TANAMAN RUMPUT NAPIER merupakan satu projek yang mendapat perhatian kerajaan bagi menghasilkan makanan kepada ternakan ruminan seperti lembu (Khususnya lembu tenusu), kambing dan sebagainya. Program penanaman napier yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian adalah bertujuan bagi menyokong industri lembu tenusu negara. RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang ditanam untuk makanan ternakan. Jenis rumput ini adalah tanaman dari jenis tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa tanah dan air dikawasan tanaman dapat tumbuhan optimakan penggunaanya disamping membantu untuk membantu mencegah hakisan tanah. Rumput yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lemgu, kambing dan sebagainnya. Rumput Napier atau rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam oleh petani. Walau pun sebelum ini penanaman rumput napier hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka akan tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada para penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay. Tanaman rumput sesuai digunakan dalam usaha memelihara kestabilan tanah dengan cara mencegah daripada hakisan teruk terutama dikawasan tanah bercerun. Ini disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu menutupi kawasan permukaan tanah dengan kadar rapat dan tebal. Selain itu tumbuhan rumput yang ditanam akan menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Selain itu pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh juga dilakukan secara monoculture ataupun interculture dengan tanaman lain untuk dapatkan manfaat secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan membolehkan penanaman rumput gajah dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan jika ada pengurusan lengkap ini. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa pendekatan kerajaan tentang kosting dan info penting dalam penanaman rumput napier untuk tujuan makanan ternakan khususnya ruminan.
Program pengeluaran napier ini dimulakan pada tahun 2017 dengan fokus utama untuk membangunkan seluas 230 hektar kawasan rumput napier bagi membekalkan kepada sebanyak 2,500 ekor lembu tenusu setiap tahun sehingga 2021. Rumput napier sebagai salah satu dari komponen penting dalam sumber untuk permakanan kepada lembu tenusu dilaporkan mengandungi bahan protin tinggi dimana ini akan mempastikan susu lembu akan dapat dihasilkan dengan kuantiti banyak dalamn kualiti tinggi. Dalam pada itu secara teknikalnya lembu tenusu memerlukan makanan sebanyak 10% daripada berat badannya. Oleh itu jika makanan yang diperlukan bagi lembu tenusu mempunyai purata berat badannya 350 kg maka keperluan makan lembu tersebut adalah 35 kg sehari. Ini bermakna keperluan makanan seekor lembu dalam setahun adalah sebanyak 12.775 metrik tan (Satu jumlah biomass makanan yang sangat banyak) makanan segar. Pada masa ini penanaman rumput napier adalah terhad hanya dikawasan padang ragut oleh penternak secara tidak tersusun. Penulis blog cuba mengira dimana jika negara perlukan 2,500 ekor lembu tenusu setiap tahun sehinnga tahun 2021 maka keperluan rumput segar napier adalah sebanyak 31,937.5 metrik tan. Daripada kajian dijalankan menunjukkan dimana anggaran pengeluaran napier bagi satu (1) hektar adalah sebanyak 160 metrik tan sehektar. Ini bermakna jika seluas 230 hektar napier ditanam maka kapasiti pengeluaran napier adalah sebanyak 36,800 metrik iaitu mencukupi untuk diberikan kepada 2,500 ekor lembu tenusu. Jika pengusaha dapat menanam 230 hektar tenusu setiap tahun ia mampu menghasilkan makan mencukupi dan projek ini mensasarkan sebanyak 340,400 metrik tan rumput napier untuk 4 tahun sehingga 2020. Perancangan ini akan berjaya jika semua pihak yang terlibat didalam industri tenusu memberikan komitment yang tinggi didalam proses perlaksanaannya. Negara jiran Indonesia telah berjaya mencapai SSL susu segar untuk 220 juta penduduknya dengan pihak petani menanam rumput napier dan dijual kepada penternak lembu tenusu.
Projek penanaman rumput napier ini khusus dilaksanakan bagi menentukan bekalan susu negara meningkat daripada hanya bergantung kepada susu import. Kerajaan memberikan insentif bantuan pembangunan ladang napier dengan kadar RM18,000 sehektar berupa bantuan untuk menyediakan kawasan dan juga pembangunan infrastruktur seperti perparitan, pam air, sistem pengairan, bangsal, rumah pengeringan, pagar dan lain-lain kemudahan asas ladang napier. Kos ini termasuk juga perolehan mekanisasi ladang seperti traktor, implement, jentera penuaian, mesin pecincang rumput, oven, tong atau bekas penyimpanan silaj serta beberapa peralatan kecil keperluan ladang napier. Bantuan termasuk bekalan benih rumput napier serta bahan input ladang lain. Daripada keterangnan dari pihak MoA ada dimaklumkan keluasan minima bagi ladang napier untuk seorang pengusaha adalah seluas 10 hektar dan maksima bantuan sehingga 20 hektar. Bagaimana pun bagi petani kecil yang ingin menjalankan projek penanaman napier secara ''Homeplot'' diberikan bantuan maksimum sehingga 5 hektar seorang usahawan. Ini bermakna projek homeplot dijangka mampu untuk menghasilkan sebanyak 800 mt rumput napier setahun iaitu bekalan untuk 6.2 bulan bagi seekor lembu. Tumpuan adalah diberikan kepada pengusaha ternakan lembu sedia ada yang berada di Kawasan Rizeb Padang Ragut kepunyaan Jabatan Perkhidmatan Vetrinar (JPV) dinegeri-negeri. Projek tanaman rumput napier diatas tanah kerajaan oleh syarikat peneraju diberikan insentif bantuan sekitar 70:30 dimana pihak syarikat peneraju berhak menuntut sebanyak 70% kos pembangunan manakala baki 30% perlu dibiayai oleh syarikat peneraju. Bagi tanam milik sendiri pula kos pembangunan adalah 50:50 sama dengan pecahan yang diatas iaitu 50% dibiayai sendiri oleh syarikat peneraju. Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disediakan oleh pihak MoA telah tersedia untuk dijadikan bahan rujukkan dalam perlaksanaan penanaman rumput napier.
Kepada mereka yang berminat untuk membuat penanaman rumput napier berpeluang memajukannya dengan insentif yang disediakan ini. Kawasan ternakan lembu susu sedia ada seperti di Muadzam Shah di Pahang dan di zSegamat serta Kluang di Johor Utara di Johor merupakan antara kawasan tumpuan yang dikenalpasti untuk aktiviti penanaman rumput napier ini bagi makanan lembu tenusu selain daripada di Kundasang, Sabah dan di Perak. Kaedah pengurusan yang sesuai untuk rumput ini adalah dengan sentiasa membuat pemotongan batang secara berkala (Sila rujuk foto disebelah). Rumput napier ini dipotong pada bahagian batang untuk dijadikan bahan makanan ternakan setelah ia diracik halus sebelum diberikan haiwan ternakan lembu tenusu dalam kandang (Sila lihat foto paling bawah). Bagi tujuan untuk dijadikan anakbenih ia perlu dipilih daripada bahagian batang yang matang rumput napier dan mesti dipotong 20 -25 cm untuk ditanam. Bahan benih sebaiknya mempunyai diantara 2 - 3 ruas (node) atau paling sedikit 2 matatunas. Benih yang baik sebaiknya disediakan mencukupi dan mesti masih segar untuk ditanam. Sebelum penanaman sebaiknya tanah disediakan terlebih dahulu dengan membajak tanah atau tanah mesti digemburkan, sediakan sistem saliran dan sebaiknya ada sistem pengairan. Jika tiada sistem pengairan memadai untuk waktu menanam pada musim ada hujan untuk tujuan penanam mempercepatkan proses pertumbuhan. Pemberian baja organik diatas tanah membantu pertumbuhan awal rumput napier. Sediakan lubang-lubang tanaman dengan jarak tanaman adalah 60 cm x 100 cm dinaba kadar kepadatan sekitar 17,000 bahan keratan sehektar. Pembajan rumput napier perlu dijalankan dimana jenis baja NPK diberikan. Unsur P dan K diberikan 2 kali dalam setahun iaitu pada waktu penyediaan tanah dan 6 bulan kemudian iaitu dengan kadar 200 kg/ha dan 200 kg/ha sehektar. Unsur baja Nitrijan (N) diberikan pada kadar 200 kg sehektar setahun dalam beberapa aplikasi atau setiap kali setelah 2-4 kali aktiviti pemotongan rumput napier. Kadar baja organik sebanyak 400 kg sehektar setahun yang diberikan semasa dan setiap kali pemotongan dijalankan disyorkan. Penulis blog yang melawat penanaman naier tercanggih di Malaysia di Ladang Evergreen Sdn Bhd (Eco Yap) di Keningau Sabah dimana pembajaan dengan air najis lembu tenusu dimana ini memberikan penghasilan rumput napier segar yang tertinggi di Malaysia (Sila klik pautan disini). Kepada mereka yang berminat untuk menanam rumput napier boleh hubungi pejabat pertanian berhampiran unuk pertanyaan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan SOP penanaman rumput napier dari pejabat Jabatan Pertanian dan JPV seluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM NAPIER...MAKANAN TERNAKAN....
PROJEK BARU... KINI DAPAT BANTUAN...
LEMBU TENUSU... SASARAN TERNAKAN...
BOLEH CUBA....HANTAR PERMOHONAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(1 Rejab 1440H).
Posted from Room 544,
LAZENDA HOTEL,
Jalan OKK Abdullah,
Wilayah Persekutuan Labuan.
Posted from Room 544,
LAZENDA HOTEL,
Jalan OKK Abdullah,
Wilayah Persekutuan Labuan.
Catat Ulasan