POKOK JEREMIN (Pelargonium radula) atau dikenali juga dengan nama pokok penghalau nyamok iaitu daripada keluarga Geraniaceae merupakan tumbuhan yang secara tradisional ditanam di kawasan rumah. Pokok jeremin juga merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini biasanya lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual (sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan kering. Memang mudah untuk menanam dan menjaga tanaman Jeremin ini di kawasan keliling rumah sama ada daripada ditanam diatas tanah atau pun didalam pasu. Selain ia canti untuk dijadikan tanaman landskap ianya juga sesuai untuk kegunaan menghalau nyamuk. Penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana tumbuhan hijau ini dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai Pokok Jeremin dengan nama saintifiknya sebagai Pelargonium radula. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Pokok Halau Nyamuk, Pokok Jari Lima atau Geranium. Walau pokok ini asalnya bukan tumbuhan asal dari Malaysia tetapi ia mudah ditanam dan mampu hidup subur jika dijaga dengan baik. Tumbuhan ini didapati tidak boleh terdedah secara terus kepada sinaran matahari terik kerana ia merencatkan pertumbhan. Sebaliknya ia sesuai kalau di tanam di tempat redup (dalam rumah). Apa yang menarik adalah apabila kita pegang daunnya dan dilenyek sedikit makan akan terhasillah bau yang kuat. Pembiakan tumbuhan Jeremin ini sangat mudah iaitu dengan cara keratan batang dan dipacak diatas tanah atau media dalam pasu. Sebaiknya perlu disiram air dengan cukup supaya tidak kering. Batangnya mudah menjadi kering dan berongga kalau tidak cukup air kerana ianya lembut. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai pokok Jeremin yang didakwa mampu menghalau nyamuk dimana ia boleh ditanam disekeliling rumah anda semua.
Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain tanaman jeramin ini memang mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Tumbuhan ini juga mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Apa yang pasti dimana tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik dan ia juga sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah (Sila lihat foto disebelah). Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering terutama jika ditanam didalam pasu dan diletak dibawah naungan. Antara tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga. Pokok Jeremin hanya akan mengeluarkan bunga jika hidup dalam iklim temperate. Bagaimana pun masih tidak diketahui sama ada tumbuhan jeremin ini boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika. Apa yang penulis blog dapati dimana tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. Memang ada dikalangan orang awam masih tidak mengenali pokok ini kalau tidak ada orang yang mempromosi atau menjual benihnya.
Tanaman Jeremin didakwa memang berguna untuk tujuan utamanya menghalau nyamuk. Selain itu ada juga dakwaan dimana jeremin ini boleh dijadikan tumbuhan hiasan sekali dalam rumah. Ia juga dilaporkan boleh digunakan sebagai ubat untuk penyakit kulit dan gatal-gatal. Caranya dengan mengisar daunnya dengan beras dan kemudian ia disapu kepada bahagian yang gatal-gatal. Dalam pada itu penulis diberitahu dimana tanaman ini selalu atau kadangkala di pangil sebagai Pokok Lima Jari (Sila lihat foto disebelah). Ia juga berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter. Selalunya tanaman ini ditanam didalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup. Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakan diluar rumah malah juga didalam rumah untuk menghalau nyamuk. Letakan mengikut cara seperti ditingkap rumah atau ditepi pintu rumah. Angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella ini tidak disukai oleh nyamuk. Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau Citronella dari tanaman ini. Jika kita gunakan tanaman ini didalam rumah sebaiknya kita sesekali kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Namun ia juga tidak boleh terus didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik keran adaun akan rosak. Sesetengah orang lain menggunakan tanaman Pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk.
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk. Dalam pada itu ada rakan penulis blog yang membeli pokok ini semasa dia pergi ke Cameron Highlands. Harganya dalam lingkungan RM5 sepokok. Jika dibandingkan dengan harga nurseri swasta di Melaka dia dakwa memang jauh bezanya kerana ianya dijual dengan RM8 - RM12 ikut saiz. Apa pun dakwa rakan saya menyatakan dimana pokok Jeremin yang dibeli ini memang mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Bau aerosol nyamuk jenama apa, anda kena beli atau cuba sentuh sendiri daun pokok ini. Dipercayai pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Katanya pokok ini mudah untuk ditanam. Cuma ia tidak boleh terkena pancaran matahari secara terus dimana ia sebenarnya sesuai ditanam dan diletakkan di bawah pokok besar macam pokok Buah Mempelam, pokok Rambutan atau sebaiknya boleh letakkan pokok ini di dalam rumah. Disyorkan agar diletakkan dalam rumah sendiri kerana nyamuk yang berada di dalam rumah. Pokok ini kena siram paling kurang sehari sekali. Penjagaan khusus hampir tiada dan ia amat mudah dibiakan melalui keratan batang. Biasanya kita perlu mencantas batangnya dan cucuk kat pasu yang ada tanah hitam.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Seperti kebanyakan tumbuhan geranium yang lain tanaman jeramin ini memang mempunyai bau yang kuat apabila kita memegang daunnya. Tumbuhan ini juga mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Apa yang pasti dimana tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik dan ia juga sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah (Sila lihat foto disebelah). Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering terutama jika ditanam didalam pasu dan diletak dibawah naungan. Antara tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga. Pokok Jeremin hanya akan mengeluarkan bunga jika hidup dalam iklim temperate. Bagaimana pun masih tidak diketahui sama ada tumbuhan jeremin ini boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika. Apa yang penulis blog dapati dimana tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. Memang ada dikalangan orang awam masih tidak mengenali pokok ini kalau tidak ada orang yang mempromosi atau menjual benihnya.
Tanaman Jeremin didakwa memang berguna untuk tujuan utamanya menghalau nyamuk. Selain itu ada juga dakwaan dimana jeremin ini boleh dijadikan tumbuhan hiasan sekali dalam rumah. Ia juga dilaporkan boleh digunakan sebagai ubat untuk penyakit kulit dan gatal-gatal. Caranya dengan mengisar daunnya dengan beras dan kemudian ia disapu kepada bahagian yang gatal-gatal. Dalam pada itu penulis diberitahu dimana tanaman ini selalu atau kadangkala di pangil sebagai Pokok Lima Jari (Sila lihat foto disebelah). Ia juga berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter. Selalunya tanaman ini ditanam didalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup. Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakan diluar rumah malah juga didalam rumah untuk menghalau nyamuk. Letakan mengikut cara seperti ditingkap rumah atau ditepi pintu rumah. Angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella ini tidak disukai oleh nyamuk. Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau Citronella dari tanaman ini. Jika kita gunakan tanaman ini didalam rumah sebaiknya kita sesekali kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Namun ia juga tidak boleh terus didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik keran adaun akan rosak. Sesetengah orang lain menggunakan tanaman Pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk.
Dalam pada itu seorang usahawan Khairi Shahdan menjadikan pokok jeremin sebagai salah satu hasil jualan di Kedah. Ini dilaporkan akhbar MyMetro dengan tajuk ''Mujarab halau nyamuk'' dengan menanam pokok jeremin (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan di Kuala Nerus, Kedah dimana kes demam denggi yang meningkat hingga meragut tiga nyawa sejak awal tahun ini di Terengganu mendatangkan kebimbangan kepada penduduk. Disebalik peningkatan kes yang dilaporkan sebaliknya ia telah mengundang rezeki pula kepada seorang peniaga Khairi Shahdan apabila pokok yang dikenali sebagai pokok cermin, jeremin, jari lima atau lebih popular dengan nama panggilan pokok halau nyamuk laris berbanding sebelum ini. Apa yang unik dimana dia mendakwa mujarab untuk menghalau pelbagai jenis nyamuk termasuk aedes sekali gus menjadi pilihan orang ramai sebagai langkah alternatif untuk pencegahan denggi. Pokok berkenaan yang dijual di gerai pokok bunganya mendapat sambutan luar biasa sejak berlaku peningkatan kes denggi di negeri ini. Pokok halau nyamuk ini saya jual dengan harga RM10 - RM15 sepokok dan mendapat sambutan hangat, malah bekalannya tidak mencukupi kerana orang ramai sendiri mengakui ia berkesan untuk mengurangkan kehadiran nyamuk di kediaman mereka. Pokok ini memang digunakan sebagai cara tradisional oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk menghalau nyamuk sebelum kewujudan ubat nyamuk. Beliau mempunyai premis nurseri di Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Kedah. Nama botani tumbuhan menghalau nyamuk ini itu adalah Pelargonium radula dan akan mengeluarkan bau yang kuat seakan penyembur serangga sekiranya daunnya disentuh. Pokok itu tidak sukar untuk dijaga dan tidak perlu memberi perhatian khusus seperti pokok hiasan lain. Hanya perlu letakkannya di dalam pasu dan perlu disiram dua kali seminggu selain mendedahkannya kepada cahaya matahari sekali sehari sudah memadai bagi memastikan ia terus hidup. Istimewa pokok ini berbanding pokok hiasan lain kerana ia mengeluarkan sejenis bau yang unik dan diyakini mampu menghalau nyamuk yang berada di dalam rumah. Dakwanya sebanyak 50 pokok itu sudah habis dijual dalam masa dua hari dan dia akan menambah bekalannya dalam masa terdekat. Beliau akan menambah jumlah pokok itu dalam masa terdekat dan menjualnya dengan pelbagai harga bergantung kepada saiz bagi memastikan semua pelanggan mampu memilikinya. Semuga artikel dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
MENANAM JEREMIN.... BENIH DIMANA....
BENIH... PASU DALAM RUMAH SAHAJA....
BAUNYA KUAT... NYAMUK TAKUTKANNYA...
BOLEH DIAMALKAN... OLEH SEMUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rejab 1440H).
Published from:
Room 529, Hotel Continental,
Kuah, Langkawi.
(2April 2019).
MENANAM JEREMIN.... BENIH DIMANA....
BENIH... PASU DALAM RUMAH SAHAJA....
BAUNYA KUAT... NYAMUK TAKUTKANNYA...
BOLEH DIAMALKAN... OLEH SEMUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rejab 1440H).
Published from:
Room 529, Hotel Continental,
Kuah, Langkawi.
(2April 2019).
Catat Ulasan