BAGAIMANA PEPETUNG BOLEH TERBANG SEMUA ARAH? Itulah yang menjadi kehebatan dan keunikan serangga yang berguna ini. Pepatung atau Sibur-sibur) adalah sejenis serangga jenis Anisoptera iaitu didalam Order ORDONATA, iaitu Suborder EPIPROCTA dan Infraorder ANISOPTERA yang mempunyai 11 Keluarga dan ianya terdapat diseluroh dunia. Nama-nama lain serangga ini adalah Dragonfly, Damselfly (English), Pepatung; Patung-patung, Sibur-sibur, Sesibur (Malaysia), Capung (Indonesia), Kinjeng (Jawa Muar - Kampung penulis blog) dan banyak lagi. Saya memang kenal pepatung (dragonfly) ini semenjak kecil lagi dan suka memerhatikan aktiviti pergerakannya terutama ketika serangga dragonfly terjun atas permukaan air berulang-ulang kali, ketika itu kami katakan ia untuk mandi kata rakan-rakan sebaya. Penulis blog juga ada membuat 'senapang getah' untuk menembak dragonfly dan dapat membunuhnya ketika kanak-kanak dulu, memang sungguh seronok!. Kini setelah hampir hendak pencen, rasanya amat lama tidak dapat melakukan pemerhatian mengenai pepatung sehingga artikel ini ditulis. Sebelum menulis saya banyak membuat pembacaan dan rujukan dalam beberapa sumber termasuk buku dan lamanweb untuk mengumpul maklumat. Apabila artikel ini ditulis, saya kini telah lebih memahami akan dragonfly ini dan memang amat menakjubkan serangga hebat ini. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai "Dragonfly" atau pun kalau di dalam pemahaman kita disebut sebagai "Naga Terbang". Ini mungkin disebabkan oleh marfologi badannya seakan haiwan naga dengan bentuk mata terjojol keluar dan bahagian badan serta ekornya yang berbentuk badan dan ekor naga. Soalannya ujud ke haiwan naga ini?. Artikel subuh ini saya menulis mengenai haiwan yang hebat yang dinamakan Dragonfly (pepatung) teknik dia terbang dalam semua arah berdasarkan video iaitu didalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda semua.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Kajian saintis serangga mendapati dimana pepatung ini merupakan sejenis serangga AKROBATIK (Acrobatic) semasa terbang bebas diudara. Ia juga antara jenis serangga yang mampi bergerak pantas sehingga 55 km sejam iaitu kepada beberapa spesis tertentu. Serangga yang mempunyai dua pasang kepak dengan warna khusus terang ini hanya dapat dilihat bagaimana pepatung mengerakkan kepaknya untuk ia bergerak semua arah. Ia mampu bergerak ke Hadapan, Ke Belakang, Kekiri, Kekanan, KeAtas dan Kebawah serta pusingan 360 darjah. Keupayaan apa yang saintis kata ''Tricky Talent'' ini sebenarnya dipunyai oleh pepatung untuk ia bergerak pantas menangkap makanannya seperti serangga lain (seperti nyamok, lalat buah dan sebegainy) yang bergerak juga cepat. Dalam video gerak perlahan tersebut ditunjukkan bagaimana kepak hadapan di sebelah kiri serta kepak belakang dan kanan akan bergabung bagi menghasilkan pergerakan semua arah. Apa yang menarik dimana untuk bergera kehadapan maka sudut gerakan kepak seakan menernah angin dan membolehkan serangga ini bergerak kehadapan (Sila lihat foto disebelah). Cara gerakan dimana kedua-dua pasang kepak ini akan kaut angin dari hadapan dan di kuak kebelakang dengan pantas dan menghasilkan gerakan kehadapan amat pantas. Saintis telah menangkap 40 jenis pepatung dan dimasukkan didalam satu bekas dipasang dengan kamera jenis 'High Speed Camera' untuk merakam bagaimana pergerakan kepak pepatung ini direkodkan. Ia kemudian dengan jelas dapat dilihat bagaimana pergerakan kepak dalam menentukan gerak pepetung terbang.
Video tersebut dengan jelas menunjukkan pepatung bergerak dengan gerakan perlahan ia terbang kebelakang dari kedudukan sisi (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog amat teruja melihat video tersebut yang boleh di akses dengan pautan http://www.science mag.org/news/2018/07/video-reveals-secret-dragonfly-s-backward-flight. Ada juga ditunjukkan bagaimana rajah gerakan oleh kepak terhadap pusingan angin dengan amat jelas. Bila saintis terus menganalisa beberapa spesis pepatung dalam video tersebut memang agak unik bagaimana ia mendapati cara ia melalukan gerakan kehadapan seperti helikopter begitu juga gerakan kebelakang. Pepatung gunakan kekuatan dan kecepatan dua pasang kepaknya untuk terbang kesemua arah. Uniknya pergerakan kebelakang bukan dipunyai oleh kebanyakkan serangga terbang. Penerbangan kebelakang sebenarnya adalah sangat aerodinamik bagi pepatung seperti laporan jurnal The Royal Society Interface didalam jurnalnya. Temuan kajian menunjukkan pepatung mampu teb=rbang banyak arah dan boleh segera terbang kesemua arah dari ia hinggap (landing position). Para jurutera kemudian mengambil konsep serangga ini untuk mereka mencipta jentera atau apa juga benda untuk pelbagai kegunaan seperti Drone, Helicopter dan sebagainya.
Penulis blog juga mengetahui info dimana pepatung ini semasa belajar di Universiti dulu bahawa dragonfly adalah sejenis serangga pemangsa (Predator) yang sangat berguna dalam sektor pertanian. Kenapa ia berlaku?. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak tanaman seperti Lalat buah (Dacus dorsalis) atau juga dipanggil sebagai Fruit Fly (Sila lihat foto sebelah), Nyamuk, Belalang kecil, Kumbang, Semut, Hamama dan banyak jenis serangga lagi. Dikawasan kebun mangga atau buah-buahan tropika seperti jambu batu, nangka, betik,belimbing dan lain-lain pepatung akan dapat mengurangkan populasi lalat buah dengan baik sekali. Dalam teknologi kawalan perosak bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) tidak banyak yang menyatakan mengenai kepentingan dragonfly sebagai salah satu serangga yang berfaedah. Kalau cuaca panas lazimnya populasi serangga perosak tanaman akan bertambah dan juga populasi dragonfly juga bertambah. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Kini bagi lokasi seperti di kawasan perumahan di bandar dimana terdapat pepatung yang banyak akan memakan nyamuk yang membiak dikawasan berhampiran. Secara tidak langsung kehadiran dragonfly mampu untuk mengurangkan ancaman nyamoh seperti nyamok aedes atau nyamok jenis lain. Di Malaysia terdapat tiga jenis pepatung iaitu Dragonfly yang mempunyai saiz besar dan sederhana dan sejenis lagi di panggil Pepatung Jarum atau namaDamselffly yang kecil dan perlahan (Sila lihat foto pepatung jarum sebelah). Satu jenis lagi di panggil sebagai Anisozygotera iaitu kombinasi antara keduanya. Serangga kecil ini saya lihat memang mempunyai pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, ungu, kuning, silver dana banyak warna lagi. Saya amat suka melihat beberapa spesis dragonfly yang mempunyai warna kuat yang cantik seperti merah, ungu dan biru. Kekuatan warna ini juga yang menyebabkan musuh semulajadi dragonfly dikesan oleh musuhnya. Musuh utama yang memakan dragonfly seperti burung, cicak, megkarung dan semua haiwan pemakan serangga. Burung selalunya suka menangkap dragonfly yang berterbangan ketika matahari mula bersinar dar awal pagi hingga lewat petang. Haiwan seperti cicak dan mengkarong akan mekan dragonfly yang hinggap pada tumbuhan rendah. Selain itu serangga Labah-labah yang memasang jaring (spider-web) juga merupakan pembunuh tegar dimana dragon yang sangkut pasti akan jadi makanan labah-labah. Penulis juga meneliti tentang serangga semut dan kerengga juga kadang-kadang menangkap kaki pepatung untuk dijadikan makanannya. Bagaimana pun kini manusia masih belum dikategorikan sebagai musuh kepada dragonfly. Semuta tulisan selepas sahaja solat waktu subuh (4.36 minit pagi) ini di Shibuya-Ku, Tokyo, Japan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
Catat Ulasan