TARABAS merupakan satu varieti baru beras Jepun (Oryza japonica) yang telah berjaya dibiakkan dan ditanam di negar jiran Indonesia. Penulis blog yang berada di Tokyo, Jepun selama seminggu dari 1- 6 November 2018 untuk terlibat dalam Malaysia Fair 2018 di Shinjuku Central Park, Tokyo sempat menikmati nasi beras Jepun yang melekit dan enak seakan beras pulut. Negara kita Malaysia merupakan net importer beras melekit japonica melalui BERNAS dengan kuantiti yang banyak setiap tahun. Walau pun harga runcit beras ini yang premium adalah mahal tetapi permintaan di negara kita tetap tinggi kerana ramai rakyat Jepun yang bertugas di Malaysia dan peminatnya yang tersendiri. Apa yang hebat adalah di negara jiran Indonesia dimana mereka telah berjaya menghasilkan sejenis beras Japonica dikenali dengan nama Beras Tarabas. Menurut Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian (Balitbangtan) Kementerian Pertanian Indonesia dimana mereka berhasil menemukan benih padi varieti padi baru untuk menggantikan beras Japonika yang diimport dari Jepun. Mengikut Ketua Pejabat Balitbangtan dikenali dengan nama M. Syakir di Sukamandi, Kabupaten Subang, Jawa Barat kini selain mendakwa dimana benih padi hasil penyelidikan mereka di Balai Besar Penelitian dan Pengembangan Padi (BB Padi) telah pun diberikan nama Tarabas yang dalam bahasa Sunda berarti "terabas". Dakwanya beras ini sudah lama dibuat penyelidikan dan diteliti lama oleh BB Padi untuk tujuan asal menghentikan import beras Japonica. Ini juga merupakan beras premium dan nasinya pulen seperti beras Jepun. Artikel malam ini dari Hotel APA and Resort, Nihishinkujuku, Shinjunku, Tokyo, Jepun saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beras Tarabas yang dihasilkan di Indonesia menyamai beras Japonica untuk bahan rujukan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Dalam media yang diberikan BB Padi dimana selain varieti padi Tarabas pusat penyelidikan ini juga berhasil membuat kajian varieti unggul baru untuk kawasan sawah kering atau kurang air, sawah berpaya, kawasan dibawah laluan talian letrik dan juga dikawasan tanah tinggi. Varieti padi unggul yang baru untuk kawasan tanah kering beriklim kering dikenalpasti sebagai varieti Inpago 12 Agritani yang memiliki produktiviti hasil sehingga lebih dari 10 tan/ha dimana ini lebih tinggi dari purata produktiviti kebangsaan sekitar 4 tan/ha dikawasan yang adaptif di kawasan agak kering. Bagi kawasan tanaman padi di Indonesia yang berair (lahan rawa) varieti dikenalpasti adalah dokenali dengan nama Inpara 8 dan Inpara 9 yang memiliki tahap produktiviti tinggi serta tahan terhadap kes kandungan ferum (Fe) dan Alumunium (Al) yang tinggi pada tanah rawa. Dalam kawasan kebun dibawah laluan letrik (tegakan) diantara varieti yang berhasil dikaji adalah varieti Rindang 1 dan Rindang 2. Varieti ini amat sesuai ditanam pada kawasan tanah kebun ebagai tanaman selingan terutama ketika sedang dalam proses penanaman semula tanaman kekal yanng belum berproduktif. Dalam pada itu sementara petani akan mendapat hasil awal sebelum tanaman jangkapanjang memberikan hasil. Dalam pada itu terdapat varieti Luhur 1 dan Luhur 2 iaitu merupakan jenis varieti padi unggul baru yang diselidik untuk kawasan sawah di dataran tinggi dengan ketinggian melebehi paras 750 meter di atas permukaan laut (dpl). Dilaporkan dimana varieti padi ini banyak terdapat di Papua, Sumatera serta kawasan di Jawa Barat.
Terdapat dasar atau polisi kerajaan Indonesia untuk kerajaan menghentikan sama sekali pengimportan beras menjelang tahun 2017. Bagaimana pun dilaporkan dimana terdapat beberapa jenis beras tertentu yang masih perlu diimport diatas keperluan khusus termasuk jenis Beras Basmathi dan Beras Japonica. Dalam pada itu kadar permintaan beras khusus pada masa ini sangat cenderung meningkat disebabkan semakin meningkatnya pendapatan dan juga tahap hidup kesejahteraan masyarakat Indonesia. Beras Japonica merupakan salah satu jenis beras khusus yang semakin popular dinegara tersebut diman aberas ini juga adalah dicirikan dengan mutu beras premium. Ini disebebkan beras ini mempunyai tekstur nasi yang sangat lembut (pulen) dengan kadar Amilosa yang rendah. Beras jampnica dan Basmathi ini biasanya akan disajikan di restoren orang-orang Jepun dan Korea yang semakin banyak di Indonesia. Selain itu meningkatnya jumlah ekspatriat dan pelancong asing asing dari kawasan Asia Timur ke Indonesia juga telah menyebabkan peningkatkan penggunaan beras jenis ini dinegara mereka. Perkara ini telah menjadikan jumlah import beras khusus ke Indonesia semakin tinggi. Kerajaan Indonesia terus bekerja keras untuk membuat kajian bagi menghasilkan beras khusus dalam negara bagi tujuan mengurangkan pengimportan beras. Perlu dicati substitusi atau gantian beras lain yang mempunyai kualiti yang serupa.
Bagaimana pun dipihak kerajaan melalui Pusat Penyelidikan Padi mereka iaitu Badan Litbang Pertanian telah bekerjasama dengan Pemerintah Provinsi Jawa Barat pada tahun 2017 telah berjaya menghasilkan varieti beras Japonica dengan nama Varieti Tarabas. Beras ini didakwa memiliki mutu beras japonica premium dengan mutu berasnya yang sangat baik dan memenuhi standard beras japonica premium. Dilaporkan dimana beras Tarabas ini akan menjadi beras subtitusi bagi pengimportan beras jenis japonica (Sila lihat foto disebelah). Varieti Tarabas memiliki kadar amilosa yang rendah (17%) dan tergolong sebagai 'sticky rice' sehingga nasinya dapat dimakan dengan kaedah menggunakan sepit. Keunggulan lain dari varietI Tarabas ini adalah dimana ia didakwa tahan terhadap beberapa ras penyakit blast dan agak tahan penyakit tungro iaitu merupaka dua jenis penyakit penting yang sering mengganggu tanaman padi sawah. Namun demikian varieti ini masih memiliki kelemahan khususnya tahap ketahanannya terhadap kerosakan batang coklat dan hawar daun bakteria. Penanaman varieti ini juga sebaiknya dilakukan berselang seli dengan tanaman lain ditakuti penyakit tersebut akan menyerang dengan lebih mudah. Badan Litbang Pertanian seasa ini terus membuat kajian lanjutan untuk memperbaiki ketahanan varieti Tarabas ini dengan menyilangkannya dengan varieti-varieti unggul lain yang lebih tahan. Bagaimana pun antara ciri varieti Tarabas ini dimana hasilnya melebihi 4-5 t/ha, kadar amilosa 17,73%, dan tingkat kelembutan sangat baik (pulen ) pada beras Japonica.
Sebenarnya sasaran kawasan penanaman padi varieti Tarabas adalah dikawasan yang berair atau untuk padi sawah. Ia disyorkan ditannam disawah dengan sistem pengairan sama dengan varieti padi sawah yang lain. Kini teknologi amalan agronomi padi varieti ini sama dengan jenis padi unggul yang lain iaitu mendahulukan prinsip-prinsip iaitu Pengelolaan Tanaman Terpadu (PTT) dan Pengendalian Hama Terpadu (PHT). Pencirian mutu kisaran beras (milling process) bagi varieti Tarabas yang bersifat khusus memang memerlukan aktiviti lepas tuai yang khusus dan spesifik untuk padi japonica. Paling penting adalah kualiti benih beras japonica didapatkan dimana hanya Unit Pengelola Benih Sumber (UPBS) Badan Litbang Pertanian sahaja yang ada benih tulen dan disahkan. Kehadiran varieti padi japonica Tarabas ini memang diharap akan dapat memenuhi tahap keperluan asas beras dan pasaran domestik terhadap beras Japonica.Memang pihak terbabit perlu serius didalam usaha mendukung program Pemerintah untuk menekan import beras khusus ke Indonesia dimasa kan datang dengan temuan varieti Tarabas ini. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERAS TARABAS... NAMA BARU PADI...
DI INDONESIA...KAJIAN SUDAH DITELITI...
BERAS JAPONICA...BERAS IMPORT GANTI...
PREMIUM SEKALI...BERAS BERKUALITI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, APA Hotel and Resort,
Nishishinjunku -Tower, Tokyo,
Japan.
(4 November 2018).
Catat Ulasan