Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TERNAKAN KELULUT (Trigona spp) merupakan satu aktiviti yang mana kini semakin menarik minat ramai. Walau pun saya telah menulis berpuloh artikel mengenai industri kelulut ini tetapi pihak media juga terus mempaparkan banyak laporan mengenai bagaimana kelulut ini telah menjadi satu bidangusaha yang mampu untuk memberikan pendapatan kepada pengushanya. Selain daripada kelulut ini menjana dan memberikan hasil madu kepada penternak, ianya juga adalah salah satu serangga yang membantu dalam proses pendebungaan tanaman dengan cekap dan berkesan. Dalam pada itu kehadiran kelulut juga boleh dikaitkan dengan tahap pencemaran atau perimbangan alam sekitar dimana kelulut tentunya hidup dilokasi sesuai dengan sumber makanan yang mencukupi. Pada masa ini terdapat 7 spesis kelulut yang sesuai diternak di Malaysia bagaimana pun dua spesis paling popular diternak adalah Trigona itama (Kelulut kecil) dan juga Trigona thoracica (Kelulut Besar). Walau pun pada asasnya diperingkat awal ternakan kelulut memerlukan kos agak tinggi bagi mendapatkan log dan koloni kelulut tetapi pelaburan tersebut akan berbaloi apabila ternakan tersebut memberikan hasil dan boleh dikembangkan lagi. Ramai juga dikalangan penternak baru yang gagal didalam usaha ini akibat beberapa faktur. Antara faktur dan cabaran yang boleh mengagalkan usaha penternakkan kelulut ini seperti kurang ilmu ternakan kelulut, kurang penjagaan, lokasi yang tidak sesuai, kekurangan makanan kelulut, gangguan haiwan liar, kecurian log kelulut, perubahan cuaca, serangan perosak (Kumbang pendebunga atau Lalat Soldadu Hitam) serta beberapa sebab terpencil. Ramai yang berjaya sehingga tahap menubuhkan syarikat berkaitan kelulut dan mampu menjadi pengedar madu, menjual log koloni kelulut dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi dari Tingkat 10, Grand Alora Hotel, Alor Setar, Kedah saya terus berkarya dalam "Anim Agro Technology" berkaitan keluut seperti dilaporkan oleh media tempatan.

Paling menarik dalam Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2018 dengan tajuk "Sebuah rumah satu sarang kelulut' di laporkan daripada Terengganu. Foto disebelah menunjukkan bagaimana Dr. Alias (kiri) diberi penerangan oleh Fadzli tentang sarang kelulut selepas merasmikan bengkel pemeliharaan kelulut di Kuala Nerus baru-baru ini. Anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal disaran merintis usaha menyediakan sekurang-kurangnya satu sarang kelulut bagi setiap rumah mereka. Terbaru Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr.Alias Razak berkata, langkah itu bukan sahaja membantu menambah pendapatan atau menjadi sumber makanan berkhasiat buat keluarga malah secara tidak langsung turut membantu mewujudkan persekitaran kediaman lebih kondusif. �Buat permulaan kita boleh sasarkan setiap rumah anggota MPKK mempunyai sebuah sarang kelulut untuk mendapatkan madu. Jika berjaya, ia boleh dijadikan contoh untuk dikembangkan ke DUN lain di seluruh negeri,� katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap ketika hadir merasmikan bengkel pemeliharaan kelulut di MARDI.  Seramai 50 orang peserta daripada 25 MPKK dalam DUN Bukit Tunggal menyertai bengkel itu. Yang turut hadir adalah Pengarah Mardi Terengganu En Fadzli.  Menurutnya setiap sarang kelulut yang boleh disediakan dengan kos asas dianggarkan RM400 dimana ia didakwa boleh menghasilkan sebanyak kira-kira 500 milimeter madu dengan nilaian lebih RM100Oleh itu jika mempunyai sebanyak 10 sarang dan ia dijaga dengan baik maka ia boleh menghasilkan 5 liter madu kelulut dengan purata pendapatan RM750 sebulan. Dinyatakan dengan adanya usaha pemeliharaan kelulut itu, kawasan rumah terjaga kebersihan dan keindahannya. Menurutnya untuk memelihara kelulut maka sekitar kawasan kediaman mesti ditanam dengan pokok-pokok bunga di samping tidak dilakukan pembakaran terbuka bagi menghindar kelulut daripada meninggalkan sarangnya.

Dalam akhbar My Metro pula dengan tajuk "Sarang kelulut keliling rumah" juga menarik untuk dikupas. Foto sebelah juga menunjukkan pengusaha kelulut iaitu En Haziman (anak Zakaria) memeriksa sarang kelulut yang diternak di kawasan rumahnya di Kampung Jeram Beserah, Kuantan, Pahang. Penulis blog juga telah melawat projek ini sebanyak 3 kali dan memberikan khidmat kepakaran teknikal semasa bertugas di Negeri Pahang dahulu. Foto diatas sekali pula menunjukkan En Zakaria berjalan di celah 50 sarang kelulut di kawasan rumahnya di Kampung Jeram Beserah. Berita ini dikeluarkan pada 10 Mac 2018 dimana didakwa umpama terapi diri bagi pesara kerajaan maka Zakaria Musa setiap kali melihat sarang kelulut di sekeliling rumahnya. Beliau pada setiap pagi dan petang warga emas yang kini berusia 65 tahun itu akan meninjau lebih 50 sarang kelulut termasuk mengambil madunya untuk dijual atau diberi kepada mereka yang datang melawat semua sarang kelulut berkenaan. Beliau yang mula menternak kelulut sejak dua tahun lalu bermula dengan 30 sarang kelulut jenis damar, hama dan thoracica yang dibeli daripada Orang Asli di Raub dengan harga antara RM200 dan RM350 satu sarang. Modal yang besar diperlukan sekiranya ingin terbabit dengan aktiviti menternak kelulut kerana permintaannya tinggi menyebabkan harganya meningkat dua hingga tiga kali ganda sejak kebelakangan ini. Dia mula menternak kelulut pada 2016 dengan modal lebih RM30,000 untuk beliau menyediakan tempat, seterusnya membeli 50 sarang kelulut dibekalkan secara berperingkat oleh Orang Asli yang mencarinya di kawasan hutan di Raub. Menerusi bantuan dua anak akhirnya dia berjaya mengusahakan projek berkenaan di sekeliling rumah bagi mengisi masa lapang dan perlu berdepan pelbagai cabaran di peringkat awal. Beliau sebenarnya sebelum ini berkhidmat di Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Beliau juga pernah berdepan situasi sarang kelulutnya mahu dicuri pihak tidak bertanggungjawab yang bergerak aktif pada waktu malam dan selain itu, kelulut juga lari meninggalkan sarang termasuk ancaman perosak seperti burung serta serangga antara cabaran terpaksa dihadapi penternak. Dakwanya kemuncak pengeluaran madu ialah sebanyak 15 kilogram (kg) dapat dihasilkan sebulan tetapi pengeluaran madu terhenti setiap kali musim hujan. Dia menjual madu dengan harga RM35 hingga RM45 sebotol (100 gram) dan mereka yang datang ke ladang juga diberi peluang menyedut madu dari sarang bagi merasai sendiri keseronokannya. Kawasan ladang ternakan kelulutnya kini turut dijadikan produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung datang untuk melihat sarang kelulut dan menyedut madunya. Dinyatakan dimana dia bberapa kali mendapat sokongan bantuan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Pahang dengan lawatan Pengarah Pertanian Negeri terdahulu Dato' Mohd Anim dan Pegawai Pertanian Daerah (Sila lihat foto disebelah). Anak beliau  Haziman berusia 26 tahun kini sebenarnya yang banyak membantu bapanya bagi memenuhi permintaan terhadap madu kelulut yang semakin bertambah. Kini dia bercadang untuk membesarkan projek terbabit secara berperingkat. Untuk ini kertas cadangan penyediaan kawasan ladang baru sudah dikemukakan kepada agensi bertanggungjawab. Sekiranya diluluskan usaha mendapatkan sarang kelulut akan dilakukan. Beliau berharap impian memiliki ladang kelulut komersial yang turut menjadi produk pelancongan daerah ini menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Laporan akhbar Sinar Harian pada Mac 2017 pula dengan tajuk lebih menarik iaitu "Mampu raih RM5,000 sebulan" dengan aktiviti menternak kelulut. Foto disebelah menunjukkan En Sufian yang memiliki 80 log sarang kelulut yang mampu mengeluarkan 10 - 30 kilogram madu kelulut setiap bulan. Berita dari Kuala Terengganu itu menyatakan seorang usahawan obses dengan madu kelulut yang dikatakan mempunyai khasiat luar biasa membantu merawat pelbagai jenis penyakit dimana ini seterusnnya mendorong Mohd Sufian Mat Noor berusia 40 tahun untuk menceburi perniagaan menternak kelulut. Kini biarpun masih baru dalam industri penternakan itu namun dia sudah membuktikan kesungguhan dan minatnya sehingga mampu meraih pendapatan antara RM2,000 - RM5,000 sebulan. Pada peringkat awalnya dia tidak berminat dengan kegiatan penternakan kelulut itu kerana menganggap ia cerewet dan tidak mendatangkan pulangan lumayan di samping sukar dipasarkan kerana permintaan terhad. Walau pun begitu kini tanggapan terhadap perusahaan penternakan kelulut itu akhirnya berubah sama sekali selepas dia dapat menyahut cabaran seorang rakan dengan membela dua lot sarang di kawasan rumah. Kini ternyata penternakan kelulut itu tidak cerewet malah ia sangat mudah dan senang berbanding menternak lebah atau penternakan haiwan ruminan lain. Beliau juga tidak menyangka hasil daripada dua lot sarang kelulut yang diternak itu turut mendapat sambutan luar biasa. Saya kemudian menambah lapan lot sarang kelulut bagi memastikan pengeluaran madu dihasilkan dapat memenuhi permintaan. Beliau yang menetap di kampung Pasir Panjang mendapati permintaan luar biasa yang diterima menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk menyewa dua tanah kosong di kampung Pasir Panjang dan Bukit Bayas untuk menjalankan penternakan kelulut itu dengan lebih serius serta teratur. Kini dia telah pun memiliki 80 lot sarang kelulut yang mampu mengeluarkan 10 - 30 kilogram (kg) madu kelulut setiap bulan. Selain jual madu kelulut RM250 - RM350 sekilogram dia juga turut tawarkan lot sarang kelulut pada harga RM250 - RM600 satu lot bergantung kepada jenis lot sarang dan spesies kelulut kepada penternak lain.

Sufian mendakwa dimana kelulut mempunyai beberapa spesies dan setiap daripadanya mempunyai keistimewaannya tersendiri. Pada masa ini lazimnya ramai penternak menternak kelulut spesies Heterotrigona itama kerana lot sarangnya lebih murah dan senang diperolehi. Sementara terdapat satu spesies kelulut istimewa yang bersaiz besar serta mengeluarkan lebih banyak madu iaitu spesies Geniotrigona thoracica satu lagi yang bagus adalah spesis Lepidotrigona terminata. Kini dia sudah memiliki satu sarang kelulut Geniotrigona thoracica yang dibeli di Kelantan pada harga RM1,200 dimana ia didakwa mampu menghasilkan madunya dua kali ganda lebih banyak. Ada kemungkinan dalam tempoh terdekat dia bakal tambah jumlah lot sarang kelulut geniotrigona thoracica kerana penghasilan madunya lebih banyak selain madu dihasilkan lebih berkualiti berbanding kelulut biasa. Dalam pada itu kenyataak dari Pengerusi Penaja Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat) iaitu Dr Nor Riah Mohamood berkata dimana setakat ini terdapat seramai 1,200 pengusaha kelulut berdaftar dengan Pelekat yang terlibat di seluruh negeri dan mampu hasilkan sekurang-kurangnya 200kg madu sebulan. Negeri Terengganu adalah antara negeri di Malaysia yang aktif didalam usaha menternak kelulut dan mempunyai organisasi berpersatuan yang memberikan faedah kepada pengusaha kelulut di negeri tersebut. Penulis blog yang beberapa kali memberikan ceramah mengenai industri kelulut di Terengganu dan membuat lawatan dan pemantauan kepada usahawan juga gembira dengan perkembangan tersebut. Permutuan kualiti madu di negeri ini di sediakan bagi menjamin semua madu kelulut dari negeri ini menepati piawaian mengikut standars MS SIRIM. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENTERNAK KELULUT... ADA CARANYA...
SUDAH TERBUKTI... BANYAK BERJAYA...
LAPORAN AKHBAR... TESTIMONI ADA...
ORANG LAIN... INGINKAH MENCUBA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 801, Grand Alora Hotel,
Mergong, Alor Setar,
Kedah, Malaysia.
(9 Safar 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top