Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
POKOK GUARANA DI MALAYSIA?... Apakah kini status penanaman tumbuhan tersebut setelah sekian lama viral dan dipaparkan didalam akhbar utama di Malaysia?. Pada penulis blog mendapati mungkin ramai dikalangan orang Malaysia yang kali pertama mendengar tumbuhan ini apabila Ketua Pengarah Pertanian membuat satu sidang akhbar mengenai "Kerajaan larang bawa masuk Guarana" pada 26 Julai 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Putrajaya. Pokok Guarana atau Guaran� dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di tanam di Malaysia sebelum ini. Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan bunga berjambak dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto diatas). Daripada lamanweb yang dirujuk ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang. Biji buah guarana yang telah diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi atau pun konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis artikel mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan (Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya setahun lebih kemudian pula baru dikeluarkan kenyataan larangan ini. Artikel malam Khamis ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengeai isu larangan ini seperti laporan sidang akhbar yang dikeluarkan. 


Dalam satu laporan dimedia menunjukkan sebuah Syarikat N.U.E. Technologies Sdn Bhd mencadangkan penanaman guarana sebagai satu tanaman alternatif di Malaysia. Bagaimana pun Jabatan Pertanian memberi maklumbalas dimana larangan terhadap pengimportan bahan tanaman atau tumbuhan termasuk guarana daripada Brazil dan kawasan tropika Amerika masih berkuatkuasa kerana ini dikhuatiri akan membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). Pengimportan ini boleh menjejaskan industri tanaman Getah (Hevea brazilliensis), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dan juga tanaman Koko (Theobroma cacao) negara ini. Kebenaran import bagaimana pun boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau individu yang memohon pengimportan bahan tanaman guarana dengan mematuhi semua syarat-syarat pengimportan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta MAQIS 2011 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 tanpa memberikan hak ekslusif kepada mana-mana pihak.


Antara beberapa syarat-syarat untuk tujuan pengimportan bahan tanaman tersebut termasuk perlu Pemeriksaan Verification of Cmpliance (VOC) dan rawatan kuarantin di Brazil (negara asal) dan juga di Negara Transit atau negara ke tiga (negara bukan pengeluar getah) iaitu selaras dengan garispanduan standard antarabangsa ISPM 20. Syarat kedua adalah dimana diperlukan Sijil Fitosanitassi (Re-export PC) daripada negara asal (Brazil) dan juga Sijil Fitisanitasi eksport semula (Re-export PC) daripada negara ke tiga. Ke tiga syarat yang mesti dipatuhi adalah dimana pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa atau pegawai penguasa di pintu masuk negara. Ke Empat adalah syarat kuarantin selepas masuk yuntuk tempoh 6 bulan di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Perkara ini penting walau pun ada beberapa syarikat dimana mereka mendakwa telah mendapat kelulusan mambawa masuk bahan tanaman guarana daripada Brazil tetapi status sebenar kelulusan belum ada kepastian. Syarikat ini menggunakan surat arahan untuk memenuhi starat-syarat kemasukkan daripada Jabatan Pertanian sebagai 'surat kebenaran' membawa masuk benih guarana ini. Ia adalah mengelirukan petani yang berminat menanam guarana dengan pakej yang ditawarkan.


Bagaimana pun ada satu dakwaan daripada Syarikat iaitu Sykt Ritz Coporate Holding Bhd yang ada mengusahakan tanaman guarana. Dakwa meraka guarana juga dipanggil sebagai Guarana, Brazillian Coco, Guar Gum dan Zoom (Nama yang mengerunkan bila disebut). Tumbuhan daripada famili Sapindaceae ini berasal dari Brazil diimport pada tahun 2017 (dipercayai tanpa permit import daripada Jabatan Pertanian - atau di seludup). Tindakan kuarantin telah pun dikenakan terhadap bahan tanaman tersebut selama 6 bulan lamanya. Dilaporkan dimana selepas tempohmasa kuarantin tamat maka pihak syarikat telah menanam di 9 buah lokasi seluruh Semenanjung Malaysia seluas 120 hektar mereka terus dipantau oleh beberapa pihak berwajib. Hasil tuaian pertama dilaporkan pada April 2019 (jangkamasa tanaman selama 1 tahun 20 hari) atau tempoh berhasil selama 14 - 15 bulan lamanya. Tempoh berhasil tahun kedua pula adalah dijangka pada 6 bulan kemudian atau boleh melakukan 2 kali tuaian setahun. Didakwa tanaman ini boleh hidup selama 20 tahun dengan jangkaan harga buah guarana RM80.00/kg dan daun guarana dijual dengan harga RM30.00/kg. Didakwa juga produk dari tanaman guarana termasuk Ekstrak Guarana, Tepung Guarana, Minyak Masak Guarana, Kopi Guarana, Mineral Water Guarana Booster dan beberapa lagi. Bagaimana pun sehingga kini belum ada laporan terkini produk tersebut dipasaran. Saya ada menerika sekotak Kopi Guarana dari Pulau Pinang dimana ada menulisnya didalam blog saya sebelum ini (Sila klik disini)Produk kopi Guarana Cappuccino ini dibungkus dengan paket menarik seberat 30 gram satu sachet yang sesuai untuk dijadikan secawan kopi pekat dan manis. Produk ini mempunyai tanda 'HALAL' dengan jelas dimana ia merupakan produk 5 dalam satu yang mengandungi bahan Kopi Segera Arabica, Gula, Krimer, Koko dan pastinya Guarana. Kopi yang dijual dengan harga kilang RM13.00 satu paket ini mengandungi 10 buah sachets.


Apa yang penulis blog paling minat hendak melihat adalah mengenai Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Tanaman Guarana. Mula-mula didakwa anggaran minima hasil tanaman guarana semusim mencecah hingga RM240,000 iatu satu angka yang menggemparkan!. Bagi keluasan tanam satu ekar (0.4 hektar) ia boleh ditanam sebanyak 300 pokok guarana. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 8 - 10 kaki antara barisan dan pokok. Apabila pokok matang dijangka anggaran hasil adalah sebanyak 10 - 20 kg sepokok atau jika dikira sifir jadi 300 pokok X 10 kg buah X RM80.00/kg menjadi pendapatan kasar RM240,000.  Anggaran kos pengeluaran pula adalah sebanyak RM81,800.00 dimana komponen kos adalah sebanyak RM16,800 (RM1,200 x 14 bulan), Kos benih tanaman sebanyak RM15,000 (RM50 sepokok x 300 pokok) dan kos untuk bahan input serta sistem pengairan sebanyak RM50,000 seekar. daripada analisa tersebut jika hendak mengira untung rugi maka di tolak RM240,000 - RM81,800 menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM158,200 selama 14 bulan operasi untuk seekar tanaman guarana. Jika dikira jangkamasa tanaman seama 14 bulan untuk pendapatan tahun pertama maka purata pendapatan bulanan adalah sebanyak RM11,300 sebulan. Wow!... jumlah ini sudah mengalahkan gaji penjawat awam Gred JUSA!. Apa pun artikel ini hanya mengupas bebarapa dakwaan daripada beberapa sumber termasuk dialog, facebook, akhbar tempatan dan juga komunikasi personel. Semua anda semua mendapat info berguna membaca artikel dalam anim agro kali ini. Wasallam!!...
MASIH VIRAL... TANAMAN GUARANA...
BENIH DIIMPORT... KEBENARAN TIADA...
SUDAH DITANAM...PRESTASI MACAMANA...
BACA ARTIKEL... MASIH KELIRU JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(1 Safar 1441H).
Posting Dari;
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri, Sarawak.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top