Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
DURIAN (Durio zibethinus Murr) merupakan sejenis buah yang dipanggil sebagai 'Raja Segala Buah' atau 'King of the Fruits' dan semakin mendapat perhatian petani. Terdapat banyak varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian iaitu melebihi 220 varieti tetapi hanya kurang dari 20 varieti yang disyorkan untuk ditanam komersil dan mendapat pasaran yang baik. Antara beberapa varieti durian yang popular masa kini adalah eperti Varieti Musang King atau Varieti Raja Kunyit (D197) dimana durian ini didakwa mempunyai kualiti untuk pasaran domestik dan eskport dengan baik.  Selain itu durian varieti Udang Merah, Tekka, Duri Hitam, D24, Hajah Hasmah dan beberapa lagi masih mendapat perhatian petani dan peminat buah durian. Saya telah menulis dalam blog ini lebih daipada 250 buah artikel mengenai tanaman dan buah durian semenjak 10 tahun. Masih banyak pokok durian yang ada ditanam masa kini di Malaysia adalah merupakan durian kampong yang mana ianya masih kurang dijamin kualitinya. Kawasan utama tanaman durian masa kini adalah di Pahang, Perak dan Johor dimana kini petani telah banyak menukar kepada varieti durian lebih komersil sama ada penanaman baru atau melakukan kaedah cantuman dewasa kepada pokok sedia ada. Pasaran eksport durian keluar negara seperti ke China masih belum mendapat kebenaran untuk 'whole fruit' tetapi untuk produk pes dan lain-lain produk telah boleh dieksport. Negara Thailand merupakan negara utama yang berjaya mengeksport buah durian segar ke China semenjak berpuluh tahun dahulu. Bagaimana pun durian dari Thailand tersebut kebanyakannya adalah dipetik atas pokok dan tidak masak ranum seperti durian yang gugur di Malaysia. Kini penanam durian telah mengembangkan aktivitinya dengan membuka ladang durian untuk produk Agrotourism dimana beberapa individu dan syarikat telah menuju kearah tersebut. Ini kerana rakyat China kini telah kenal akan kehebatan durian Malaysia setelah kempen 'Malaysian Durian Festival 2017' di Nanning, China telah menjadi viral dikalangan netizen di China. Ramai pelancong China dan beberapa negara lain yang semakin suka untuk datang kekebun durian di negara kita bagi mereka menikmati durian sebenar didalam kebun. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang satu laporan testimoni dalam akhbar yang mana program menikmati durian terus dari ladang menjadi kenyataan.


Dalam akhbar tempatan dilaporkan bagaimana program ''Nikmati durian terus dari ladang'' menjadi kenyataan. Berita yang dipetik dari Negeri Kedah ini menunjukkan dimana YB Exco Pertanian Kedah (YB Suraya) dengan Encik Saw menunjukkan durian yang gugur diladang yang menawarkan pakej agrotourism (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan berkonsepkan agro-pelancongan maka ladang Nictron Agriculturae Sdn Bhd di Sungai Kechil Ilir yang terletak di Bandar Baharu, Kedah telah mencipta kelainan dengan cara membawa pengunjung menikmati kelazatan durian terus dari ladang. Penulis blog juga telah berpeluang melawat kilang memproses durian dari ladang ini di Kuala Ketil, Kedah pada 5 Febuari 2018 untuk melihat bagaimana syarikat ini berjaya mencipta inovasi membuat durian sejuk beku untuk pasaran eksport. Lazimnya pelancong dari luar negara seperti dari China, Sinpapura, Eropah dan sebagainya akan datang kekebun tersebut dan sambil menikmati raja buah di atas bukit pada ketinggian 365 meter dari paras laut dimana  pengunjung juga dapat melihat pemandangan indah saat matahari terbenam. Tentunya pengunjung berpeluang merasai akan keenakan durian berkualiti antaranya Durian Kampung, Duri Hitam, Musang King, Raja Kunyit, XO, D24, Udang Merah dan pelbagai lagi yang dibawa segar dari ladang seluas 70 hektar itu. Dalam pada itu pemiliknya iaitu Patrick Saw berkata kini sebanyak 30 jenis durian berjaya ditanam dan dihasilkan di ladangnya membabitkan lebih 3,000 pokok. Dakwa pemiliknya didusun ini ada 30 jenis durian yang ditanam melalui kaedah cantuman dan benih pokok bagi menghasilkan buah yang berkualiti. Kebiasaan orang lihat untuk memakan buah terutama durian di gerai tepi jalan, namun jika berkunjung ke dusun orang ramai dapat melihat sendiri cara pengusaha ladang menjalankan tugas mereka di dusun. Syarikat mahu Kedah terkenal dengan buah-buahan seperti durian yang mendapat permintaan tinggi contohnya duri hitam, musang king dan lain-lain yang berasal dari dusun di negeri ini. Mereka sangat berbangga ada inisiatif orang Bandar Baharu mengusahakan ladang buah-buahan tempatan terutama durian yang kini mendapat permintaan dari seluruh dunia selain mempunyai nilai komersial dan harga yang tinggi.


Jika pengunjung datang ke sini mereka boleh menikmati semua jenis durian yang diinginkan dan makan sepuasnya hanya dengan bayaran RM135 seorang. Dakwanya syarikat kini dalam usaha menghasilkan pelbagai jenis produk hiliran untuk dijual kepada pelanggan dari dalam dan luar negara. Menurut Saw lagi kini juga syarikatnya telah memiliki sebuah kilang di Kuala Ketil dan di Kuala Lumpur untuk menghasilkan produk berasaskan durian iaitu lempuk dan aiskrim dengan jenama 'Aroy'  (dalam bahasa Thai bermaksud sedap). Antara produk yang dihasilkan dari kilang ini seperti aiskerim, kuih onde-onde, vacuum fry durian, vacuum fri nanagka dan banyak lagi. Dakwanya aiskrim mereka diperbuat daripada durian gred premium dan hanya boleh didapati di dusun ini, selain yang dieksport terutama ke China pada harga jualan antara RM10 hingga RM15 bagi setiap 100ml ais krim di sana. Selain itu produk lempuk dan aiskrim ini baru syarikat hasilkan dan membuat promosi ketika mengikuti pameran agensi kerajaan di China pada Oktober2017 lalu. Lempuk ini telah mendapat permintaan tinggi dan dieksport ke luar negara seperti Hong Kong, China, Taiwan dan negara Eropah lain. Pihaknya juga ingin mengembangkan perusahaan buah tempatan seperti pulasan, cempedak dan pisang untuk tarikan pelancong.


Syarikat Nictron kini juga ada mempunyai rancangan akan menanam pokok pulasan dan buah tempatan lain untuk dilihat oleh pengunjung dimana ini  secara tidak langsung mempromosikan buah ini kepada pengunjung luar negara terutama dari China, Jerman dan Taiwan. Saw berkata selain itu kini pihaknya juga dapat membantu pekebun kecil di kawasan ini apabila hasil tanaman mereka dapat dibeli di syarikatnya dengan harga yang berpatutan. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Malaysia, Datuk Seri Dr Ismail Bakar nyatakan melalui industri agro atau ekopelancongan pengusaha dusun dapat mempelbagai hasil dusun mereka. Kini melalui agro pelancongan ini orang ramai dapat merasai pengalaman berada di dusun dengan melihat sendiri pokok sambil menikmati buah-buahan segar. Lawatan ini diikuti sama oleh Ketu Pengarah Jabatan Pertanian Dato Jamal Harizan, Ketua Pengarh LPNM Dato' Mohd Anim, Ketua Pengarah MAQIS Dato' Mokhtaruddin, Pengarah Pertanian Kedah, Bohari dan beberapa pegawai lain dari MoA Inc. (Sila lihat foto disebelah). Rombongan ini telah diberi taklimat mengenai ladang dan juga kaedah untuk memproses durian oleh pengurus syarikat. Kaedah inovasi alatan sejukbeku yang direkacipta oleh syarikat ini didakwa tercanggih di Malaysia kerana ia menggunakan teknologi terkini yang prosesnya lebih cepat dan berikan produk berkualiti. Lawatan ini memberikan info bagaimana durian dari syarikat ini boleh dieksport ke China melalui Thailand dengan menggunakan brand negara tersebut. Kerajaaan Malaysia dalam proses perundingan dengan AQSIQ China untuk pengeksportan buah durian segar. Semuga ianya akan berjaya untuk durian Malaysia dieksport ke China. Diharap rencana ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
POKOK DURIAN... DIDUSUN SANA...
AGROTOURISM... PELANCONG CHINA...
MAKAN DURIAN... DISUSUN SEMUA...
POTENSI BAIK... HARAP BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 612, Hotel Pure,
Sungai Petani,
Kedah, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1439H)

 
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top