KOPI NANAS PHEWIT merupakan satu lagi produk baru dalam pasaran yang diusahakan oleh seorang artis lagenda tanahair iaitu Suhaimi Abd Rahman atau lebih popular dikenali dengan nama glamour AMY SEARCH. Amy adalah penyanyi utama Kumpulan Search yang popular dengan lagu rock seperti lagu "Isabella", "Kerja Gila" dan "Fantasia Bulan Madu". Kopi nanas Phewit merupakan salah satu daripada produk yang dihasilkan oleh syarikat beliau selain daripada produk Teh Tarik Phewit dan beberapa produk lain. Sebelum ini saya ada menulis mengenai kopi nanas dengan jenama 'Kopi Nanas Ngences" dan juga "Kopi Nanas Cap Gantang" dengan pautan yang boleh di cari dalam blog saya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Penulis blog juga telah banyak menulis mengenai kopi iaitu melebihi 150 artikel untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan. KOPI NENAS (Pinealpple coffee) kini merupakan satu produk baru yang kini menjadi lebih popular dengan pelbagai kaedah promosi. Sebenarnya produk kopi nanas ini telah lama dijual dipasaran dibeberapa negara jiran seperti di Indonesia, Vietnam dan Thailand. Di Malaysia kini produk kopi nanas ini mempunyai pasaran khusus (niche market) dengan usaha beberapa syarikat telah beroperasi untuk mengeluarkan dan juga mempromosikannya. Kopi Nanas Phewit sama dengan kopi nanas lain dipercayai menggunakan bahan asas iaitu terdiri dari bahan asas Biji Kopi (Coffea spp) dan Buah Nanas (Ananas comosus). Kopi merupakan tanaman yang dulu popular ditanam di Malaysia tetapi kini telah didapati amat berkurangan. Subuh yang dingin ini dari bilik hotel selepas hadir promosi produk kopi nanas Phewit dan nanas segar MD2 di Malaysia Fair 2018, saya mencuri masa bagi menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai produk kopi nanas jenama Phewit untuk dijadikan bahan bacaan dan juga rujukkan.
Penanaman kopi di Malaysia telah diberi perhatian semenjak dulu kala sebagai tanaman industri untuk diusahakan oleh pihak estet swasta tetapi dahulu sebenarnya paling ramai ditanam oleh pekebun kecil. Negeri Johor, Selangor, Sabah pernah dicatitkan sebagai negari pengeluar kopi dahulu tetapi kini hanya tinggal Sabah dan Johor sahaja. Keluasan tanaman kopi adalah seluas 9,470 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 telah menurun kepada seluas 8,557 hektar pada tahun 2005 dan pada tahun 2010 hanya seluas 3,160 hektar sahaja ditanam (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Tanaman Nanas pula adalah jenis buah yang tidak bermusim daripada iaitu dari keluarga Bromaliceae dimana ia juga mempunyai 3 kumpulan utama nanas yang dikomersilkan iaitu Kumpulan Spanish, Smooth Cayene dan juga Queen. Penulis blog merujuk kepada data dari LPNM dimana ia melaporkan data keluasan penanaman nanas dalam negara terus naik daripada seluas 14,833 hektar (2005) kepada 15,311 (2007), 15,792 hektar (2009) dan seluas 17,601 (2010) seperti apa yang dilaporkan dalam Laporan Agromakanan Kementerian Pertanian 2011 (Sumber: Laporan Tahunan Statistik LPNM). Sebanyak 416,070 metrik tan nanas dihasilkan pada tahun 2010 yang bernilai RM 644.908 juta dengan jumlah purata pengeluaran nanas negara sekitar 25.1 metrik tan sehektar. Negeri Johor adalah merupakan pengeluar utana nanas di Malaysia dengan kawasan seluas 9,830 hektar (atau 68% daripada keluasan di Malaysia) dan menghasilkan sebanyak 163,830 metrik tan pada tahun 2010. Industri nanas telah lama di usahakan di Johor terutama ditanam di atas tanah gambut untuk di kaleng (ditinkan) atau pun untuk jualan nanas segar. Pada masa ini perkapita penggunaan buah nanas adalah 14.3 biji seorang setahun dengan kadar ini terus meningkat. Permintaan nanas terutama nanas premium MD2 terus meningkat untuk pasaran domestik dan eksport. Terbaru dimana negara China telah membuka pasaran eksport nanas dari Malaysia dengan termeterainya protokol pengeksportan buah nanas dengan sasaran sebanyak RM320 juta menjelang 2020. Eksport pertama nanas segar ke China telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah LPNM pada 12 Oktober oleh Syarikat Top Fruit di batu Pahat, Johor.
Produk kopi Phewit ini dikeluarkan secara OEM oleh sebuah syarikat di Johor Bahru dengan jenama 'Kopi Nanas Phewit'. Phewit pula kini merupakan satu ikon kepada penyanyi rock lagenda Amy Search yang mempunyai ramai peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei malahan di Jepun. Bahan-bahan yang digunakan seperti ditulis pada label berwarna coklat (Sila lihat foto diatas sekali dan di sebelah) adalah krimer bukan tenusu, gula halus, susu krim, ekstrak nanas, malto dextrin, penstabil makanan, serbuk kopi dan perisa kopi. Produk kopi nanas yang dikeluarkan oleh Syarikat Qasander KL Sdn Bhd ini berpejabat di Shah Alam, Selangor menggunakan moto 4 langkah mudhah untuk menyediakan kopi nanas. Empat langkah tersebut adalah tuang kandungan kopi nanas dalam sachet kedalam mug, tuang 180 ml liter air panas, kacau untuk sebatikan dan akhirnya nikmati keenakkan citarasa kopi nanas. Pastinya anda akan mendapat bau dan rasa kopi dahulu tetapi kemudian bau dan rasa buah nanas akaan dinikmati kemudiannya. Seni minum kopi nanas ini agak berbeza dengan kopi biasa kerana anda perlu minum kopi nanas dengan kaedah betul dan perlahan-lahan. Rasa nanas akan dirasakan ditekan dengan keperihatinan peminumnya. Kena cuba dahulu baru anda boleh kata.
Dalam promosi yang dijalankan di Malaysia Fair 2018 yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Jepun dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (LPNM dan MADA), Petronas, MIDA, MATRADE, Kementerian Pelancongan, Japan Malaysia Association dan banyak lagi. Ia diadakan di Shinjuku Central Park, Nishinjunku, Tokyo, Japan dari 2-4 November 2018 dimana LPNM membawa produk kopi nanas ini selain daripada promosi buan nanas segar MD2 (nanas premium) dan juga nanas Josapine. Promosi 3 hari bermula 2-4 November 2108 ini menerima kunjungan melebihi 150,000 pengunjung yang ingin menikmati makanan Malaysia, Kebudayaan, Produk Nanas, Produk F and B, Produk Petronas dan banyak lagi melibatkan 32 buah gerai dan pentas utama. Pertunjukkan kebudayaan melibatkan penari tradisional dari Istana Budaya dan kemuncak persembahan adalah oleh penyenyi rock lagenda Amy Search yang mempersembahkan 4 buah lagu seperti Isabella, Kerja Gila, Fantasia Bulan Madu dan 1 lagi lagu. Penyanyi Amy Search juga berjaya mempromosikan produk kopi nanas sehingga kesemua stok kopi nanas yang dibawannya habis dijual pada hari kedua. Beliau sendiri mendapat tarikan ribuan peminat dari Jepun dan warga Malaysia untuk sessi bergambar. Penulis blog mendapati promosi kopi nanas dan nanas segar MD2 amat berjaya dalam Malaysia Fair 2018 di Tokyo (Sila lihat foto dibawah). Semuga anda semua teringin menikmati kopi nanas Phewit yang mempunyai aura tersendiri. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK BARU... ADA DUA RASA...
BAU NANAS ADA... KOPI PUN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Shinjuku Central Park,
11, Nihishinjunku, Shinjuku, Tokyo,
Japan.
(2-4 Novenber 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

KOPI NANAS... POPULAR DISANA...
AMY SEARCH... MENJADI IDOLA...PRODUK BARU... ADA DUA RASA...
BAU NANAS ADA... KOPI PUN JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Shinjuku Central Park,
11, Nihishinjunku, Shinjuku, Tokyo,
Japan.
(2-4 Novenber 2018).
Catat Ulasan