Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Dakwaan dimana HARGA DURIAN BELANDA SEMAKIN MAHAL adalah satu fakta yang menjadi igauan kepada peminat buah eksotik ini. DURIAN BELANDA (Annona muricata) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai petani masa kini. Ini disebabkan buah durian belanda didakwa mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengawal sel kanser dan didakwa mampu merawat masaalah penyakit Gout. Selain daripada itu daun durian belanda organik yang dijadikan teh untuk minuman dimana ia didakwa mempunyai khasiat yang berkaitan dengan rawat kesihatan seperti dinyatakan. Selain daripada buahnya yang dijual dengan harga buah segar durian belanda yang mahal iaitu sekitar RM 20.00 sekilogram keatas dipasaran runcit dilaporkan teh daun durian belanda juga amat berharga. Kini telah ada iklan di sepanjang lebuhraya PLUS dan LPT dimana Dato Rosyam Noor sebagai selebriti dan usahawan teh durian belandan dilihat oleh ribuan pengguna lebuhraya tersebut setiap bulan. Penulis blog yang beberapa kali melawat kebun beliau juga ada memberikan khidmat nasihat teknikal kepada beliau diperingkat awal penanaman pokok durian belanda ini. Saya ada banyak menulis artikel mengenai durian belanda untuk dijadikan bahan rujukkan sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Menanam pokok durian belanda memerlukan anakbenih berkualiti dan jenis tanah subur yang mempunyai sistem saliran baik. Kini beberapa orang petani menanam pokok durian belanda secara monokrop dan komersil kerana tumbuhan ini kini telah mendapat pasaran yang baik. Pada madsa dahulu tidak ada orang yang pedulikan tanaman ini yang juga pernah dianggap sebagai salah satu daripada jenis buah nadir. Belum banyak tulisan mengenai amalan agronomi dan teknik-teknik pemprosesan buah ini. Kini telah banyak informasi mengenai durian belanda dan khasiatnya dan telah diangkat sebagai satu jenis tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai harga buah dan produk durian belanda berdasarkan tinjauan penulis yang membuat sedikit penelitian mengenai isdustri durian belanda di Malaysia.

Pada masa ini dilaporkan semakin ramai peminat dan mereka yang ingin makan buah segar durian belanda atau jus durian belanda atau teh durian belanda serta produk lain berasaskan durian belanda. Maklumat tentang buah dan khasiat durian belanda amat mudah didapati daripada internet membolehkan permintaan terhadap buah ini semakin meningkat berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat usahawan dan petani yang mula menanam durian belanda secara komersil dan ag ter hiliran ingin melibatkan diri dalam industri durian belanda. Kepada pengguna mereka hanya mahukan buah segar berkualiti dengan harga berpatutan tetapi disebabkan bekalan masih kkurang dan saluran pemasaran yang kurang cekap menyababkan harga buah ini tidak menentu dimana ramai dakwa ianya agak mahal. Buah durian belanda merupakan buah yang tidak tahan lama kalau disimpan dengan tidak betul. Ia berkulit lembut dan perlukan pengendalian baik untuk mengekalkan kesegarannya. Dalam pelanggan kegerai dan sibuk cari bekalan buah ini mungkin ramai pembekal yang tidak kedekut berkongsi ilmu pasal buah ini. Ada yang bertanya kepada penjual seperti soalan berapa berat sebenar isi segar buah durian belan da setelah ditolak berat kulit, biji dan empulurnya. Pembeli memang sayang dengan duit poketnya almaklumlah buah durian belanda ini mahal harganya sekitar RM20 sehingga RM25 sekilogram. Sama macam harga durian Musang King ketika dijual pada harga RM90 sekilogram dahulu pembeli akan bertanya berapa berat kulit durian yang ditimbang?. Penulis blog membuat beberapa kajian mengenai perkara ini dan mendapati dimana wajaran ini boleh dijadikan panduan anda. Daripada sebiji buah durian belanda yang beratnya 1kg dibeli di Maran, Pahang (Kebun milik petani yang saya lawati) didapati komposisi berat bahagian tersebut adalah Berat Isi (675g), Berat Kulit (200g), Berat Biji (85g) dan Berat Empulur (40g). Ini menunjukkan membeli durian belanda adalah lebi menguntungkan dripada membeli buah durian dari segi kedapatan isinya. Kesimpulannya adalah daripada sekilo buah durian belanda peratus isinya sebanyak 65 - 70%. Akan tetapi semua ini perlu pilih buah berkualiti sebab kalau salah pilih mungkin hanya 20% sahaja atau kurang yang boleh dinimati atau dimakan.


Sekarang kadang kala memang sukar untuk mendapat durian belanda. Bekalan durian belanda sedia ada memang masih tidak mampu memenuhi permintaan. Harga durian belanda terus diparas yang memang meningkat tinggi. Orang sanggup membeli durian belanda biarpun harganya mahak di pasaraya, pasaraya atau dipremis lain asalkan berkualiti dan segar. Permintaan terhadap durian belanda amat hebat terutama dengan dunia sekarang dimana netizen cepat mendapatkan maklumat dihujung jari sahaja. Fenomena ini disebabkan khasiat durian belanda yang dikatakan memang hebat untuk merawat barah. Manfaat dan faedah yang telah ditemui dalam durian belanda menjadikan buah durian belanda amat berharga untuk tujuan kesihatan. Kebaikan khasiat durian belanda didkawa sudah terbukti hebat. Penulis blog ingat masa kecil dahulu dikampong memang senang untuk makan durian belanda dikampong kerana ada 3 pokok yang sentiasa berbuah. Kadang-kadang buah yang ranum tersebut jatuh an busuk begitu sahaja tidak dihiraukan sesiapa kerana ia adalah 'buah status kampung' sahaja. Apa pun itu kusah 50 tahun dulu dan kini penulis blog sukar dapat makan durian belanda kerapa pokok tersebut sudah tiada dan jarang balik kampong lagi. Bagaimana pun penulis blog lebih kerap cari peluang meninjau penanaman pokok durian belanda komersil dan memberikan khidmat kepakaran teknikal kepada ramai pekebun. Ramai yang masih telefon penulis blog untuk mendapatkan khidmat kepakaran teknikal tanaman hebat ini.


Kini kehebatan pokok durian belanda sudah berkembang dengan kehebatan bahagian daunnya. Pokok durian belanda yang dijaga secara organik sangat sesuai untuk diambil bahagian daunnya bagi dijadikan teh berkhasiat. Dikampong ia boleh direbus setelah dikeringkan dan diminum untuk mendapatkan  khasiatnya. Fenomena ini satu yang pelik tetapi sudah menjadi satu produk yang hebat. Kalau dahulu buah dan daun durian belanda macam tiada harga akan tetapi kini daunpun sudah ada nilai. Orang ghairah dan berahi kepada durian belanda menyebabkan harga benih pun menjadi mahal sekarang ini. Fenomena ini berpunca heboh diperkatakan mengenai khasiat durian belanda dimana yang paling hebat adalah dakwaan dimana nilai khasiatnya ialah untuk melawan kanser. Apa tidaknya, memang orang akan berlumba-lumba mendapatnya jika ada yang mengatakan khasiat buah durian belanda ini 10,000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Biar betul?. menyelami perkara ini durian belanda atau atau Soursop iaitu tumbuhan dari keluarga Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib seperti hasil hasil kajian di negara maju. Durian belanda buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.


Buah durian belanda  kini didakwa merupakan buah yang terbaik untuk merawat kanser dimana ia telah digunakan dari buah hingga ke daun untuk merawat penyakit berkenaan. Memang ada sebelum ini ramai sering mendengar yang buah durian Belanda merupakan buah yang terbaik untuk merawat kanser dimana ia telah digunakan dari buah hingga ke daun untuk merawat penyakit berkenaan. Kerana info kepercayaan itu maka kini pasaran mula dipenuhi dengan produk buah buah berkenaan sama ada dijual segar, dalam bentuk pil, air, kordial dan pelbagai lagi. Graviola (Annona muricata) atau lebih dikenali sebagai durian belanda, sirsak, guanabana atau soursop adalah buah tempatan yang mula mendapat perhatian mutakhir ini. Graviola atau durian belanda in mendapat tempat dan permintaan setempat bukan hanya kerana rasanya yang enak dan menyegarkan untuk dimakan begitu saja dan dibuat jus malahan ianya juga dikatakan bermanfaat tinggi untuk kesihatan. Daunnya juga dijadikan teh untuk ubatan secara tradisi. Telah banyak  kajian in vitro (pada sel-sel dalam makmal) dan in vivo (pada binatang makmal seperti mencit dan tikus) menunjukkan ekstrak-ekstrak dari buah, daun dan bahagian pokok adalah poten untuk mematikan sel-sel dan tisu kanser tersebut. Kajian ini telah dilakukan sejak puluhan tahun yang lepas. Ini kerana ujud beberapa kompaun potein ini telah dipencilkan dan dikaji ciri-cirinya dengan terperinci. Antara kompaun-kompaun tersebut adalah kompaun dari kelas acetogenins contohnya annonacin, annonin, bullatacin, uvericin dan isoquinoline seperti annonamine. 


Persoalannya mengapakah tiada kompaun-kompaun aktif ini muncul sebagai salah satu dalam regimen rawatan kanser?. kajian ini mendorong pelbagai teori konspirasi bahawa kaedah rawatan dari tumbuhan ini dirahsiakan kerana boleh menutup nilai ringgit yang mana ia diperoleh dari rawatan sedia ada (rawatan baru lebih mahal dari rawatan sedia ada yang telah tamat tempoh paten). Walau pun ada juga yang menyatakan kompaun tumbuhan tidak boleh dipaten dan tidak akan menyumbang tenggorok �big pharma� yang lapar wang ringgit (banyak kompaun dari tumbuhan yang telah disintesis dan dipaten). Sumber rawatan tradisional kita tiada nilai bagi barat (tumbuhan ini bukan native Asia, dibawa dari Afrika, Amerika Selatan dan Carribean). Andaian-andaian ini adalah tidak benar dan tidak berasas. Bagaimana pun ada isu mengenai buah durian belanda ini dengan kesan lain.  Acetogenins dari buah dan daun serta bahagian-bahagian graviola seperti annonacin mempunyai nilai sitotoksik yang bagus. Hanya beberapa nanomolar kepekatannya mampu mematikan sel. Ini disebabkan sebahagian besar acetogenins dan isoquinolins ini berkebolehan untuk merencat rantaian respiratori kompleks I pada mitokondria. Ini akan menghalang keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga dari respirasi sekaligus memaksa sel tersebut untuk mati. Kedengaran bagus bukan?. Namun, acetogenins dan isoquinolins ini juga mampu merentas otak (able to cross blood brain barrier) dan mengganggu (merosakkan) neuron-neuron kerana sifatnya yang lipofilik. Jadi, bukan sahaja sel kanser yang dibunuh, sel-sel neuron otak juga akan sama musnah. 


Kompaun-kompaun ini juga mampu menambat pada reseptor serotonin dan telah dikaji untuk menghasilkan kesan antidepresi. Masalahnya, kesan kerosakan neuron dopaminergik (neuron penghasil neuropemancar dopamin) adalah nyata. Jadi, kita akan mempunyai masalah kekurangan neurotransmitter dopamin seperti yang berlaku pada pesakit PARKINSON. Segala kesan ini dilihat dengan kepekatan kompaun tersebut pada aras nano- ke mikromolar (kepekatan yang sangat rendah). Malah masalah ini bukan saja dikesan melalui ujian tabung uji dan haiwan di makmal.  Ada banyak kajian tentang kaitan insiden atipikal penyakit Parkinson dan Alzheimer dikesan di kelompok komuniti yang tinggi pengambilan graviola dalam diet mereka. Gejala ini dapat dilihat pada komuniti di Carribean dan French West Indies yang mengalami banyak kes Parkinson dan Alzheimer tanpa sebab yang khusus.  Banyak kajian telah dilakukan dalam komuniti ini dan didapati pengambilan graviola yang tinggi dalam diet mereka adalah penyumbang gejala ini. Kajian lanjut menunjukkan pengurangan ketara neuron-neuron penghasil dopamin dalam otak mereka. Apa yang menarik dimana kaedah pengambilan graviola ini meliputi pengambilan buah secara mentah atau teh daun graviola dengan kaedah rendaman dalam air panas. Adakah produk berasaskan buah durian belanda ini selamat?. Anda perlu juga berhati-hatilah apabila anda disua dengan pelbagai produk jualan yang berasaskan buah ini. Walaupun ada diberitakan ia mempunyai kelebihan-kelebihan yang menarik, malang sekali kelebihan itu sebenarnya akan mengakibatkan kesan sampingan yang teruk secara senyap (siapa yang perasan neuron otaknya berkurangan, kan?). Dinasihatkan jika sesekali meminum jus durian belanda atau memakannya sebagai kudapan tidak mengapa. Tetapi mengambilnya secara berkala setiap hari atau setiap minggu mengundang bahaya. Semua artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DURIAN BELANDA ... MAHAL HARGANYA...
BUAH KURANG... RAMAI INGIN BELINYA...
BARU DIPETIK... ORANG MEREMBATNYA...
TANAM SENDIRI... MEMANG KITA PUNYA!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1440H).







Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top