• Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Batas timbun no.1 dibuat pada Sept. 2018, bermakna sudah setahun berlalu. Banyak kebaikan yang didapati bila berkebun menggunakan kaedah / sistem batas timbun ini.
Batas timbun atau raised bed yang dimaksudkan disini ialah batas yang menggunakan dinding atau penghadang, dan tanpa perlu tanah digali. Penambahan tanah dibuat diatas tanah asal.
Pertanian bandar, laman dapur, kebun bandar, dusun bandar, kebun botani atau apa saja sebutan dapat diperbuat lebih mudah menggunakan batas timbun berdinding. Kotak gabus, tayar terpakai, pasu bunga, botol bekas air, baldi dan sebagainya adalah manifestasi batas timbun kerana mempunyai ruang menanam yang berdinding.
Bentuk dan ukuran batas timbun boleh dibuat pelbagai cara terpulang kepada kreativiti dan ruang yang ada. Ada yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulatan, bersegi2, bentuk kunci dan sebagainya. Kelebaran dan ketinggian boleh di ubahsuai mengikut jenis tanaman atau citarasa setiap pekebun.
Bahan2 untuk dinding batas timbun pula dapat dibuat dari pelbagai bahan yang boleh didapati di sekeliling rumah. Contohnya papan, kayu, atap genting, zink, batu bata, bancuhan simen, buluh, batang2 pokok, botol2, rotan, tanah liat dan sebagainya.
Tanah, sisa kebun, potongan rumput, sisa dapur, kulit telur, sisa kandang, baja organik daun, baja organik buah, semburan racun organik, kompos, carikan kertas, jerami ( sisa ladang / sawah ), baja tahi cacing, baja foliar, air basuhan beras, air basuhan ikan, air rebusan ulam , telur dan sebagainya adalah antara bahan2 yang digunakan dibatas timbun berdinding ( raised bed ). Baja kimia NPK boleh digunakan pada peringkat permulaan. Racun kimia perlu dielakkan kecuali benar2 perlu dan digunakan seminima mungkin.
Pembinaan batas timbun - setelah dinding dibuat, bahan2 seperti kotak kertas akan dijadikan lapisan pertama untuk menekan rumput. Kemudian tanah di susuli kompos, sisa kebun, sisa kandang dan sebagainya berselang seli sehingga penuh dan akhir sekali sungkupan.
Sungkupan boleh diperbuat dari potongan / guntingan daun2 kering seperti daun mangga, tebu, pisang dan sebagainya yang ada dihalaman rumah. Bekas telur, bekas minuman / makanan dari bahan kertas kitar semula juga boleh dipotong / digunting kecil2 dan dijadikan bahan sungkupan .
Antara kebaikan lain batas timbun berdinding ( raised bed ) yang boleh difikirkan ialah :
1. Pembahagian kawasan yang jelas - antara kawasan tanaman dengan kawasan laluan bekerja.
2. Dinding - mengelakkan / mengurangkan larian tanah, nutrien, air & sungkupan dari dalam batas timbun.
3. Batas timbun berdinding ( raised bed ) itu sendiri dapat mengurangkan larian air terutama semasa hujan lebat berbanding batas timbun tanpa dinding.
4. Sungkupan yang tebal dapat mengelakkan / mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai, menstabilkan suhu tanah, melambatkan kekeringan tanah, mengelakkan percikan air tanah ke tanaman, menjadi kompos bila reput dan sebagainya.
5. Jimat masa mengurus kebun dan tanaman, jimat masa membaja, menyiram dan sebagainya yang boleh digunakan untuk aktiviti lain.
6. Tanah batas timbun berdinding ( raised bed ) lebih longgar kerana tidak dipijak dan ini amat sesuai untuk pertumbuhan akar2 tanaman. Air, udara serta organisma tanah juga dapat bergerak di dalam tanah yang longgar dengan lebih mudah. Pereputan / penguraian dibatas timbun juga lebih cepat.
7. Kitar semula / tanpa pembaziran - batas timbun dapat dijadikan komposter dengan menanam sisa dapur / sisa kebun. Sisa kebun dapat dijadikan bahan sungkupan.
8. Batas timbun juga dapat dijadikan tapak semaian untuk tanaman, tempat pembiakan cacing tanah.
9. Penggunaan tanah maksima - boleh gunakan konsep kebun kaki persegi ( square foot garden ).
10. Batas timbun berdinding ( raised bed ) dipercayai dapat meningkatkan hasil tanaman berbanding batas biasa dengan adanya faktor2 diatas.
11. Cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun amat sesuai dengan batas timbun, di musim hujan hampir tiada penyiraman diperlukan manakala musim panas pula, siraman juga minima / bila perlu sahaja.
12. Batas timbun ( raised bed ) juga dapat dijadikan batas eksperimen untuk tujuan2 tertentu, cth: pertanian organik.
13. Batas timbun ( raised bed ) juga dapat menjadikan lanskap halaman rumah lebih teratur, kemas dan menarik.
14. Batas timbun berdinding dapat dibuat dimana2 sahaja samada bandar atau kampung, kawasan rata atau bercerun dan sebagainya.
15. Potongan rumput diantara barisan batas timbun boleh terus diletakkan ke batas timbun, membekalkan nutrien2 terbaik kepada tanah dan tanaman.
16. Batas timbun juga boleh di tukar tataletak / layout bergantung kepada keperluan semasa pekebun.
17. Batas timbun dapat mengatasi masalah tanah tidak / kurang subur, tanah keras dan padat, berbatu-batan dan sebagainya.
Kekurangan batas timbun mungkin kerana kos permulaan yang agak tinggi untuk tanah dan bahan2 binaan dinding. Tetapi dengan begitu banyak kebaikan batas timbun, keterujaan melihat kebun menjadi nyata melebihi segalanya.
Jenis2 tanaman yang boleh ditanam dibatas timbun tidak terhad kepada sayuran berdaun sahaja. Percubaan boleh dibuat untuk melihat kesesuaian pelbagai jenis tanaman dengan batas timbun.
Jenis2 siraman boleh disesuaikan samada air graviti, manual, semi auto, auto atau split ( siraman hanya dibuat pada peringkat awal penanaman, selepas itu air hujan dan air embun akan digunakan oleh tanaman ).
Batas timbun lebih popular di negara barat tetapi tidak bermakna ianya tidak dapat di sesuaikan di Malaysia bahkan mungkin lebih baik lagi kerana faktor cuaca Malaysia yang membolehkan tanaman dibuat sepanjang tahun.
Video ringkas dibawah sempena setahun batas timbun blog Jom Tanam Sayur ( JTS) semoga bermanfaat.
Sekian & selamat berkebun.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan