Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Pokok duit duit atau sakat ribu ribu atau sisik naga adalah tumbuhan menjalar dan biasanya menumpang pada bahagian2 pokok seperti batang, dahan, ranting dan sebagainya. Ianya mendapatkan makanan / nutrien dari bahagian2 pokok yang ditumpanginya.

Pokok duit duit juga mempunyai akar udara yang boleh menyerap wap air dan udara untuk kehidupannya. Pokok duit duit dalam skala besar boleh menjadi parasit / perosak / penyakit yang akan membunuh sebahagian atau keseluruhan pokok.

Kelembapan yang tinggi pada bahagian2 pokok yang ditumpangi oleh pokok duit duit akan mempercepatkan pereputan bahagian2 tersebut. Pereputan berterusan akan menyebabkan bahagian2 pokok tersebut mati.

Pokok duit duit dapat membiak dengan sporanya yang diterbangkan angin dan akan tumbuh ditempat yang sesuai. Oleh kerana pokok duit duit menyerap banyak nutrien dari pokok tumpangannya maka ianya juga mungkin boleh dijadikan sumber baja organik untuk kebun.

Setakat ini pokok duit duit dibuang secara manual dari pokok tumpangannya. Mungkin pokok ini tidak sesuai hidup di tanah ?

Pokok duit duit memberikan kontras yang baik pada batang pokok asal


 Akar muda yang juga akar udara, mempunyai deria yang baik

 Bila sudah banyak, ianya akan mencuri nutrien2 dari pokok asal secara berlebihan dan berterusan

Pandangan dekat daun pokok duit duit, daun hijau seolah2 bersisik / berbulu, mungkin tempat sporanya terbentuk

Satu keluarga dengan paku pakis liar

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top