Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Sepokok bayam dibatas timbun no. 3 sudah matang dan berbunga untuk dijadikan biji benih. Bayam termasuk dalam kategori sayuran. Terdapat 2 jenis bayam utama yang dimakan iaitu bayam hijau dan bayam merah.

Bayam adalah dari keluarga Amaranthaceae. Bayam kaya dengan vitamin A,B dan C dan zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn) dll.



Batang lembut tidak berkayu. Licin dan banyak cabang. Muda warna hijau dan kemerahan ketika tua. Boleh meninggi sehingga 1 meter.

Daun tunggal, warna hijau sedikit kemerahan diurat dan tengah daun, berbentuk bujur dengan hujung tirus

Jambak bunga keluar dari hujung dahan dan celah ketiak daun.

Bayam memerlukan banyak air untuk pertumbuhan. Siraman manual atau automatik renjis.

Boleh ditanam pada tanah bris, gambut, mineral dan bekas lombong.

Bunga majmuk, kecil putih kekuningan dan berbentuk spike. Biji benih kecil, bulat dan hitam berkilat. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top