Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
PADI PULUT (Sticky Rice) kini dicadangkan untuk di tanam di Pulau Langkawi, Kedah seperti saranan YAB Perdana Menteri sebagai satu strategi menjadikan padi ini menambah pendapatan pesawah dan menghasilkan padi pulut kualiti tempatan. Malaysia banyak mengimpport beras pulut daripada beberapa negara jiran sepertiThiland, Vietnam dan sebagainya. Di Pulau Langkawi terdapat seluas 2,171 hektar kawasan pasel padi dimana seluas 2,038 hektar ditanam pada tahun 2018 melibatkan seramai 1,189 orang pesawah. Terdapat kawasan sawah didalam skim pengairan dan di Luar Skim Pengairan JPS. Di Mukim Ulu Melaka ada seluas 705 hektar sawah dimana terdapat 8 kelompok tanaman padi melibatkan 350 pesawah (Paling luas di Langkawi). Mukim Bohor pula ada seluas 404 hektar sawah dengan semuanya di bawah Skim Pengairan Bukit Saga/ Bukit Kemboja melibatkan seramai 215 pesawah. Di Mukim Padang Mat Sirat pula ada seluas 265 hektar sawah dengan semuanya dibawah skim pengairan Padang Matsirat melibatkan seramai 201 orang pesawah. Di Mukim Ayer Hangat pula ada sekuas 228 hektar sawah padi dibawah Skim Pengairan Sungai Tok Puteri dan Sg Itau dengan melibatkan seramai 199 pesawah. Akhir sekali di mukim Kedawang ada seluas 435 hektar sawak Luar Skim yang libatkan seramai 264 pesawah (Sumber: Pejabat Pertanian Daerah Langkawi, 2018). Musim penanaman padi di Langkawi adalah dimana mereka menanam padi sekali setahun sahaja. Varieti padi yang ditanam adalah dari jenis varieti MR220CL dimana produktiviti dicatitkan pada musim lepas 2018 bagi kawasan dalam Skim Pengairan adalah 3,780 kg/ha dan bagi kawasan luar skim sebanyak 3,284 kg/ha. Menurut satu lagi kenyataan daripada pegawai Pertanian Daerah Langkawi, En Kozaid dimana beliau menyatakan pesawah di Langkawi kebanyakannya adalah juga bekerja didalam bidang-bidang lain seperti di sektor pelancongan, perkhidmatan dan juga nelayan. Penulis blog yang berkesempatan berjumpa dengan beliau sempat melawat beberapa kawasan sawah padi di Langkawi dalam tinjauan baru-baru ini (Sila lihat foto paling bawah).  Artikel subuh ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya akan mengulas cadangan penanaman padi pulut khusus di Daerah Langkawi sebagai satu info untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam akhbar BH dertajuk "Langkawi bersiap untuk muncul sebagai pengeluar beras pulut" dimana penanaman padi pulut ini akan dijalankan di Pulau Lagenda ini. Ini kerana Langkawi bakal muncul sebagai satu lokasi pengeluar beras pulut dengan projek penanaman pulut dimana jadual penanaman dijangka bermula September 2019  ini dakwa Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan negara kepada beras pulut import. Ini berkait dengan satu saranan dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjadikan beras pulut sebagai produk 'signature' Langkawi dan akan didaftarkan sebagai �Geographical Indication� di Langkawi. Bila sebut Langkawi selalunya yang dibayangkan adalah produk gamat dan dicadangkan dimana pada masa akan datang kita mahu beras pulut juga menjadi produk �signature� Langkawi. Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019 Peringkat Negeri Kedah.  KSU MoA berkata daerah itu juga dilihat berpotensi besar menjayakan projek itu dengan memandangkan ia memiliki kawasan sawah yang luas sekitar 1,092.65 hektar (2,700 ekar) yang sesuai ditanam padi pulut disokong dengan teknologi pembangunan benih dan pengairan yang akan dijalankan Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (Mardi). Kementerian telah meninjau kawasan yang sesuai untuk menanam padi pulut. Terdapat beberapa varieti padi pulut yang boleh ditanam di Langkawi seperti Pulut Siding, Pulut Hitam 9 dan Pulut Sri Malaysia 1. Usaha itu juga dijangka bakal meningkatkan tahap ekonomi penduduk tempatan sekaligus menarik kedatangan pelancong ke pulau itu. Kerajaan juga melihat bagaimana negara pengeluar utama beras pulut seperti Thailand dan Vietnam menjadikan produk mereka berkualiti dan menerusi teknologi dan penyelidikan Mardi ini kita yakin kualiti beras pulut tempatan juga tidak kurang hebat dan diterima baik.


Akhbar KOSMO pula melaporkan dengan tajuk akhbat "Pesawah digalak tanam padi wangi, pulut di Langkawi" juga menarik untuk dikongsikan infonya. Berita dipetik dari Alor Setar ini melaporkan dimana kerajaan negeri Kedah bercadang untuk meluaskan lagi kawasan penanaman padi yang menghasilkan beras wangi sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan pesawah di negeri itu. Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata, penanaman padi wangi pada ketika ini hanya dilakukan di daerah Padang Terap. Kerajaan akan menggalakkan lagi pesawah padi yang berminat untuk menghasilkan beras wangi ini di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai aktiviti tambahan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abd. Nasir Idris (Pas-Bayu) berhubung langkah kerajaan negeri untuk membantu pesawah meningkatkan pendapatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini. Kata Azman, pesawah yang menanam padi jenis itu memperoleh pendapatan lebih tinggi kerana mereka memproses dan menjualnya sendiri. Pada masa ini harga jualan bagi beras wangi ini adalah kira-kira RM5 sekilogram dan memang cadangan ini berpotensi.


Diantara varieti yang akan ditanam adalah seperti Padi Pulut Siding (MR47) dimana varieti ini telah diistiharkan di Kampung Padang Siding, Perlis kira-kira 27 tahun dahulu. Varieti ini merupakan jenis padi pulut gred panjang yang mana bentuk berasnya setanding dengan baras pulut daripada Thailand dengan ia mempunyai mutu masakkan yang amat baik. Kajian menunjukkan dimana jumlah kandungan 'Beras Penuh" atau dipanggil 'hardrice' adalah lebih tinggi daripada beras Pulut Malaysia 1. Tempoh matang biasanya sekitar 135 - 145 hari selepas ditanam dimana jika mahu ia boleh ditanam 2 kali setahun dikawasan yang lengkap sistem pengairannya. Laporan menunjukkan ia juga mempunyai hasil potensi sekitar 4.0 - 4.7 mt sehektar. Pada masa ini jika ia dijual runcit (tidak dijual kepada pengilang biasa) boleh mencecah sekitar RM4- RM5 sekilogram. Berbeza dengan Pulut Hitam (PH9) yang dicadangkan ditanam di Langkawi ia merupakan hasil kacukan diantara MR33 (Pulut Putih) dengan Pulut Hitam Siam. MR33 adalah varieti yang mempunyai masa matang sederhana, pokok yang rendah dan hasil yang tinggi sementara Pulut Hitam Siam pula mempunyai tempoh matang yang panjang, pokok tinggi dan hasil rendah. Tempoh matang varieti PH9 adalah sekitar 132 - 137 hari selepas ditanam dengan potensi hasil sekitar 4.0 - 4.7 mt/ha jika ia diberikan pembajaan yang sederhana tinggi. Setanding dengan beras pulut tempatan yang lain didapati pulut PH9 ini sangat sesuai dimasak untuk dijadikan Bubur. Daripada pemerhatian dilaporkan dikilang ia mampu menghasilkan sebanyak 80% kerana pulut ini tidak perlu digilap (polish) akan tetapi hanya perlu membuang kulitnya sahaja bagi khasiat tersendiri. Hasilnya kurang berlaku beras hancur semasa proses pengilangan dan ini meningkatkan kualiti pulut itu sendiri. Potensi varieti PH9 boleh ditanam dua kali setahun dikawasan yang ada skim pegairan sempurna. PH9 dilaporkan memang rentan terhadap Penyakit Hawar Seludang. Didakwa juga semua jenis pulut hitam dimana ia mempunyai kadar kacukan semulajadi yang lebih tinggi daripada padi varieti biasa. Oleh itu didalam kaedah untuk mendapatkan dan penyimpanan benih padi pulut perlu berhati0hati agar tidak berlaku percampuran antara pulut hitam dengan pulut putih atau dengan jenis padi komersil lain.  Dalam pada itu perlu dilakukan pengasingan dalam semua aspek penanaman dan pembekalan benih padi pulut di kawasan terasing (isolated) sesuai dengan keadaan di Pulau Langkawi ini.  Semuga penanaman padi pulut di pulau Langkawi ini akan berjaya dan menjadi ikon produk pulau Langkawi dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DILANGKAWI... PULUT DIPILIHNYA...
PULUT PUTIH.. HITAM ADA JUGA...
DIHARAPKAN...PESAWAH BERSEDIA...
TAHUN DEPAN... HASIL SUDAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 829, Grand Continental Hotel,
Kuah, Langkawi,
Kedah, Malaysia.
(8 Ramadan 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top