Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MAKAN DAGING KAMBING merupakan satu perkara yang kadangkala menakutkan bagi sesetengah orang di negara kita. Ia amat berbeza dengan orang-orang di negara Arab yang menjadikan daging kambing sebagai hidangan utama orang disana sehingga ia dijual dibanyak restoren, hotel dan juga dihidangkan kepada tetamu. Lain dengan di Malaysia dimana entah mengapa ramai kalangan orang kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung. Bagaimana pun daripada laporan FAO menyatakan dimana sekarang ini daging kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia. Seperti yang saya lihat dan makan di UAE terutama semasa buat promosi nanas di WOF, Dubai dan Abu Dhabi, boleh dikatakan setiap hari saya pekena dengan makanan daging kambing yang enak, lemak dan lazat (Sila lihat foto diatas). Daripada hidangan Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Bukhari, Nasi Royal Maharaja India sehingga kepada Kebab dan burger semuanya menggunakan daging kambing. Dilaporkan dimana daging kambing di UAE dan negara-negara Teluk lain menjadi makanan penting. Saya juga melawat pasar basah di Dubai untuk meninjau bagaimana daging kambing dijual dengan kuantiti banyak di sana. Daging kambing juga menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara dimana selain itu ia adalah merupakan jenis pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. Artikel malam Jumaat ini sempena Cuti Hari Wilayah Persekutuan 2019 esok hari, saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai makanan daging kambing dan beberapa isu mengenai status halal daging kambing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Apa yang saya lihat di Barat pula dilaporkan daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu yang menjadi makanan mereka sejak lama dulu. Malah kini sudah terdapat kajian mendapati daging haiwan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. Semasa saya ke beberapa negara EU tahun 2018 selama seminggu lebih tidak menjadi masaalah untuk memakan makanan halal berasaskan ayam dan kambing dengan banyak reestoren halal menjualnya seperti kebab, steak dan sebagainya di restoren Arab dan Turki. Di England, Jerman, Austria, Czech, Hungary, Slovakia dan beberapa lokasi dengan kemudahan internet memang mudah mencari makanan halal ini yang enak walau harganya agak tinggi jika dibanding dengan nilai pertukaran wang semasa. Sempat tinjau jualan Halal Mutton di London (Sila lihat foto disebelah). Dalam satu laporan oleh satu kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn mereka telah berjaya mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat. Kajian yang dijalankan ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik. Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.


Dalam laporan lain telah dijalankan kajian klinikal oleh Universiti Harvard dimana meraka telah mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang dapat meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain. Mereka mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurang keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik. Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok. Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko seperti atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES menggariskan lagi dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. Didakwa ianya adalah termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat. Peraturan kedua pula ialah memasak daging dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew.


Semua kelebihan daging kambing daripada segi kesihatan itu diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria. Daripada temuan kumpulan penyelidik itu menekankan pentingnya nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara. Antara lain juga dilaporkan artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan. Ia membincangkan betapa pentingnya susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak lebih kecil dan mudah dihadam berbanding susu lembu. Ciri ini membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu. Mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia. Khasiat lain daging kambiing juga dimana ia  menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis. Dinyatakan juga tentang kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.


Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat. Di Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi tujuan memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun. Kini penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi kemudian memandangkan kambing matang dengan cepat dan ianya membiak seawal usia lapan bulan. Pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.  Walaupun satu ketika dulu aktiviti iaitu penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini. Kini telah semakin ramai pengusaha muda Melayu dan termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan korban Hari Raya Aidiladha. Mereka menternak dan menjual kambing untuk aqiqah dan sebagainya.


Dalam pada rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bertajuk "Daging babi bercampur daging kambing" yang diimport. Foto disebelah menunjukkan Siti Nur Ahmad (kanan) bersama pegawainya menunjukkan daging sejuk beku dari Sepanyol percayai daging babi di Perlabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor. Beberapa akhbat tempatan termasuk My Metro melaporkan dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Menurut Pengarah MAQIS Johor dan Melaka serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan. Semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas dimana pihaknya telah menerima maklumat sejak sebulan lepas dan terus menyekat akan pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan. Hasil pemeriksaan mereka mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan. Pengimport juga sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena sahaja mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol. Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas. Setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ada laporan viral juga dilaporkan melalui FB dan Twiter dimana daging kambing tidak halal dari India ada diimport ke Malaysia. Menurut laporan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa daging dari kambing yang diimport ini telah disembelih dengan cara yang tidak menepati kaedah syarak adalah turut diimport ke negara ini. Menurut JAKIM dimana melalui laman Hab Halal JAKIM lazimnya proses kelulusan kebenaran eksport daging ke Malaysia dari mana-mana rumah sembelih luar negara adalah dilakukan secara bersama antara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan pihak JAKIM dengan penelitian dalam aspek SPS (Sanitary and Phytosanitary) dan juga aspek syarak. Lazimnya hanya rumah sembelih yang menepati keperluan SPS, Standard Halal Malaysia serta Protokol Daging Halal Malaysia akan diberi kelulusan mengeksportnya ke Malaysia. Daripada viral melalui video yang tersebar di internet adalah disyaki daging tidak halal ini diproses dan ianya berlaku di kawasan penduduk bukan Islam di negara India. Pengusaha ini sudah mereka pasti tidak memenuhi kriteria untuk mengeksport daging ke Malaysia kerana premis mereka tidak diperiksa dan tidak mempunyai keperluan piawaian ditetapkan. Pihak pengimport dan pengguna diminta berhati-hati apabila hendak membeli daging daripada India dan laporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang keraguan tersebut. Semuga artikel mengenai daging kambing dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAGING KAMBING... PILIHAN ANDA...
KAYA PROTIN... RAMAI MAKANNYA...
ADA MITOS... DIDAKWA MERBAHAYA...
BACA ARTIKEL... BARU RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 JamadilAwal 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top