Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Rumput rumpai - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang belum diketahui kegunaannya sebagai herba untuk kesihatan, lebih kepada penutup bumi dan perongga tanah seperti rumput kerbau, lalang dan sebagainya.


Rumput herba - merujuk kepada tumbuhan jenis rumput yang sudah diketahui mempunyai khasiat herba seperti ara tanah, dukung anak, susu nabi, semalu dan sebagainya

Apa2 pun kepada pekebun seperti penulis, kesemua rumput adalah berguna untuk menyuburkan tanah samada sebagai campuran tanah, baja, sungkupan dan sebagainya.

Apa yang penulis dapat lihat hasil pemerhatian terhadap rumput2 dihalaman rumah ialah keupayaan rumput2 tersebut untuk hidup bersama. Setiap ruang kosong pasti akan ada jenis rumput tertentu yang akan tumbuh.

Jenis rumput berbeza pada pendapat penulis akan menggunakan jenis nutrien yang berbeza dan jenis rumput berbeza juga membekalkan nutrien berbeza kepada tanah bila sudah mati dan mereput. Kitaran ini akan lama kelamaan menyebabkan tanah semakin subur dan memungkinkan jenis tumbuhan peringkat seterusnya dapat tumbuh.

Bayangkan tanah halaman rumah yang keras dan padat, tidak dibaja pun dan bergantung kepada air hujan masih dapat menghijau rumput2nya.

Cara pertumbuhan rumput2 dihalaman rumah mengingatkan penulis kepada cara2 pokok dihutan belantara dapat tumbuh dan hidup subur tanpa ada manusia yang membaja, menyiram dan menguruskannya. Maha Suci Allah

Kesimpulan yang dapat penulis buat adalah :
1. Tidak ada rumput2 yang tidak berguna, setiap jenis rumput mempunyai peranan berbeza samada kepada manusia atau alam
2. Lain jenis rumput menggunakan dan membekalkan jenis nutrien berbeza kepada tanah, untuk mengetahui lebih lanjut maka nama setiap jenis rumput terutama nama botani perlu diketahui
3. Campuran berbagai jenis rumput2 dapat menggantikan atau mengurangkan penggunaan baja kimia dan lebih organik dan mesra alam

Ringkasan dari pemerhatian penulis :
1. Pelbagai jenis rumput = pelbagai jenis nutrien
2. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun = pelbagai jenis nutrien ( lebih )
3. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur = pelbagai jenis nutrien ( lebih2x )
4. Pelbagai jenis rumput + pelbagai jenis sisa kebun + pelbagai jenis sisa dapur + pelbagai jenis penggalak pertumbuhan ( plant booster ) = terbaik




Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top