Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
PINA COLAMA?... Apakah benda itu?. Mungkin ramai dikalangan kita orang Malaysia yang masih tidak pernah mendengar nama Pina Colama tetapi mungkin pernah mendengar Pina Colada. Malam ini selepas keletihan seharian di Malaysia Fair 2018 di Tokyo, Japan, saya dapat masa untuk menulis mengenai produk yang dijangka akan mendapat sambutan baik dikalangan rakyat Malaysia kelak. Melihat sahaja foto diatas mungkin anda tidak akan tertarik mengenai sampel produk tersebut yang masih didalam proses pembangunan oleh LPNM (Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia) oleh Bahagian Bioteknologi mereka. Beberapa usahawan yang berkait dengan industri nanas bidang pemprosesan makanan didakwa mereka telah mula menyatakan ada minat untuk tujuan menghasilkan sejenis produk minuman atau cocktail berasaskan nanas yang unik dan berpotensi. Sebenarnnya Pina Colama adalah sejenis minuman gabungan jus nanas dengan air kelapa yang mana ia disesuaikan dengan beberapa kaedah pemprosesan yang disesuaikan daripada produk Pina Colada yang popular di beberapa negara didunia. Penulis blog pencetus nama Pina Colama ini dimana dicadangkan agar nama 'Pina' yang bermaksud kaitan dengan Nanas (Pineapple) dan juga 'Colama' iaitu singkatan kepada Kelapa (Coconut) dan Malaysia (Ma). Ini bagi menjadikan produk ini boleh di pasarkan di dalam negara malahan keseluruh dunia jika dapat direalisasikan kelak. Berbanding dengan minuman Pina Colama yang mengandungi bahan 'RUM' iaitu jenis alkohol yang tidak sesuai untuk umat Islam maka wajar Pina Colama ini dijadikan produk baru untuk Malaysia. Artikel malam ini dalam kedinginan musim autumn daripada tingkat 12, APA Hotel & Resort, Nishishinjuku Tower, Shibuya-ku, Tokyo, Japan, saya teruskan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai produk baru berasaskan nanas dan kelapa yang akan diperkenalkan kepada umum semasa MAHA 2018 di MAEPS Serdang, Selangor.


Nanas merupakan sejenis buah yang berasid sementara air kelapa adalah sejenis air yang mudah rosak jika di campurkan di antara keduanya. Maka perlu ada bahan lain untuk menstabilkan keduanya dimana kajian juga ada menunjukkan bahan seperti Rum (sejenis alkohol) ini telah digunakan bertujuan untuk menstabilkannya. Malangnya bahan rum ini kurang sesuai untuk diambil oleh umat Islam berdasarkan kepada ianya dikategorikan sebagai minuman beralkohol. Kajian di makmal LPNM menunjukkan untuk kita disesuaikan dengan tambahan cuka buah-buahan atau cuka makan untuk membolehkan Pina Colama ini stabil dengan rasa yang juga lazat (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini LPNM dilaporkan telah mengkaji beberapa resepi didalam usaha penyediaan produk Pina Colama iaitu Pina Colama Type 1, Pina Colama Type 2 dan Pina Colama Type 3. Pada foto disebelah menunjukkan Pina Colama Type 1 iaitu gabungan air kelapa dengan jus nanas (menggunakan nanas MD2) dengan formula yang sesuai. Ia memberikan rasa yang enak dan manis memberikan citarasa kelapa dan nanas. Dalam pada itu Pina Colama Type 2 pula adalah gabungan yang sama seperti Pina Colama Type 1 tetapi dimasukkan isi kelapa muda yang diracik halus dimana ini pada penulis blog yang membuat ujirasa amat enak sekali diminum semasa sejuk dalam notol. Memang dapat dinikmati akan rasa jus nanas, air kelapa dan juga mengunyah isi kelapa muda tersebut. Pina Colama Type 3 pula disesuaikan dimana ia mengandungi hirisan nanas kiub dan juga isi kelapa muda yang mana ianya memberikan rasa paling enak diminum. Sesuai diminum selepas disediakan maka minuman Pina Colama ini boleh dipromosikan terutama di hotel-hotel, pejabat-pejabat dan sebagainya dalam bentuk segar atau didalam botol yang khusus. Kalau menggunakan air kelapa pandan akan meningkatkan lagi keharuman Pina Colama ini.


Berbanding dengan produk Pina Colada yang telah terkenal diseluruh dunia ini, produk baru Pina Colama dijangka boleh dibangunkan di Malaysia. Dalam wikipedia dinyatakan dimana "The pi�a colada dari perkataan Spanish yang berasal daripada "pi�a -pi?a" iaitu dari buah nanas (pineapple) dan juga "colada - strained" iaitu cocktail manis dedengan, coconut cream atau coconut milk dan juga jus nanas. Biasanya ia dihidangkan sama ada ada "blended" atau pun "shaken" dengan air batu. Ia akan dihiaskan pula dengan pineapple wedge, maraschino cherry atau keduanya. Minuman Pi�a Colada telah dijadikan minuman nasional negara Puerto Rico semenjak tahun 1978. Dalam sejarah dinyatakan ada pertandingan 'bartenders' di Puerto Rica pada tahun 1954 dimana Steve Craig telah berjaya menghasilkan sejenis minuman gabungan diantara nanas, kelapa dan rum yang menggunakan Don Q Gold Rum. Apa pun sebelum kejayaan ini sebenarnya kewujudan Pina Colada ini adalah minuman oleh sekumpulan lanun diketuai oleh Roberto Cofresi yang ingin menaikan semangat para lanunnya dengan memberikan minuman campuran antara jus nanas, air kelapa dan Rum Putih. ia manjadi minuman cocktail kegemaran ramai selepas itu tetapi selepas kematiannya pada tahun 1825 resepi asal pembuatan minuman ini telah hilang dan tidak popular lagi. Bagaimana pun cocktail ini popular lagi pada tahun 1978 dimana Penyanyi Rupert Holmes telah menyanyikan sebuah lagu popular diseluruh dunia bertajuk "Escape (The Pina Colada Song)". Kepada anda yang ingin mendengar lagu dan klip video lagu ini boleh link pada pautan dalam youtube berikut: https://www.youtube. com/watch? v=w5_EIikdFr8.  Lagu ini disesuaikan dalam beberpa genre lain seperti Jazz dan sebagainya.


Pada masa ini cocktail Pina Colada telah dipelbagaikan produknya dalam pelbagai jenis dan produk. Bagaimana pun daripada apa yang penulis blog rujuk dari wikipedia ada sekitar 7 jenis produk atau resepi Pina Colada yang terbaik. Daripada banyak resepi yang ada, resepi ciptaan Jos� L. D�az de Villegas dalam bukunya merupakan jenis yang didakwa paling asli dengan Monchito. Cara membuatnya dengan menuangkan 85 gram krim kelapa, 170 gram jus nanas dan 43 gram rum putih (white rum). Ia kemudian di kisar (blender) bersama air batu ketul sehingga sebati dan halus. Kemudian ia dituang kedalam gelas dengan diatasnya dihias dengan potongan buah ceri machino, keratan buah nanas atau sebagainya. Beberapa resepi Pina Colada lain seperti (1) Maretto colada dimana amaretto diguna bagi menggantikan rum, (2) Chi chi iaitu dicampur vodka untuk gantukan rum, (3) Lava Flow bahan strawberry daiquiri akan dikisar dengan pi�a colada serentak, (4) Virgin pi�a colada atau Pi�ita colada iaitu resepi tanpa bahan rum menjadikan ianya non-alcoholic, (5) Kiwi colada iaitu resepi dimasukkan buah kiwi (isi buah dan sirap) didalam jus nanas, (6) Soda colada yang menyamai resepi asal tetapi menggunakan soda menggantikan santan kelapa dan (7) Kahlua colada iaitu resepi digantikan dengan bahan Kahlua (coffee liqueur) gantikan rum. Memang memahami daripada perkara diatas akan kita faham dimana variasi resepi ini masih lagi boleh dikembangkan. Penulis blog belum pernah rasa Pina Colada tetapi puas membuat ujirasa Pina Colama hasil kajian dalam negara. Diharapkan produk ini akan menjadi satu lagi bahan makanan atau minuman sihat yang akan diminati ramai. Jika benar maka penanam nanas dan industri nanas akan terus berkembang baik dimasa akan datang dan pengguna akan dapat produk terbaik dari usahawan yang mengeluarkannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK PINA COLAMA... BARU DICIPTA...
PRODUK ASAL... ADALAH PINA COLADA...
PELBAGAI RESEPI... TELAH PUN DICUBA..
SUDAH DI UJI.. MEMANG ENAK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1213, 12th Floor,
APA Hotel and Resort,
Nishishinjuku Tower, Shibuya-ku, Tokyo,
Japan.
(25 Safar 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top