POKOK GAHARU (Aquilaria malaccensis) merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu iaitu dari bahagian batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya sebenarnya telah digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Pokok gaharu terbaik didakwa daripada Malaysia dari hutan tebal tropika dimana ia telah menerima permintaan baik dari seluruh dunia. Selain itu pokok gaharu boleh ditemui di lain negara seperti di negara Bangladesh, Bhutan, India, Indonesia, Iran, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand. Walau pun memang tidak ada bukti pokok ini tumbuh dan hidup di Iran yang merupakan antara negara yang menghasilkan inyak wangi. Di Malaysia dilaporkan dimana kalangan masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu. Mereka melalukan kerja ini untuk mengambil resin yang ada pada batang pokok gaharu (pokok hutan) dan menjualnya bersama-sama dengan hasil hutan yang lain. Bagaimana pun ramai orang yang mengetahui akan harga kayu gaharu dan 'mencurinya' dalam hutan-hutan di Malaysia. Bagaimana pun penanaman pokok gaharu kini telah dilakukan oleh beberapa pihak sama ada syarikat swasta atau individu. Terkini ada ladang gaharu yang telah diusahakan syarikat Gaharu Technologies Sdn Bhd di kawasan ladang seluas 113 hektar di Gopeng, Perak. Dari lawatan penulis didapati sebanyak 400 pokok boleh ditanam dijangkakan ianya boleh menghasilkan pendapatan ladang sebanyak RM1.8 juta. Apabila mencapai 7-10 tahun, pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Ladang gaharu berskala besar ini turut mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal. Terdapat kajian mengenai kesesuaian penanaman pokok gaharu itu sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Kajian ini cub mengenal pasti sama ada ia dapat menjadi tanaman sampingan di kebun kelapa sawit dan getah bagi menjana pendapatan alternatif kepada pekebun kecil. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai keistimewaan pokok kayu gaharu untuk dibuat rujukkan semua pembaca blog ini.
Apa yang penting bagi penanam pokok gaharu adalah bagaimana untuk tujuan bagi mendapatkan teras gaharu. Kalau sebelum ini Pak Ryan terlebih dahulu menuai daun pokok gaharu sebagai teh dan kopi selepas setahun menanam pokok itu tetapi sekarang ini telah tiba giliran teras dan kayu minyak gaharu pula dituai dan diproses untuk mengeluarkan produk air suling, minyak wangi, sabun, syampu, losen, teh dan kopi. Dalam pada itu menurut Pengarah Perladangan Mayldha Gaharu Ariffin Mat Noor, proses pertama untuk mendapatkan teras dan kayu minyak gaharu adalah menebang dan meracik kayu minyak hingga nampak teras di bahagian dalam batang pokok gaharu . Ada kaedah rawatan khas memproses Inokulan bagi usaha untuk mendapatkan teras gaharu (Sila lihat foto disebelah). Mereka kini memanggil proses ini �mencuci� kerana perlu mengikis kayu minyak secara manual untuk mendapatkan teras di bahagian tengah. Jika bernasib baik, kami menemui teras yang mempunyai reka bentuk luar biasa nilainya boleh mencecah RM4,300 hingga RM5,800 sekilogram. Selalunya bagi tuaian kali pertama ini mereka akan menebang lima batang pokok gred B jenis Mallacencis dan Subintegra untuk dijadikan sampel contoh kepada pengusaha gaharu lain. lam pada itu proses seterusnya adalah dimana kayu minyak yang dikikis tadi dimasukkan ke dalam mesin untuk dikisar dan terus dimasak di atas dapur khas selama tujuh hari. Kayu minyak yang dihancurkan tadi dimasak bagi diproses untuk pengasingan minyak gaharu dan air suling. Proses ini akan berjalan tanpa henti selama 24 jam hingga tujuh hari. Kemudian selepas selesai proses pengasingan maka serbuk kayu gaharu akan ditapis dengan air dan dijemur untuk dijadikan setanggi atau dijual kepad pembei dengan harga RM1,800 sekilogram. Perlu ada kemahiran khusus untuk melakukan semua perkra berkaitan agronomi dan aktiviti memproses pokok gaharu.
Sebatang pokok gaharu dilaporkan boleh menghasilkan 10 kilogram (kg) serbuk kayu minyak dan 48 mililiter (ml) minyak pati gaharu hasil daripada proses yang dijalankan mereka. Menurut Norul Rasyidi yang merangkap pengarah pengeluaran Mayldha Gaharu itu ini merupakan satu kejayaan terbaik pernah dicapai. Dalam pada itu Norul Rasyidi menunjukkan proses membuat air suling menggunakan teknologi yang mudah (Sila lihat foto disebelah). Dakwa beliau lazimnya minyak wangi gaharu dihasilkan menggunakan pati minyak gaharu yang sudah diasingkan tadi. Sebenarnya campuran minyak wangi gaharu diproses sendiri dengan setitik pati gaharu saja sementara harumannya kekal lebih 20 jam sehari. Kini mengikut harga pasaran harga minyak wangi gaharu agak mahal iaitu dijual RM100 untuk 1ml. Selain menghasilkan minyak wangi juga setitik pati gaharu juga boleh dijadikan makanan tambahan. Apa pun lazimnya pembeli diminta berhati-hati kerana wujud pati minyak gaharu beracun dan bagi memastikan ia tidak beracun. Beliau nyatakan jika ada pati minyak yang dijual adalah jenis tulisn maka ia tidak berbau hangit. Sementara air suling yang diasingkan daripada pati minyak gaharu itu bermanfaat menghindarkan penyakit kanser, gout, alahan gatal dan paling berkesan merawat resdung. Kajian lanjut mengenai kehebatan minyak gaharu perlu dlakukan secara klinikal dan bukan dengan hanya promosi melalui kaedah testimoni sahaja. Selain minyak wangi kini syarikat Mayldha Gaharu turut menghasilkan beberapa produk lain. Produk yang dihasilkan seperti produk sabun, lulur, minyak urut, syampu, losen dan banyak lagi produk berasaskan pati minyak gaharu. Dakwanya bagi proses membuat sabun mereka akan mencampurkan pati minyak gaharu, sabun dan bahan pepejal yang mengandungi minyak kelapa dara untuk dimasak selama beberapa minit di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk selama 15 minit.
Kemudian melalui proses seterusnya iaitu proses pembekuan memakan masa enam jam dan sudah sedia untuk proses pembungkusan. Adunan sebanyak 10kg ini boleh menghasilkan 200 buku sabun dan khasiatnya mampu menghindarkan pertumbuhan jerawat, jeragat dan melicinkan kulit muka. Foto disebelah menunjukkan Norul Rasyidi menunjukkan Bakhoor Pen yang mengeluarkan aroma daripada serbuk teras gaharu (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu bagi proses menghasilkan teh dan kopi pula berasaskan 100 peratus daun gaharu tanpa campuran bahan kimia. Bagi proses ini, saya memetik daun gaharu dan menghancurkannya hingga menjadi serbuk sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar panas untuk dikeringkan serta membunuh bakteria. Sebenarnya proses menghasilkan kopi juga sama cuma mereka menambah kopi luak yang diimport dari Indonesia. Kopi dan teh gaharu membantu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan toksik dalam badan, masalah pelawasan atau masalah insomnia. Semua produk dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu pati minyak gaharu. Penanaman gaharu dan proses membuat produk dari gaharu ini membolehkan industri penanaman akan semakin popular dimasa akan datang. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK GAHARU.... HUTAN ASALNYA...
KINI DITANAM... DIRAWAT KAEDAHNYA....
KAYU GAHARU ... BANYAK GUNANYA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMU DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1126, Hotel Mariott,
Putrajaya, Malaysia.
(2 JamadilAwal 1439H.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Terdapat banyak keistimewaan pokok dan hasilan daripada gaharu. Kini telah ada pengusaha gaharu di negara walau pun jumlahnya kita boleh dibilang dengan jari kerana tidak ramai yang berani untuk mengambil risiko walaupun diketahui hasilnya mampu memberi pulangan lumayan. Hakikatnya sebab tidak sabar menuai hasil adalah punca utama kebanyakan orang kita tidak berani menceburi projek itu. Namun, pemilik Mayldha Gaharu iaitu Ryan Abu Bakar yang berpangkalan di Kampung Tambak Paya, Melaka berjaya membuktikan setiap kesabaran pasti membuahkan hasil lumayan. Kini selepas setahun dua bulan beliau atau lebih mesra disapa Pak Ryan boleh tersenyum lebar menikmati hasil teras gaharu dengan menjadikannya pelbagai jenis produk (Sila anda lihat foto disebelah). Pak Ryan yang dibantu ahli keluarganya telah bekerjasama menghasilkan produk berasaskan teras dan kayu minyak gaharu untuk dipasarkan ke seluruh negara. Beliau memulakan projek dahulu kerana ada benih yang ditawarkan untuk beliau mencubanya menanam sebagai percubaan sahaja. Pada masa itu tidak banyak maklumat boleh diperolehi mengenai tanaman pokok gahari tetapi ada banyak diusahakan dinegara jiran Indonesia. Beliau telah mendapatkan maklumat daripada FRIM dan membuat lawatan dan tinjauan sendiri di negara Indonesia untuk mendapatkan maklumat mengenai tanaman gaharu ini.

Catat Ulasan