• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Musim jerebu dikaitkan dengan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka yang melibatkan kawasan tanah gambut sukar dipadamkan dan mengakibatkan jerebu. Jerebu adalah partikel2 halus yang terapung2 diudara dan dibawa angin hasil pembakaran tidak sempurna bahan2 organik yang lembab / basah di kawasan bertanah gambut.
Bahan2 organik adalah sisa tumbuhan dan haiwan yang mati dan akan mereput seiring peredaran masa.
Bahan2 mineral terdiri dari pasir, kelodak ( selut ) dan liat atau campurannya.
Apa itu tanah gambut ?
- mempunyai >65% bahan organik, <35% bahan mineral, kedalaman tidak kurang 50cm, luas 1 hektar keatas.
- timbunan sisa2 tumbuhan mati ( >30% jisim kering ), terkumpul jutaan tahun, mengalami proses pereputan tidak sempurna atau perlahan.
- selalu digenangi air ( terperam ), kekurangan oksigen ( anerobik ), mikro-organisma kurang ( agen penguraian / pereputan ), pH < 4.0 ( berasid ), kehilangan kadar pembaraan melebihi 75% ( penyebab jerebu ), tanah yang menaik di bahagian tengah.
- tanah gambut kebiasaannya terbentuk diatas permukaan dasar lempung atau pasir.
Empat jenis tanah gambut bergantung kepada kedalaman bahan2 organik yang menbentuk tanah gambut ( berbeza mengikut lokasi ) :
- gambut cetek ( 0.5m-1.0m )
- gambut sederhana dalam ( 1.0m-1.5m )
- gambut dalam ( 1.5m- 3.0m )
- gambut sangat dalam ( > 3.0m )
Bahan2 organik yang membentuk komposisi lapisan tanah gambut boleh di kelaskan sebagai :
- fibrik ( bahagian atas ) yang mengandungi bahan fiber >66%, air sisa jernih, warna coklat kemerahan, tekstur gambut yang segar dan sangat mampat.
- hemik ( bahagian tengah ) yang mengandungi bahan fiber 33%-66%, air sisa keruh, warna coklat gelap kemerahan, campuran tekstur gambut segar dan terurai.
- saprik ( bahagian bawah ) yang mengandungi bahan fiber < 33%, air sisa kehitaman, warna lebih gelap dari fibrik & hemik.
Tanah gambut biasa dijumpai di kawasan belukar dan paya. Sebab itu tanah gambut juga dinamakan paya gambut. Kira2 60% tanah lembab didunia adalah tanah gambut
Kepentingan tanah gambut :
a. pertanian - tanaman jangka pendek seperti sayuran, jagung, nenas sesuai untuk tanah gambut, manakala untuk kelapa sawit, koko memerlukan pengubahsuaian tanah ( cth : sistem perparitan, baja mikro yang mudah terurai, sistem penanaman lubang dalam lubang dll ).
b. menyimpan karbon - tumbuhan di hutan tanah gambut berfungsi menyerap karbon dioksida diudara dan disimpan dalam akar, batang, dahan & ranting.
c. penahan air & pencegah banjir - tanah gambut yang lembut bertindak sebagai span yang mampu menyerap air dengan banyak dan melepaskannya secara berkala.
d. bekalan air dan sumber air bawah tanah - hutan tanah gambut bertindak sebagai tadahan dan penyimpan air. Lebih kurang 10% air tawar dunia berada di kawasan tanah gambut.
e. kepelbagaian biologi - tumbuhan dikawasan paya gambut dikenali sebagai tumbuhan hidropitik yang tumbuh atas tanah, menjalar, tumbuhan herba dan tumbuhan akuatik. Spesis haiwan pula terdiri dari amfibia, mamalia, reptilia dan burung.
f. nilai ekonomi - terdapat lima jenis hutan paya gambut iaitu hutan paya campur ( gambut cetek berhampiran pantai ), hutan alan batu ( terdapat pokok besar seperti alan ), hutan alan bunga, hutan padang batu dan hutan padang paya.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan