• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Berikut adalah video hasil dapatan dari percubaan / ekperimen :
1. Menanam Sisa Pepejal Dapur Di Batas Timbun
2. Menanam Sisa Buah2an Di Batas Timbun
1.1 Sisa Pepejal Dapur yang ditanam adalah sisa nasi, hampas kelapa, kulit telur, kulit bawang, sisa jantung pisang dan sebagainya. Air disiram sebelum lubang ditutup kembali dengan tanah. Video dibawah adalah proses penanaman sisa pepejal dapur pada 21.6.2019.
1.2 Video dibawah pula adalah proses pengorekan semula untuk melihat hasil sisa pepejal dapur yang ditanam yang dibuat pada 16.8.2019 ( hampir 2 bulan ).
2.1 Sisa Buah2an seperti kulit durian, biji durian, kulit nangka serta biji, empulur dan sebagainya. Tiada penyiraman air dilakukan semasa proses penanaman. Video dibawah adalah proses penanaman sisa buah2an pada 2.7.2019.
2.2 Video di bawah pula ialah proses penggalian semula untuk melihat kesan penanaman di batas timbun terhadap sisa buah2an pada 16.8.2019 ( 1.5 bulan ).
Kesimpulan penulis :
1. Tanah yang lembab adalah medium komposter terbaik. Tanah, Air dan Udara adalah asas untuk kehidupan.
2. Tanah di batas timbun yang longgar memudahkan mikroorganisma tanah bekerja. Tanah yang longgar juga memudahkan pekebun menguruskan batas timbun.
3. Sungkupan membantu mengekalkan kelembapan dan suhu tanah di samping mengurangkan pertumbuhan rumput.
4. Dinding batas timbun membantu mengekalkan tanah pada tempatnya dan menstabilkan suhu tanah.
5. Hujan dan panas sepanjang tahun dengan musim hujan dan kemarau yang tidak terlalu panjang dan melampau sangat sesuai untuk sistem penanaman menggunakan batas timbun.
6. Bahan2 organik memang sesuai ditanam untuk mendapatkan hasil maksima.
7. Bahan2 organik yang ditanam lebih cepat terurai / mereput berbanding yang tidak ditanam.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Related Posts
Batas Timbun Sebagai Tong Sampah Organik
Sampah sarap terdiri dari pelbagai barangan samada yang boleh dikitar semula atau tidak. Barangan ya[...]
Tanam ( Kompos ) Kulit Durian Dan Kulit Nangka
Banyak sekali kegunaan batas timbun termasuk sebagai komposter. Kali ini kulit durian yang berduri d[...]
3 Jenis Sisa Dapur Yang Biasa Ditemui Di Rumah
Sisa dapur seperti lebihan nasi, hampas kelapa, sisa sayuran, sisa roti, kulit telur dan sebagainya [...]
Mudahnya Berkebun Tanpa Pembaziran
Suka atau tidak, bila daun kering berguguran di halaman rumah, kita akan sapu dan biasanya bakar. Ha[...]
Baja Kompos " Mayat Manusia "
Bukan setakat sisa dapur, sisa kebun dan lain2 sisa alam, manusia pun boleh dijadikan bahan baja kom[...]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.