Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KEBUN KOMUNITI Kg Sg MIRI, LABUAN merupakan satu projek yang berjaya mengumpulkan ramai peserta di Wilayah Persekutuan Labuan. Penulis blog berkesempatan buat tinjauan ke lokasi projek pada Mac 2019 bersama Pengarah Pertanian Labuan dan beberapa pegawai lain. Kebun komuniti seluas .12 ekar ini melibatkan seramai 32 peserta dari sekitar kampung berkenaan yang terletak di jalan utama berhampiran pantai Sg Miri. Kehadiran kami disambut oleh seramai 21 orang peserta projek kebun kominiti yang ramai dari mereka adalah gulongan wanita. Kalau peringkat awal penubuhan kebun komuniti ini seorang peserta diberikan satu batas tanaman berukuran 4 kaki x 15 kaki akan tetapi kini setiap peserta sudah mempunyai 3 - 5 batas kerana kawasan kebun komuniti telah diperluaskan. Projek ini menerima bimbingan daripada Jabatan Pertanian dibawah Projek PertanianBandar dengan bantuan berupa pembersihan kawasan, bahan input pertanian dan juga infra asas seperti pondok, jambatan dan sistem perparitan. Jabatan Perpaduan Labuan juga terlibat sama didalam program ini dengan memberikan bantuan sebanyak RM2,500 pada tahun 2017 untuk pengluasan kawasan. Projek kebun komuniti Sg Miri Labuan ini telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan kebun komuniti Peringkat Kebangsaan pada tahun 2018 anjuran Jabatan Pertanian. Tanah kawasan kebun komuniti ini dimilikki oleh ketua kampong tersebut dan diberikan kebenaran untuk komuniti tempatan  berkebun dan mengusahakannya. Kebun komuniti ini selain daripada berjaya menjadikan perpaduan komuniti lebih mantap dilaporkan juga kini menjadi tumpuan sebagai pusat pelancongan (agrotourism) yang menarik. DI laporkan selain daripada pelancong dari Semenanjung, Sabah dan Brunei mereka juga turut menerika pelawat daeipada Eropah, Korea, China dan beberapa negara lain. Projek Kebun Komuniti ini mempunyai pengurusan Jawatankuasa yang kukuh didalam mengendalikan komuniti berkebun sebagai asas pengeluaran bahan makanan dan perpaduan. Artikel petang Ahad ini dari hotel Lazenda saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kebun komuniti Sg Miri WP Labuan untuk bahan bacaan anda. 


Kawasan ini merupakan kawasan tepi jalan utama yang mana mudah dilihat dan dikunjungi oleh mereka yang lalulintas berada di tepi pantai. Antara tanaman yang ditanam adalah seperti Jagung Manis, Bendi, Cekur Manis, Sawi, Cili Padi, Terung Panjang, Ubi Kayu, Lobak Putih, Cili Besar, Kacang Panjang, Salad, Merunggai, Terung Pipit, Bayam, Kangkung, keledek, keladi dan banyak lagi mengikut minat masing-masing. Terdapat banyak peringkat penanaman daripada peringkat baru mula tanam, peringkat pembesaran dan juga penuaian hasil. Projek ini menarik mereka yang lalulalang dikawasan tersebut dan singgah untuk membeli sayuran segar daripada peserta terutama pada waktu petang hari. Pengunjung akan melihat dahulu tanaman dan mereka akan membeli hasilan yang terdapat seperti cili api dan sayuran lain yang sedia dipetik untuk terus dibawa pulang. Harga ditawarkan juga amat berpatutan dengan kualiti dan tahap kesegaran (freshness) terus dari kebun. Dilaporkan kawasan ini mampu menghasilkan nilai pengeluaran sekitar RM3,500 sebulan bergantung kepada jenis tanaman dan juga musim. Bekalan air dikawasan ini adalah daripada sistem parit dan juga bekalan dari paip air komersil sebagai backup. Pada musim panas ini dilihat pertumbuhan pokok agak terjejas kerana sudah hampir 2 bulan hujan tidak turun. Oleh itu peserta kursus digalakkan untuk menggunakan bahan sungkupan seperti lalang kering, rumput kering dan sebagainya. Penulis blog cadangkan agar mereka dapat gunakan gel pertanian untuk beberapa jenis tanaman seperti cekir manis. bendi, cili dan beberapa tanaman lain untuk atasi masaalah kemarau oanjang seperti sekarang. Jabatan Pertanian Labuan akan membuat kursus penggunaan gel pertanian dikawasan kebun komuniti ini. Penulis blog juga syorkan untuk membuat kompos sendiri dan menambah baja organik untuk kebun kominiti disini.


Penulis blog memberikan nasihat kepakaran mengenai tanaman cili, Ubi Kayu,  Jagung Manis dan beberapa tanaman lain dari aspek benih tanaman dan penjagaan. Antara penerangan diberikan penulis blog kepada peserta projek bagaimana untuk membuat benih sendiri tanaman cili padi, kacang bendi dan beberapalagi. Penerangan seperti ini memberikan ilmu baru kepada mereka untuk mengurangkan kos benih yang selalunya dibeli daripada kedai pertanian. Benih amat penting disediakan dengan teliti agar ia mampu tumbuh dengan baik. Penulis blog juga jelaskan akan ancaman masaalah Kerinting Daun tanaman cili terutama jenis cili padi. Diperjelaskan bagaimana membuat disgnostik penyekit kerinting daun cili dan beberapa kaedah mencegah serta mengawalnya. Menurut Pak Yusof ada pernah berlaku beberapa kali serangan kerinting rambut dan ia merugikan beliau apabila pokok cilinya dijangkiti masaalah tersebut. Selain itu kebun komuniti ini menanam jagung manis dan cili dalam kawasan berhampiran dimana kedua tanaman ini adalah kurang sesuai ditanam bersama. Pemilihan jenis tanaman dan penjadualan tanaman sangat penting didalam kawasan kecil dengan pelbagai jenis tanaman seperti didalam kebun komuniti ini. Bagaimana diatas kerajinan peserta yabg menjaga batas tanaman masing-masing membolehkan keadaan serangan perosak dan penyakit disini terkawal pada keseluruhannya. Antara yang dibangkitkan Pak Yusuf adalah serangga yang merosakan bahagian akar  tanaman. Penulis blog jelaskan ia adalah jenis serangga Cengkerik atau Sorok-sorok yang menyerang pada malam hari. DIperjelaskan kaedah kawalan sesuai untuk mengawal serangan cengkerik dengan sistematik.


Projek kebun komuniti Kg Sg Miri Wilayah Persekutuan labuan walau pun saiznya sederhana berjaya memupuk semangat perpaduan dikalangan peserta dan penduduk kampong. Rata-rata peserta yang hadi dalam kepanasan tengahari gembira dengan kunjungan saya kali ini. Penulis dapat memberikan ilmu kepakaran sebagai agronomist untuk ereka membuat rujukkan dalam "Anim Agro Technology". Rupanya memang telah ramai yang pernah membacanya untuk mendapatkan info mengenai pelbagai teknologi pertanian. Beberapa peserta juga teruja dapat berjumpa dengan penulis blot yang selama ini hanya mengenalinya melalui tulisan-tulisan artikek sahaja. Antara artikel yang mereka pernah  baca seperti penanaman cili, jagung manis, kangkong, bayam dan pembajaan selain daripada kawalan perosak dan penyakit. Kebun komuniti di sini memberikan keseronokan dikalangan peserta yang dapat bersama-sama berkumpul dan berterusan bermula tahun 2016 lagi. Ia boleh dijadikan contoh bagi komuniti lain yang ingin menjalankan projek pertanian komuniti. Penulis blog berkunjung ke Labuan untuk Majlis Perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkay WP LAbuan pada 9 Mac 2108. Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Malaysia P166 Labuan iaitu Datuk Razman melibatkan lebih 250 orang hadirin.   Program hari bertemu pelanggan Kementerian Pertanian diadakan setiap hari Rabu setiap minggu dimana semua jabatan dan agensi akan membuka kaunter bagi menerima seberang pertanyaan dan perkhidmatan yang diperlukan.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KEBUN KOMUNITI... SUDAH BERJAYA...
KRT SG MIRI, LABUAN... BUKTIKANNYA...
SAYUR DITANAM.... DITUAI HASILNYA...
DIMAKAN SENDIRI ... DIJUAL JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 554, Hotel Lazenda,
Jalan OKK Abdullah,
WP LAbuan, Malaysia.
(4 Rejab 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top