Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BAJA IKAN SUPERFISH (merupakan satu produk baja berasaskan laut (Ikan Tuna) yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia bertempat di WP Labuan. Penulis blog dapat membuat perbincangan dengan pemilik syarikat En Lee dan Pengurus Jualan Baja Ikan Superfresh semasa berkunjung ke Labuan baru-baru ini yang diatur oleh Pejabat Pertanian WP Labuan. Kilang Videndi Asssets Sdn Bhd yang masa operasi utaanya memproses ikan tuna yang terletak di Kg Patau-patau, Labuan ini kini berjaya menghasilkan baja cecair 'Fish Hydrolysate Fertilizer Booster' yang sesuai untuk menyuburkan banyak jenis tanaman makanan. Penulis blog yang selama ini bercakap mengenai pelbagai jenis baja untuk sayuran dan buah-buahan sering nyatakan akan kepentingan baja chitosan atau baja fishmeal solution serta beberapa produk baja untuk digunakan ramai petani di Malaysia. Bagaimana pun kebanyakan jenis baja asas produk laut yang ada dipasaran adalah diimport dari luar negara dan amat sedikit yang dikilangkan di dalam negara. Rupanya kilang ini baru sahaja mengubah industri perikanan daripada membuang sahaja 'by product' ikan tuna kepada kini diproses menjadi baja yang baik untuk tanaman makanan. Sehingga kini menurut En Lee selaku pemilik kilang ini hanya menjual produk baja 'SuperFish' ini di Brunei, Nigeria dan beberapa negara lain. Katanya produk baja ini masih baru dan petani di Malaysia agak sukar percaya akan kehebatan baja ini. Di Brunei syarikat ini telah diberikan tanah seluas 250 hektar yang ditanam dengan Melon dengan cara fertigasi dimana baja Superfish in ada digunakan. Kini melon dengan jenama 'Royal Brunei' dipasarkan sehingga ke Pasaraya Singapura dan Jepun. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan produk baja berasaskan ikan tuna yang dijadikan baja cecair jenama SUPERFISH untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Proses penyediaan baja SuperFish ini yang gunakan byproduk ikan tuna memerlukan proses yang lama sehingga ia sesuai untuk diiktiraf sebagai baja cecair. Sayarikat ini adalah sebuah syarikan terbesar yang mana memproses ikan tuna daripada perairan Sabah, Sarawak sehingga ikan daripada Semporna, di Sabah dan Laut Kuching yang beroperasi sejak 18 tahun dahulu. Sisa ikan yang dahulu dibuang akan melalui proses fermentasi dengan peralatan moden sehingga beberapa bulan dan terurai semua tulang ikan dan sebagainya. Apabila ia sudah mencapai piawaian maka akan dibotolkan mengikut beberapa saiz yang diperlukan untuk pasaran iaitu dalam 3 bekas. Paling besar adalah pembotolan 1 liter diikuti dengan 500 liter dan paling kecil botol 250 liter. Harga kilang adalah berpatutan iaitu RM50.00/1 liter, RM25.00/500 liter dan paling kecil dijual separuh lagi. Baja cecair ini memang amat busuk semasa proses fermentasi dikilang sebelum ianya jadi baja cecair SuperFish tetapi apabila telah lengkap proses fermentasi ianya sudah stabil. Menurut En Lee lagi lama baja ini melalui proses fermentasi kualitinya akan jadi lebih tinggi dimana ada minyak omega didalamnya. Bagaimana pun kawalan kualiti dijalankan mengikut SOP produk perkilangan biasa.


Bagi menentukan baja cecair mencapai piawaian antarabangsa, kilang ini mendapat pengiktirafan iaitu daripada Australian Organic Registered Farm Input (Sila  anda lihat foto disebelah) dan juga Persijilan daripada Organic Material Review Institute (OMRI Listed) yang memberikan kawalan terhadap produk-produk input organik. Kini produk baja SuperFish ini banyak dihantar ke Australia untuk digunakan petani disana terutama tanaman seperti sugarbeet, kentang dan beberapa jenis umbisi lain yang menyerap terus baja ini melalui umbisinya. Pada label ditulis perkataan 'Lebih Buah , Lebih Mekar' dengan foto sugarbeet berwarna merah yang menarik perhatian pembeli. Dibawahnya ada pula ditulis keputusan berganda dan juga penggalak nutrien. Baja ini adalah untuk kegunaan 'Pertanian Organik' dimana hasilnya adalah lebih selamat dimakan daripada hasil bukan organik. Fungsi baja ini adalah untuk penggalakkan pembajaan dan mampu memaksimakan pengambilan nutrien. Baja ini mampu meningkatkan pembangunan tanah dan akar serta menggalakkan pertumbuhan untuk semua tumbuhan. Baja ini juga didakwa menggalakkan pembungaan dan juga pembuahan. Ia juga dilaporkan mampu membina ketahanan terhadap kamarau serta serangan perosak dan penyakit.


Rumusan baja SuperFish dihasilkan melalui penyaringan dari nutrien laut dalam (ikan tuna) iaitu sejenis ikan yang mempunyai kadar protin yang tinggi. Ia memang telah dirumus khas sebagai perapi tanah, tonik tumbuhan, baja dinamik dan berfungsi juga sebagai baja foliar yang berkesan. Cara mengguna dengan menggoncang botol cecari baja SuperFish sepenuhnya. Ia sesuai digunakan terus sebagai baja semburan (baja foliar) pada daun tumbuhan atai di disembur basah diatas permukaan tanah. Botol 1 liter yang dibeli sebaiknya disimpan dalam suhu bilik dan elakkan dari terdedah panas matahari (Sila lihat foto disebelah). Bagi pokok buah-buahan seperti durian, mangga, pisang, betik, buah tin dan sebagainya boleh gunakan 50 -100 ml setiap 1o liter air yang disembur dengan kekerapan 14 - 20 hari sekali. Bagi tanaman sayuran buah seperti tomato, timun, terun, cili padi dicampurkan 25-75 ml/10 liter air dengan kekerapan semburan 7-14 hari sekali. Bagi jenis sayur berdaun digunakan sebanyak 10 - 25 ml/10 liter air seperti untuk tanaman kobis dan kangkong. Bagi Bunga Orkid pula digunakan sebanyak 25-50 ml/10 liter air dengan kekerapan semburan 7-14 hari sekali. Bagi tujuan percambahan disemaian digunakan sebanyak 5 - 10 ml/10 liter air yang disembur 5-7 hari sekali. Bagi pembajaan di padang rumput digunakan sebanyak 50 - 100 ml/10 liter air yang isembur 2-4 minggu sekali. Bagi tujuan membuat kompos pula sebaiknya gunakan 50-100 ml/10 litar air diberikan setiap 1-2 minggu sekali.  


Kilang ini juga ada mempunyai makmal kawalan kualiti baja SuperFish yang dikeluarkan dengan beberapa peralatan moden. Makmal ini mampy=u membuat analisa kandungan nutrisi baja, pH, kecairan dan sebagainya bagi setiap proses pengeluaran. Beberapa ahli kimia sentiasa bertugas memeriksa produk. Dibahagian atas makmal pula dibuat petak ujian baja terhadap beberapa jenis tanaman. Antara jenis tanaman yang ada ditanam didalam pot dan polibeg seperti bendir, kangkong, jagung manis, sayur daun, terung dan beberapa lagi (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapat lihat perbezaan nyata diantana pokok yang diberi baja Suoperfish dengan pokok kawalan. Memang baja ini menunjukkan tahap pertumbuhan pokok amat baik dan signifikan. Kebanyakan tanaman ini menggunakan teknik fertigasi yang gunakan baja ini dan amat jelas dilihat akan perbezaannya.


Menurut Mr Lee terkini baja ini telah dibeli oleh duta Nigeria dari Kuala Lumpur dan dihantar ke Nigeria. Beliau dakwa pihak UNDP telah menggunakan baja SuperFish keatas pemulihan tanah di Nigeria yang telah rosak dan berjaya dipulihkan untuk tanaman kentang dan keledek disana dan mampu mengurangkan kemiskinan tegar penduduk tempatan. Kini beliau percaya baja yang dikeluarkan dari kilang ini mampu pergi lebih jauh jika ada sokongan dari petani tempatan. Kilang beliau mampu menambah pengeluaran baja ini jika mendapat permintaan yang tinggi. Pada masa ini kos penghantaran baja ini ke Semenanjung perlu diambil kira kerana jarak dan juga kuantiti boleh menentukan viabiliti. Baja organik ini sesuai digunakan kepada petani terutaa yang menanam tumbuhan jenis ulam-ulaman agar kualiti produk ulam terjain tiada sisa toksik racun kimia. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!...
BAJA SUPERFISH... KELUARAN DI LABUAN...
BAJA BERKUALITI... GUNAKAN ASAS IKAN...
SESUAI DIGUNAKAN...BERJENIS TANAMAN...
BOLEH MEMBELI... KEMUDIAN DISEMBURKAN..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 727, Executive Suite,
Hotel Dorsett, WP Labuan,
Malaysia.
(5 Safar 1441H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top