Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
DURIAN (Durio zibethinus Murr) kini telah diistihar sebagai salah satu daripada produk pertanian yang dijadikan sebagai ''Sumber Kekayaan Baru'' dalam ekonomi negara. Kerajaan baru menukar nama Sumber Kekayaan Baru (SKB) kepada Sumber Rezeki Baru (SRB) pada bulan Julai 2018. Pada masa ini telah ramai pekebun yang ingin menanam pokok durian kerana ia memberikan pendapatan yang baik apabila pokok durian matang dan berbuah setelah 4-5 tahun ditanam dan dijaga dengan baik. Mungkin ramai yang masih lagi menyangka dimana tanaman durian 'mudah ditanam' atau mereka menganggap boleh gunakan pendekatan ''Tanam - Tinggal - Tuai'' seperti durian kampong pada masa dahulu. Sebenarnya penjagaan tanaman durian daripada peringkat awal penanaman adalah agak rumit dan penanam mesti mempunyai ilmu mencukupi, modal, tanah sesuai dan juga tenaga kerja didusun durian. Bagaimana pun mulai 2017, fenomena siapa tanam durian sekarang akan menuuai sekitar 4-5 tahun kan datang seperti eberapa varieti durian popular dipasaran tempatan dan juga pasaran eksport iaitu Varieti Durian Raja Kunyit atau Durian Musang King dengan nombor daftarnya di Jabatan Pertanian sebagai D197. Penulis blog yang pernah bertanggungjawab akan senarai National Plant Variety Registration and Recommendation dahulu mendapati terdapat lebih daripada 210 varieti durian telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Bagaimana pun kebanyakannya masih belum didaftarkan dalam Senarai untuk Pengesyoran Varieti Tanaman (Recommenttion Lists).  Fenomena harga durian yang amat tinggi pada hujung bulan Disember 2017 menyebabkan ramai pekebun kecil, pemilik ladang, guru sekolah, ketua kampong malahan kakitanagan atau pegawai dibawah MoA bernimnat untuk emananam durian Musang King. Mereka mula membeli benih durian Musang King daripada nurseri Jabatan Kerajaan atau pun pihak swasta yang menerima SPBT. Artikel malam ini sambil menonton TV3 cerita Hindustan 'Dhoom 1'' saya gembira dapat teruskan menulis dalam ''Anim Agro Technology''  berkaitan buah durian yang dipaparkan dalam media dan akhbar tempatan dan saya mengupas semula untuk dijadikan bahan bacaan. Durian terutama varieti Musang King (D197) telah dijenamakan semula dalam segmen pertanian sebagai satu dari Sumber Kekayaan Baru selain daripada industri Tenusu, Tanaman Nanas, Jagung Bijian dan kelapa.


Dalam laporan akhbar utusan dengan tajuk ''Durian sumber kekayaan baharu negara'' yang disiarkan pada 15 Januari 2018 ada menyatakan perkara ini. Sehingga tahun 2016 dilaporkan keluasan penanaman durian di Malaysia adalah seluas 66,000 hektar (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2017). Keluasan ini mengambil kira tanaman drian yang dahulunya seluas 110,000 hektar pada tahun 2000 menurun kerana sebahagian daripadanya telah ditukar kepada tanaman lain. Penulis blog yang menulis artikel mengenai durian lebih daripada 350 artikel mendapati industri tanaman durian ini ada pasang dan surutnya. Pernah ramai petani menebang pokok durian mereka apabila berlaku lambakkan buah durian yang menyebabkan mere menukar tanaman. Kini pada tahun 2017, kerajaan telah mengadakan promosi makan durian terutama varieti berkualiti seperti Durian Musang King dan Durian Duri Hitam sehingga ke Negeri China. Harga durian juga kini dikatakan amat baik kerana bekalan yang kurang dan permintaan yang tinggi. Sementara itu dalam Dasar  Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 ada menyasarkan peningkatan pengeluaran buah-buahan daripada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 2.6 juta tan metrik pada 2020 dengan kadar pertumbuhan 3.8 peratus. Produktiviti kawasan berhasil pula dijangka meningkat daripada 9.6 tan metrik sehektar pada tahun 2010 kepada 12.9 tan metrik sehektar pada 2020, manakala eksport buah-buahan daripada 830, 000 tan metrik pada tahun 2010 kepada 1.04 juta tan metrik pada tahun 2020. Tumpuan jelas diberikan kepada peningkatan produktiviti dan pengeluaran. Sehingga tahun 2016, keluasan penanaman durian di Malaysia adalah seluas 66,000 hektar dengan pengeluaran sebanyak 302,000 tan metrik.


Sehingga kini dilaporkan sebanyak 204 varieti durian telah didaftarkan di bawah Jabatan Pertanian. Antara varieti durian yang popular ialah varieti Durian Raja Kunyit (D197) atau lebih dikenali dengan nama Musang King, D24, varieti Hjh. Hasmah atau IOI (D168), Udang Merah (D175) dan varieti Duri Hitam (D200). Dalam pada itu Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan beberapa projek khusus untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan negara seperti projek Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih, projek kluster durian, rambutan dan mangga harumanis yang telah dimulakan sejak empat tahun lalu. Kesemua projek ini telah diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Jabatan Pertanian juga telah mendaftarkan pokok-pokok durian untuk menentukan asek ''tracebility'' bagi tujuan pasaran domestik dan eksport. Penandaan pokok durian berkualiti yang ke 500,000 telah dilaksanakan oleh YB Menteri pertanian di Raub pada Oktober 2017. Durian yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Durio zibethinus Murr merupakan raja segala buah. Ia antara tanaman buah-buahan yang semakin terserlah nilai komersial kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar durian dari dalam dan luar negara. Selaras dengan proses perkembangan yang positif, pelbagai peluang boleh diterokai. Kini dengan permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan eksport, kualiti dan varieti durian yang baik serta berlaku penjenamaan Malaysia sebagai pengeluar durian terbaik di dunia, industri ini dilihat boleh memberi pendapatan yang besar kepada usahawan tempatan. Ia dilihat berpotensi menjadi sumber kekayaan baharu yang memberi manfaat besar kepada sosioekonomi petani. Banyak usaha perlu dilakukan untuk menjadikan durian kembali menjadi sumber rezeki yang menguntungkan petani. Perkara ini pernah berlaku dahulu sekitar tahun hujung 1980'an apabila buah durian pernah digelar sebagai "Golden Fruit" oleh media tempatan kerana pulangan yang tinggi. 

Perlu ada kerjasama dari semua pihak dalam mempastikan bahawa industri durian sebagai sumber kekayaan baru negara ini berjaya direalisasikan. Pada penulis blog semua proses pembangunan yang perlu dirancang merangkumi peluasan kawasan tanaman durian sedia ada dan baharu melalui Transformasi Ladang secara pengurusan berpusat seperti koperasi dan syarikat swasta. Sebenarnya melalui kaedah ini, ia dapat memudahkan lagi penyelarasan aktiviti-aktiviti pembangunan kawasan seperti kerja pembersihan kawasan, pengurusan tanaman, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengangkutan dan pemasaran dilaksanakan (Sila lihat foto disebelah). Biasanya perlu wujud kerjasama kerajaan pusat, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan, tanah-tanah yang terbiar boleh dimanfaatkan dengan penanaman durian. Pada masa kini Jabatan Pertanian juga membantu didalam proses meningkatkan pengeluaran benih tanaman tulen dan berkualiti melalui insentif bantuan naik taraf infrastruktur nurseri benih sedia ada serta pengeluaran benih di stesen-stesen Jabatan Pertanian dan usahawan yang terlibat. Kini melalui program Pemerkasaan Teknologi pula, Jabatan Pertanian akan menaiktaraf pusat-pusat jualan benih dan pusat pemprosesan durian. Selain itu, jabatan akan melatih belia-belia yang berkelayakan sebagai pelapis pakar pencantum dewasa pokok durian melalui program Farmers Field School. Usaha ini dilihat dapat membuka peluang kerjaya kepada belia yang terlibat.


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian juga akan terus mengadakan aktiviti pengembangan melalui promosi dan program jelajah di seluruh negara bagi menguar-uarkan projek-projek berkaitan pembangunan tanaman durian yang dirancang agar mendapat penglibatan menyeluruh daripada semua peringkat di dalam industri ini. Bagi menjaga kualiti dan pengukuhan aktiviti pengeksportan durian di luar negara, keperluan elemen traceability durian akan dibangunkan. Proses pengenalpastian varieti durian dan lokasi dimana pengeluaran durian yang dieksport akan dapat memastikan kualiti produk keluaran negara ini akan lebih terjamin. Oleh itu diharapkan dengan kerancakan aktiviti pembangunan industri durian sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara serta pasaran yang amat baik, ini akan dapat memberi pulangan yang lumayan kepada ramai pengusaha serta dapat menjadikan durian sebagai komoditi utama eksport negara pada masa depan. Durian sebagai komoditi yang mempunyai masa depan cerah perlu diberi perhatian bagaimana untuk naik ketahap yang lebih baik dimasa hadapan. Semuga semua pembaca blog anim agro technology gembira membaca semua tulisan dipaparkan. Wasallam!!!.

BUAH DURIAN.. IA SUDAH TERKEMUKA...
DIKOMERSILKAN.... SELURUH NEGARA...
VARIETI BERKUALITI... EKSPORT KECHINA...
TANAM DIRANCANG... PASARAN DIJANA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 JamadilAkhir 1439H).
Posted from Room 1055, Mariott Hotel, Putrajaya.
My Birthday is TODAY!!!
11 Oktober 2018.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top