LATEKS atau SUSU GETAH adalah cairan berwarna putih yang dihasilkan daripada hasil torehan pada pokok getah (Hevea brasiliensis). Pokok getah matang akan ditoreh lazimnya pada pagi hari menggunakan pisau toreh dan lateks ini akan keluar daripada kesan torehan mengalir perlahan terus masuk kedalam cawan (Sila lihat foto diatas). Bergantung kepada klon, cuaca dan amalan agronomi, kuantiti lateks yang dihasilkan menentukan pendapatan penoreh getah. Bagaimana pun lateks ini akan turun kualiti jika hujan turun (ia menjadi cair) atau dimasukkan bendasing (getah dan kulit torehan) kedalamnya (biasanya untuk membuat getah beku). Lateks ini akan dikutip didalam dua bentuk iaitu lateks cair atau pun getah buku (dikutip pada keesokkan hari selepas menoreh dan lateks membeku). Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pengekstrakan lateks atau susu getah dari pokok memang ia adalah untuk digunakan dalam pengeluaran getah. Perkataan lateks juga digunakan untuk merujuk kepada getah lateks semula jadi (natural rubber) terutamanya bukan getah tiruan (tervulkan). Antara produk paling terkenal daripada lateks adalah produk seperti sarung tangan lateks, kondom lateks dan pakaian lateks. Dari segi sains, lateks adalah penyebaran (emulsi) yang stabil dari mikrozarah polimer dalam medium berair. Ia didapati dari pokok getah semula jadi. Bagaimana pun terdapat juga getah sintetik yang diperbuat daripada bahan lain dikomersilkan. Lateks sintetik boleh dibuat dengan polimerisasi monomer seperti stirena yang telah diemulsi dengan surfactan. Lateks yang terdapat secara semulajadi adalah jenis cecair susu yang terdapat dalam 10% daripada semua tumbuhan berbunga (angiosperm). Ia merupakan emulsi kompleks yang terdiri daripada protein, alkaloid, pati, gula, minyak, tanin, resin dan gusi yang membeku pada pendedahan ke udara. Ia biasanya keluar dari pokok selepas kecederaan pada tisu tumbuhan terlibat. Di kebanyakan tumbuhan akan mempunyai warna susu getah putih akan tetapi ada yang mempunyai getah kuning, oren atau merah. Umumnya definasi lateks adalah istilah untuk bahan cecair di tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuhan ia berfungsi sebagai pertahanan terhadap serangga herbivora. Artikel subuh pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai lateks atau susu getah untuk dijadikan bahan bacaan atau rujukkan.
Apakah dia kegunaan lateks pokok getah dalam industri?. Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri. Dalam pada itu landasan keretapi juga menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geseran. Jambatan juga di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan pula biasanya getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar semasa kapal hendak berlabuh. Apa yang unik juga di negara Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi lazimnya lapisan getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan bangunan akan tidak mudah runtuh. Kegunaan getah daripada lateks untuk kegunaan harian tidak dapat dinafikan. Terdapat banyak barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan kasut bagi but keselamatan juga diperbuat daripada getah. Terkini adalah penggunaan kayu getah dalam industri perabut. Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Pada masa ini tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah. Pokok getah yang hasilkan lateks dan kayu getah kini semakin berharga dalam industri berkaitan.
Adalah menjadi persaingan diantara lateks dari pokok getah asli dengan getah sintetik yang dikomersilkan. Kini getah sintetik ataupun getah tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun ia mempengaruhi pasaran dunia dimana jika berlaku kenaikan harga minyak maka getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta. Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang untuk ia ditoreh dan produktif. Kini bekalan getah sedia ada mendapat kadar permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini adalah disebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat. Bagaimana pun harga getah terus menurun semenjak beberapa tahun akibat harga minyak dunia rendah dimana ini menyebabkan tahap pengeluaran getah sintetik meningkat.
Dalam pada itu lateks adalah getah kental, seringkali sama dengan susu yang mana ia dihasilkan dari banyak tumbuhan dan membeku ketika terkena udara bebas. Selain tumbuhan juga dilaporkan dimana ada beberapa hifa cendawan yang juga diketahui mampu untuk menghasilkan cairan kental serupa lateks. Pada beberapa tumbuhan, lateks dihasilkan oleh sel-sel yang membentuk suatu pembuluh tersendiri yang disebut pembuluh lateks. Sel-sel ini berada di sekitar pembuluh tapis (floem) dan memiliki inti banyak dan keluarkan butiran-butiran kecil lateks di bahagian sitosolnya. Apabila jaringan pembuluh sel ini terbuka seperti ditoreh atau dikerat maka akan terjadi proses pelepasan butiran-butiran ini ke pembuluh dan keluar sebagai getah kental. Lateks terdiri atas partikel getah dan bahan bukan getah (non-rubber) yang larut dalam air. Lateks juga merupakan suatu larutan koloid dengan partikel getah dan bukan getah yang terapong di dalam suatu media yang mengandungi berbagai macam zat lain. Di dalam lateks mengandung 25-40% bahan getah mentah (crude rubber) dan 60-75% serum yang terdiri dari air dan bahan galian yang terlarut. Bahan getah yang masih mentah mengandungi unsur 90-95% getah asli, 2-3% protein, 1-2% asid lemak, 0.2% gula, 0.5% jenis garam dari Na, K, Mg, Cn, Cu,Mn dan Fe. Partikel getah terapong dalam lateks atau tersebar merata dalam serum lateks dengan ukuran 0.04 - 3.00 micron dengan bentuk partikel bulat sampai lonjong. Kajian mengenai getah asli dan kepelbagaian penggunaannya memang sudah jelas dibincangkan. Boleh dikatakan kehidupan kita setiap hari akan menggunakan getaj dari lateks pokok getah. Pandu kereta sahaja banyak komponen didalam kereta yang menggunakan lateks. Dalam rumah pakai seluar dalam pun ada gunakan getah dan didapor banyak lagi perkekasan yang menggunakan getah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LATEKS GETAH... MACAM SUSU DIA...
WARNA PUTIH... AROMANYA SAMA...
BILA DITOREH...DICAWAN MASUKNYA...
GETAH ASLI... PELBAGAI GUNANYA...
By,
M Anem,
Senior Argonomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
17 Rejab 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan