Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KELAPA PARUT merupakan satu produk penting dripada biji kelapa (Cocos nucifera) yang manjadi keperluan harian untuk masakan. Kelapa parut merupakan isi daripada buah kelapa yang telah diparut atsu pun dikikis halus. Kelapa parut juga merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa. Pada saya membeli atau menyediakan kelapa parut menjadi kebiasaan duduk dikampong dahulu. Ini kerana ada dijual kelapa biji yang akan dipecahkan dan diproses untuk dijadikan kelapa parut. Bagi menghasilkan santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga, santan yang terhasil adalah cair. Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan. Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sabagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah apam, ondeh-ondeh /buah Melaka, dan pulut cawan. Pada masa dahulu, kelapa diparut dengan tangan, tetapi pada masa kini, kelapa parut diparut dengan menggunakan mesin pemarut kelapa. Malah terdapat kelapa parut kering yang ditinkan untuk memudahkan penggunaannya dan tahan disimpan lama. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kelapa parut dan beberapa laporan akhbar berkaitan kelapa parut untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Dalam akhbar tempatan bertajuk "Untung Berlipat Penjual Kelapa Parut" dimana lazimnya pada bulan Ramadhan, akan berlaku permintaan terhadap kelapa dan kelapa parut meningkat untuk digunakan. Kajian saya di satu gerai menjual kelapa parut di pasar borong Selangor mendapati ia menjual sebanyak 300 -  400 biji kelapa parut. Angka tersebut meningkat tajam dibanding hari-hari biasa yang rerata menjual 80-100 butir kelapa. Kadar permintaan kelapa parut sudah menjadi hal yang biasa terutama pada bulan Ramadan. Ini disebabkan pada bulan ramadan lazimnya ramai peniaga yang memerlukan kelapa parut untuk dibuat santan saat bagi menyediakan kuih untuk dijual atau pun surirumah untuk dimakan ahli keluarga.  Kajian mendapati harga sebiji kelapa bulat dijual sekitar RM1.00 - RM 1.80 bergantung kepasa saiz dan gred kelapa tempatan. Daripada kajian yang saya tanya kepada 6 penjual kelapa biji dan kelapa parut mendapati untukng menjual kelapa parut dan santan adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kelapa biji. Harga kelapa parut sekitar RM 6.00 - RM 7.00 sekilogram dan harga santan adalag RM 10.00 - RM 12.00 sekilogram. Ini menyebabkan jualan santan kini lebih banyak diusahakan dengan keuntungan berlipat kali ganda daripada kelapa bulat asal.


Laporan media kedua bertajuk "Pantau Harga Kelapa Parut" juga paparkan mengenai sifikannya kelapa dikalangan masyarakat tempatan. Berita dari Sungai Petani Kedaj ini melaporkan dimana lebih 100 pegawai penguatkuasa dan 60 pegawai pemantau harga akan berada di lokasi tumpuan ramai di Kedah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani sepanjang sambutan Hari Raya bagi memastikan peniaga tidak mengaut keuntungan berlebihan. Mmenurut Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah Mohd Sakri pemeriksaan di pasar-pasar kini mendapati kebanyakan peniaga mempamerkan tanda harga bagi setiap barangan yang dijual dan mematuhi harga jualan yang ditetapkan. Kini beliau berkata menerusi Ops Harga yang dilancarkan bulan lepas hingga Rabu lalu, 5,254 premis diperiksa dan 36 kompaun dikeluarkan kebanyakannya bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga. Beliau turut memberi jaminan bekalan ayam, daging tempatan dan import di negeri ini dijamin mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri walaupun permintaan biasanya meningkat. Dalam pada itu Fama akan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi dan jika perlu, permit kelulusan (AP) akan dikeluarkan untuk mengimport ayam dari negara terpilih. Jabatan Veterinar turut untuk mengimport lembu hidup dari negara jiran dan daging sejuk beku dari India untuk memastikan bekalan mencukupi," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya. Dalam pada itu dilaporkan pihak negeri merekodkan 104 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Terkini harga runcit bagi ayam hidup dan standard kini kembali terkawal di Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau. Adalah dijamin bekalan kelapa mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya. Pengguna tidak perlu bimbang kerana kita (kementerian) tetapkan harga runcit bagi kelapa parut RM6 sekilo manakala harga borong bagi sebiji kelapa RM1.50 sahaja.


Laporan akhbar ke 3 mengenai kelapa parut bertajuk "Harga Kelapa Naik dan mahal 7-15 sen sebiji"  iaitu berita dari Kuala Lumpur dimana dilaporkan iaitu  pengguna dikejutkan dengan harga ayam naik dengan mendadak, kini harga kelapa pula dinaikkan dengan tiba-tiba dari tujuh sen hingga 15 sen sebiji atas alasan pembekal menaikkan harga.  Tinjauan di Pasar Chow Kit mendapati beberapa peniaga kelapa di situ telah menaikkan harga kelapa parut dari RM3 sekilogram dimana harga siling yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kepada RM3.50 sekilogram. Peniaga Mazlan  yang membekal kelapa mula menaikkan harga kelapa dari 60 sen sebiji kepada 75 sen sebiji, dan harga itu adalah berkemungkinan dinaikkan lagi. Walaupun masih menjual kelapa parut biasa pada RM3 sekilogram, beliau menjangka terpaksa menaikkan harga santan kepada RM4 sekilogram dan harga kelapa parut putih kepada RM3.50 sekilogram.  Harga kelapa yang dinaikkan oleh pembekal menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga. Bagi Wasri seorang lagi peniaga disini telah berniaga santan dan kelapa di pasar itu sejak 15 tahun lepas mendakwa  walaupun masih belum menaikkan harga barangannya, beliau yakin terpaksa menaikkan harga santan kepada RM3.80 sekilogram menjelang raya nanti berikutan kekurangan bekalan. Perkara ini disebabkan bekalan pun mungkin tak cukup, sekarang pun saya cuma dapat 1,500 biji sedangkan saya tempah 3,000 biji iaitu bekalan dari Bagan Datok Perak. Dilema yang sama turut dikongsi oleh Siti Zubaidah yang menyifatkan masalah itu berpunca daripada pembekal atau orang tengah yang ingin mengaut keuntungan lebih. Dia mungkin dapat harga yang lebih murah sebab saya mengangkut kelapa dengan lori saya sendiri, tapi harganya tetap naik dari 55 sen kepada 62 sen sebiji. Mengenai bekalan untuk hari raya dia juga mendakwa bekalan agak kurang sekarang akan tapi beliau telah bersiap sedia dengan meletakkan wang cagaran kepada pembekal bagi memastikan bekalan kelapa yang cukup diperoleh untuk hari raya nanti. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna dikalangan pembaca bllog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA PARUT... DARI KELAPA...
KULIT DIBUANG... DIPARUT JUGA...
WARNA PUTIH... PELBAGAI GUNA...
JADI SANTAN ... KUIH ENAKNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Merlimau Pasir,
Merlimau, Jasin,
Melaka,
Malaysia.
(26 Zulkaedah 1434H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top