Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
ROOFTOP FARMING oleh syarikat CITYPONIC PTE LTD SINGAPORE (Cityponic Private Limited Berhad) merupakan sebuah syarikat pelopor didalam membangunkan pertanian atas bumbung atau 'RoofTop Farming' terbaru di Singapura. Syarikat ini mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan di Singapura sebagai satu usaha untuk mereka menyediakan bahan makanan organik yang berkualiti dan selamat dimakan. Penulis blog bersama rombongan dibawa ke lokasi pertanian bumbung di Tempat Letak Kereta Kawasan Perumahan di Ang Mo Kio yang merupakan satu daripada 4 projek seperti ini yang dimulakan dinegara tersebut. Kehadiran kami di aturkan oleh pihak SFA (Singapore Food Authority) yang mana dahulu agensi ini dinamakan sebagai AVA (Singapore Agriculture and Veterinary Authority). Pengurus Mr Teo Hwa kok memberikan taklimat mengenai projek ini yang berkonsepkan pertanian moden dengan 3 langkah iaitu Bubuh Benih (Sowing), Buat Penjarangan (Thinning) dan Menuai (Harvesting). Dalam satu laporan akhbar News Straits Times Singapore pada April 2019 dinyatakan projek ini mampu untuk memberikan makanan cukup kepada lebih daripada 1,600 keluarga sebulan di Singapura dengan sayuran daun berkualiti. Akhbar tersebut juga nyatakan dimana sayur yang kini diusahakan oleh Citiponic Farm ini telah mula berhasil dengan kuantiti sebanyak 4,000 kg (4 mt) sebulan bermula daripada April 2019. Kawasan seluas 1,800 meter persegi ini merupakan tingat 7 bangunan meletak kereta penghuni rumah (resident) perumahan pangsa di Blok 700 Ang Mo Kioa Avenue 6 dan disekelilingnya kepunyaan HDB (Housing Developing Board). Ini merupakan satu strategi terkini bagi beberapa negara maju yang kekurangan ruang pertanian bertujuan untuk memajukan tanaman 'rooftop farming' dan 'vege factory' bagi jaminan makanan berkualiti dan selamat dimakan serta segar dihasilkan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai projek tanaman makanan diatas bumbung (rooftop) yang berjaya di Singapura sebagai satu info untuk dikongsi dengan anda semua hasil tinjauan teknologi tersebut. 


Teknologi yang direkacipta oleh syarikat ini hasil daripada adaptasi teknologi yang sama dari Jerman. Syarikat ini mendakwa penggunaan konsep Sistem Organik Akua (Aqua Organic System) dimana air baja yang ada nutrien akan disalirkan kedalam paip yang bersambungan (Jumlah panjang dikira sejauh 5 kilometer) yang mana bersambungan sehingga tidak ada pembaziran langsung dari segi penggunaan air, ruang dan nutrien. Pengaliran air baja yang sekata sepanjang 24 jam sehari ini membolehkan sayur tersebbut akan dapat dituai mengikut jangkamasa yang diatturkan serta tetap dan tidak ada masaalan serangan serangga perosak atau masaalah cuaca. Bagaimana pun perkara paling kritikal untuk teknologi yang dijalankan oleh Citiponic adalah bekalan eletrik. Jika bekalan letrik terputus makan pam air akan tidak dapat berfungsi dimana ini akan menyebabkan tanaman pokok layu dan akan mati untuk satu jangkamasa agak lama. Penanaman sayuran daun terutama Georgina Lettuce (Salad) dan Kale adalah menggunakan benih yang telah dibuat kajian kesesuaiannya oleh syarikat ini dengan suhu tropika yang panas, lembab dan berangin telah disiapkan. Benih dimasukkan dengan jarak sesuai diatas media tanaman (batu lava dibakar atau pebles) yang dirawat (Sila lihat foto disebelah). Air yang dipam akan terus mengalir daripada bahagian atas dan turun kebawah secara graviti. Mereka tidak menggunakan sebarang racun kimia. Didakwa tidak ada pembaziran dari projek ini kecuali hanya bahagian akar sayur yang dituai sahaja selepas aktiviti pembungkuasan dengan bertujuan menjimatkan ruang dan tenaga. Akar tanaman iani akan dipotong dan dibuang walau pun jumlahnya tidaklah banyak sangat. Ketahanan PVC dan sistem yang dipasang Citiponic ini didakwa sehingga 8 - 7 tahun bergantung kepada peyelenggaraan.

Batuan media tanaman (pebles) yang digunakan diimport berwarna merah disusun dengan aliran air nutrien pada setengah sahaja melaluinya agai tidak ada masaalah kulat tumbuh pada batuan ini. Syarikat ini menanam sebanyak 25 jenis tanaman sayur daun bagaimana pun penulis blog bertanya kepada penguris Mr Teck dimana dakwanya dua jenis sayuran yang paling ekonomik adalah Salad (Jenis Germany Lettuce) dan juga Kale. Antara sayur lain yang sesuai adalah Nai Bai (Dwarf Bok Vhoy(, Kai Lan (dikenali dengan nama temoatan sebagai Brocolli atau Chinese Kale) dan juga Cai Xin (sejenis sayur hijau menyerupai dengan Kailan).Pengurus Syarikat juga melaporkan dimana projek ini merupakan projek pilot oleh HDB bersama penduduk tempatan dan syarikat melibatkan industri pertanian berteknologi tinggi. Akhbar NST laporkan dimana Menteri Kanan Perdagangan dan Industri Singapura Koh Poh Koon ada menyatakan pada 4 Januari 2019 dimana ia bertujuan menambahbaik industri pertanian di Singapura. Kerja-kerja pemasangan siatem siap dilakukan dalam masa 100 hari sahaja dan penanam dimulakan pada Febuari 2019. Didakwa dimana penghuni rumah pangsa mengelilingii lokasi dapat melihat kehijauan tanaman yang menarik (dahulu ia hanya melihat deretan kereta di tingkat 7 ini). Menurut pengurus syarikat dibelanjakan sebanyak SGD1.8 juta untuk membangunkan infrastruktur sehingga beroperasi. Apa pun kawasan ini dikawal ketat daripada pencerobohan penghuni disekelilingnya dan hanya boleh dilawati dengan kaedah yang ketat. Ini kerana kehadiran secara bebas untuk melawat akan menyebabkan gangguan kepada tanaman dan pengurusan. 


Dilaporkan dimana penuaian pertama oleh Citiponic pada April 2019 dimana ini telah menjadikan bukti konsep pertanian rooftop atau pertanian bumbung ini berjaya menghasilkan produk organik yang berkualiti dan selamat dimakan. Menteri tersebut dalam upacara penuaian pertama menyatakan bahawa projek ini adalah 'By Community, In the Community and For the Community'. Slogan seperti ini menjadikan penduduk keliling boleh mendapatkan belakan sayur daun organik atau membeli dibeberapa rantaian pasaraya disekitar kedai disekitar rumah mereka. Penulis blog juga di berikan sekotak salad yang dibungkus dalam bekas plastik dengan berat bersih 80 gram dijual dengan harga runcit SGD4.99 (RM15.00) satu (Sila lihat foto disebelah). Bungkusan sayur Georgina Lettuce ini yang menarik ini dinamakan Lutwill (Longevity) mempunyai logo HACCP, 'Love Singapore Farm Produce' dan ditulis 'Washed and Ready To Eat' (Telah dibasuh dan boleh terus dimakan). Produk yang dikeluarkan oleh Citiponic Pte Ltd ini diedarkan oleh Syarikat Farmpluz Pte Ltd dengan alamat yang ditulsi adah Blk 700, Ang Mo Kio Ave 6, Singapore 560700. Penggguna dan residen yang telah mendapatkan produk segar memberikan maklumbalas dimana ia enak dan segar dimakan. Disasarkan lebih ramai orang tua atau pesara dan pelajar yang berminat untuk mendapatkan pengalaman mengenai projek ini. Pelajar diberikan ruang membuat lawatan bagi menanam minat mengenai teknologi yang sedang digunakan. Inilah diantara beberapa kebun sayur yang penulis blog perlu naik lif ke tingkat 6 dan naik satu tingkat lagi dengan anaktangga untuk ke tingkat 7 dimana ada penanaman sayur dibumbung bangunan yang berskala besar dan komersil. Ia akan dikembangkan lagi mengikut pengurus syarikat Mr Teo Hwa Kok dimana teknologi ini telah dibangunkan juga di negara China dengan 2 buah projrk komersil yang sama. Semuga anda pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna mengenai rooftop farming kali ini. Wasallam!!!...
TINJAUAN TEKNOLOGI... DISINGAPURA...
ROOFTOP FARMING...KEBANGGAAN DIA...
4 TAN SEBULAN... JUMLAH HASILANNYA...
TEKNOLOGI MODEN...MAKANAN DIJANA ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 908, Amara Hotel Singapore,
165, Tanjung Pagar Road,
Singapore.
(5 Julai 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top