Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BERAS UNIK DI SABAH atau juga di panggil sebagai 'Speciality Sabah Rice' merupakan satu keunikan yang terdapat di Negeri Sabah dimana penulis blog dapat melawat beberapa varieti tersebut. Jabatan Pertanian Sabah melaporkan seluas 315,700 hektar kawasan sesuai untuk tanaman padiwalau punkini banyak kawasan tersebut telah ditanam dengan tanaman lain dan sebahagian termasuk didalam rizeb hutan. Data terkini menyatakan kawasan bergeran atau bermilik untuk tanaman padi di Sabah seluas 58,000 hektar. Tanaman padi di Sabah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu seluas 10,400 hektar adakah dalam Kategori K! dimana kawasan sawah ini ada kemudahan pengairan JPS dengan potensi hasil diantara 5.1 - 10 mt/ha. Kategori ke dua adalah K2 dengan keluasan 11,898 hektar dimana kawasan ini sawah ini mendapat kemudahan air JPS tetapi bekalan tidak mencukupi dengan potensi hasil sekitar 2.6 -5.0 mt/ha. Seluas 13,303 hektar pula dalam kategori K3 iaitu sawah yang hanya bergantung kepada tadahan hujan dengan potensi hasil sekitar 0.5 - 2.5 mt/ha. Berdasarkan kepada data diatas menujukkan hanya seluas 35,601 hektar padi ditanam dari jenis padi sawah dan bakinya dipercayai dari jenis padi bukit. Penulis blog ke Ibupejabat Pertanian Negeri Sabah dan berjumpa dengan Pengarah Pertanian Hj Muhaidin dan Timmbalan Pengarah En Latiff semasa membuat kunjung hurmat. Menurut beliau matlamat penanaman padi unik di Sabah adalah untuk kegunaan sendiri akan tetapi kini ada kecenderungan untuk ianya dikomersilkan dan dijual.  Menurut beliau bagi ekosistem padi unik ini ada dua iaitu SAWAH dengan tanah rata atau sawah jenis tanah bercerun (sawah kontor) dengan seluas 15,000 hektar dimana kawasan ini ada potensi hasil sekitar 0.5 - 2.5 mt/ha.  Ekosistem padi unik kedua adalah di TANAH KERING atau kawasan tanah agak rata dengan anggaran keluasan diantara 5,000 - 10,000 ekar (tidak menentu ikut cuaca dan petani) dengan anggaran hasil sekitar 0.8 - 1.2 mt/ha. Artikel malam ini dari bilik Hotel Klagan saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai tanaman padi unik atau speciality rice di Sabah sebagai bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Aktiviti penyelidikan padi di Sabah dilakukan oleh beberapa pusat penyelidikan pertanian (ARS) melibatkan kawasan sawah padi di ARS Tuaran (56 hektar) dan juga ARS Tanah Tinggi Kundasang (10 ha) serta Masilau (40ha). Lain-lain ARS yang membuat kajian tanaman padi adalah seperti Stesen Penyelidikan ini adalah ARS Sandakan, ARS Sg Koyah, ARS Tenom dan beberapa lagi. Antara objektif penyelidikan padi unik ini adalah untuk mengumpul dan memulihara jenis-jenis padi tempatan, memilih dan menilai beberapa varieti yang bermutu tinggi (hasil tinggi0, menghasilkan varieti yang bermutu, membangunkan teknologi yang sesuai dengan tanaman padi unik dan hasilkan benih bermutu. Peranan yang lain adalah memberikan khidmat nasihat teknikal berhubung dengan kepakaran tanaman padi kepada pelanggan dan petani. Pegawai Penyelidik akan menjalan beberapa aktiviti termasuk pengutipan padi unik dari daerah-daerah, melakukan pencirian janaplasma dan juga menanam serta pemuliharaan janaplasma. Jabatan Pertanian Sabah bekerjasama dengan MARDI untuk tujuan ini dimana ada sebahagian benih-benih padi unik ini disimpan benihnya di Genebank Nasional di MARDI untuk penyelidikan lanjutan.


Dalam kajian oleh siswa UMS bertajuk ''Ciri-ciri Fisiokimia beberapa jenis padi di Sabah'' menarik untuk ianya dikongsikan bersama. Artikel ini dirujuk kerana amat kurang kajian yang dilaporkan secara akedemik dipaparkan. Menurut Neoh Wei Ting dalam kertas projeknya untu Bacelor Agriculture Science with Honour yang diterbitkan pada 2011 terdapat 5 jenis padi yang dikaji. Padi tersebut adalah beras yang dikategroikan sebagai Beras PUTIH, Beras MERAH, Beras HITAM, Beras COKLAT dan juga Beras WANGI (Aromatic rice). Pada penulis blog kajian terhadap 5 jenis beras ini memang memerlukan banyak masa dan rujukkan untuk disiapkan. Kini IADA Kota Belud telah mempromosikan beras warna sebagai salah satu strategi pembangunan padi di Sabah dengan menyediakan banyak infrastruktur dan kemudahan lain didalam pembangunan padi di kawasan projek. Korelasi perbezaan jenis-jenis padi ini dianalisa menggunakan kaedah Perason Corellation. Daripada kajian kepada 5 jenis varieti bera berlainan yang ditemui di Sabah (Beras putih, Beras Merah, Beras Hitam, Beras Coklat Dan Beras Wangi) telah dinilai dari segi ciri-ciri fizikokimia. Hubungan antara ciri-ciri yang berbeza ditentukan dengan menggunakan korelasi Pearson. Varieti yang ada berbeza menunjukkan variasi yang signifikan dalam fizikokimia mereka. Berat seribu bijih, nisbah panjang lebar (P/L), dan kelembapan di antara pelbagai jenis beras adalah berbeza antara 15.30 9 hingga 20.90 g, 2.18 hingga 3.33 dan 12.30% hingga 16.40% masing-masing. Minima masa memasak, nisbah serapan air, kehilangan bubur padat, dan nisbah elongasi berbeza antara 21.97 minit hingga 47.20 minit, 2.30 9 g-1 hingga 3.51 9 g-1, 6.02% hingga 13.62% dan 1.25 hingga 1.65 masing-masing. 


Beras Coklat menunjukkkan nisbah pemanjangan dan nisbah serapan air yang lebih rendah dan minima masa memasak yang lebih tinggi berbanding dengan jenis beras yang lain. Nisbah serapan air dan nisbah pemanjangan beras berkorelasi negatif dengan masa memasak, dengan pekali korelasi -0.900 dan -0.960 masing-masing (PSO.05). Kandungan kanji, daya pembengkakan kanji, dan kandungan amilosa berbeza antara 33.73% hingga 64.98%, 9.31 hingga 13.01 9 g-1 dan 10.83% hingga 14.93% masing-masing. Kandungan protin, fosforus, natrium, kalium, magnesium dan kuprum adalah 13.13% hinnga 24.60%, 19.95 mg/100 9 hingga 27.60 mg/100 g, 74.98 mg/100 9 hingga 627.17 mg/100 g, 68.40 mg/100 9 hingga 126.73 mg/100 9 dan 0.57 mg/100 g.hingga 1.63 mg/100 9 masing-masing. Beras Merah, Beras Hitam dan Beras Coklat mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi berbanding dengan beras yang lain. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa beras tradisional (Beras Merah, Beras Hitam dan Beras Coklat) yang ditemui di Sabah memiliki sifat fizikokimia yang lebih baik dan nitai gizi yang lebih tinggi berbanding dengan Beras Putih dan Beras Aroma. Artikel ini diharap dapat memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BERAS UNIK .. DISABAH YANG ADA...
KAJIAN DIBUAT... SUDAH LAMA JUGA...
IA DITANAM... MAKAN SENDIRI SAJA...
DIKOMERSILKAN... BAGAIMANA CARA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Standard Room,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(3 Safar 1441H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top