara yang bergabung ini diadakan setiap tahun oleh negara ahli dimana Malaysia menerima giliran unatuk tahun 2018. Mesyuarat yang sama diadakan di Tarawa, Kepulauan Kiribati pada tahun 2017 dengan meluluskan 'Tarawa Accord'. Kali ini ahli mesyuarat dibawa melawat projek tanaman kelapa Matag di Kg Sg Yu ini sebagai salah satu program lawatan. Tanaman kelapa matag ini dikira amat berjaya kerana ianya mampu menghasilkan buah kelapa tua dan kelapa muda untuk pasaran domestik. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai projek tanaman kelapa Matag yang berjaya untuk dijadikan bahan bacaan.
Petani yang mengushakan tanaman kelapa Matag dan dijaga dengan baik ini berkata dimana cabaran amat teruk diperingkat awal penanaman kerana ia perlukan penjagaan yang agak sukar. Ini kerana ada rakan beliau yang gagal dalam penanaman kelapa Matag ini akibat serangan Kumbang Tanduk yang tidak mampu mengawalnya. Penggunaan racun serangga dan baja berkualiti membolehkan pokok kelapa Matag disini mengeluarkan hasil pertama hanya selapas 38 bulan ditanam. Pembinaan sistem perparitan dibuat pada setiap 2 -3 baris penanaman kelapa untuk pastikan kawasan kering sepenuhnya. Sehingga kini selepas 16 tahun ditanam, pokok kelapa Matag dikebunnya sudah mencecah ketinggian 70 kaki keatas dan ketinggian ini menyebabkan kebanyakan tuaian adalah untuk kelapa tua. Bagaimana pun jika ada permintaan untuk kelapa muda akan diusahakan penuaiannya. Beliau kini hanya mempunyai 3 orang pekerja terutama untuk kerja memetik kelapa, kerja membaja dan juga lain-lain kerja penjagaan. Harga kelapa tua diladang adalah RM1.20 sebiji sementara harga ladang untuk Kelapa Muda adalah RM 1.60 sebiji. Kelapa muda disini dituai pada umur 7 - 8 bulan sementara kelapa tua dipetik dengan galah panjang setiap 12 bulan yang matang. Sebiji kelapa muda boleh menghasilkan 2 - 3 cawan minuman 'coconut shake' yang popular di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Para rombongan APCC diberikan kelapa muda untuk dinikmati (Sila lihat foto disebelah). Mereka komen dimana memang enak kelapa muda dari varieti Matag dari kebun ini.
Apabila pokok kelapa telah tumbuh selama 16 tahun dengan banyak tuaian untuk kelapa muda, maka pokok kelapa adalah lebih tinggi daripada jika dikutip hanya kelapa tua sahaja. Kebun En Lee ini agak tinggi walau pun belum begitu tua jika dibanding dengan jenis kelapa tinggi Malayan Tall (CN1). Terkini bagi tujuan penggantian pokok baru maka beliau telah mula menanam anakbenih kelapa pandan baru diantara barisan tanaman (Sila lihat foto disebelah - anak benih kelapa dalam bulatan). Menurut En Lim, ini adalah bagi mempercepatkan pokok kelapa baru membesar sebelum pokok tua kelak akan ditebang membolehkan hasil kelapa dari kebun kelapa dapat berkekalan. Kaedah pengurusan seperti ini memeng amat sesuai dijalankan dengan sistematik apabila Jabatan Pertanian penghasilan dan pengeluaran kelapa tua di Malaysia berkurangan sebanyak 17.5% semenjak tahun 2010 - 2017 kerana banyak pokok kelapa muda yang ditanam belum mengeluarkan hasil. Kaedah penyulaman anakbenih kelapa cara ini boleh diamalkan oleh penanam kelapa dikawasan lain. Terdapat beberapa kebun disepanjang perjalanan je Kg Sg Yu yang telah menanam anakbenih kelapa dicelah-celah pokok kelapa sawit. Ini kerana harga buah sawit semasa artikel ini ditulis pada paras agak rendah.
Ditanya adakah En Lee ingin kempen kepada petani lain untuk menanam kelapa, beliau nyatakan memang bagus menanam kelapa kerana ia mampu memberikan pendapatan bulanan antara RM9,000 - RM12,000 bersih sebulan dari keluasan 6 ekar kebun kelapanya. Pada masa ini kebun beliau dijaga dengan menjalankan pembajaan mengikut jadual dan kebunnya sangat bersih dari sebarang rumpai (Sila lihat foto paling atas dan sebelah). Selama beliau menanam dan mengeluarkan kelapa memang tidak ada kangsung masaalah untuk menjual kelapa tuanya. Ini logik kerana keperluan kelapa tua di negara kita memang sentiasa tinggi saban tahun. Kalau dahulu beliau tahu akan permintaan kelapa tempatan tinggi dan tawaran harga baik tentunya beliau akan menanam lebih banyak kelapa jenis hibrid Matag. Walau pun kini kekangan untuk mendapatkan benih F1 kelapa Matag ini amat sukar tetapi sebenarnya setiap tahun Jabatan Pertanian mampu menghasilkan antara 50,000 - 80,000 biji benih hibrid Matag. Penulis blog juga dapati kefahaman petani dan pembeli benih kelapa hibrid Matag agak rendah dan sering ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Kini hanya benih yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian dan UP Plantation sahaja yang telah mempunyai sijil Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) yang boleh dijadikan anakbenih kelapa Matag Tulin. Kebun kelapa Matag Sg Yu ini hanya salah satu daripada berpuluh-puluh usahawan kelapa matag yang diberikan bantuan oleh kerajaan. Kerajaan kini telah menjadikan tanaman kelapa sebagai tanaman Sumber Rezeki Baru (SRB) dengan memberikan bajet agak tinggi bagi program pengeluaran benih kelapa, penanaman baru atau pemulihan kawasan tanaman kelapa atau untuk pemproses produk berasaskan kelapa. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KE SUNGAI YU... PANTAU TANAM KELAPA...
POKOK DAH MATANG...16 TAHUN UMURNYA....
DIJAGA BERSIH... DITUAI ADA JADUALNYA...
PETANI GEMBIRA... HASILNYA BERGGANDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Kelapa Sg Yu, Tg Karang,
selangor, Malaysia.
(20 Muharram 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan