• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Pokok pisang yang ditanam bila sudah matang atau besar akan mengeluarkan anak pisang atau sulur. Beberapa keadaan keluaran sulur atau anak pisang boleh berlaku. Seperti diketahui secara amnya terdapat dua jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air ( klik sini untuk melihat perbezaannya ).
Dari pemerhatian didapati pokok pisang boleh beranak ( sehingga 5 atau lebih ) atau mengeluarkan sulur seperti berikut :
1. Semua sulurnya adalah sulur pedang
Lima sulur pedang pisang renek batas timbun tanpa penghadang
Sulur pedang pisang renek batas timbun dengan penghadang
2. Semua sulurnya adalah sulur air
Sulur air pokok pisang nangka, rumpun sudah lama
3. Campuran antara sulur pedang dan sulur air, dengan lebih banyak sulur pedang
Rumpun pisang nangka dengan lebih banyak sulur pedang berbanding sulur air
Pokok pisang dibawah naungan pokok ceri, anak bersulur pedang
4. Campuran antara sulur pedang dan sulur air, dengan lebih banyak sulur air
Tanah yang padat membantutkan tumbesaran pokok induk manakala anak yang dihasilkan adalah sulur air
Lagi satu sulur air di tanah yang padat dan keras di tepi pagar
Ini adalah sesuatu yang menarik untuk di perhatikan dan dikaji. Mungkinkah kesuburan dan kesesuaian tanah mempengaruhi pengeluaran jenis sulur pokok pisang? Adakah tanah yang subur menghasilkan kesemua sulur pedang manakala tanah yang tidak subur menghasilkan kesemua sulur air. Manakala tanah yang sederhana subur akan menghasilkan campuran antara sulur pedang dan sulur air.
Mungkin ada benarnya teori / hipotesis ini kerana keadaan inilah yang diperhatikan di kebun bandar JomTanamSayur setakat ini.
Jika benar maka mudahlah untuk menyelesaikan masalah keluarnya sulur air ini iaitu dengan memperbaiki struktur dan tekstur tanah ( kesuburan dan kesesuaian tanah ).
Tambah menarik ialah jika kesuburan tanah adalah faktor yang mempengaruhi keluarnya jenis sulur tertentu bermakna keadaan pertumbuhan boleh diterbalikkan. Maksudnya sulur air jika di alihkan dan ditanam ditanah yang subur pasti dapat memberikan hasil sepertimana sulur pedang dan dapat menghasilkan anak2 bersulur pedang. Manakala sulur pedang pula jika ditanam di tanah yang bermasalah pasti akan lambat tumbuhnya, hasilnya kurang memuaskan dan sulur2 yang keluar kemudiannya akan menjadi sulur air.
Jadi apakah faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian tanah untuk tanaman pisang :
1. Tanah mesti gembur supaya akar dapat menjalar jauh.
2. Tanah mesti kaya dengan nutrien supaya keperluan pokok pisang dapat dipenuhi
3. Tanah mesti sentiasa lembab kerana pisang termasuk tanaman " kuat makan / minum "
Kalau di tanah taman perumahan jawapannya ialah binalah batas timbun ( raised bed ) dan tanamlah pisang sepuasnya ( boleh order online benih pisang tisu kultur, lebih mudah dan cepat hasilnya )
#JomTanamSayur
#KebunBandar
#Pisang
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan