Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
TELUR ITIK (Duck Egg) merupakan salah satu jenis telur yang semkin mendapat permintaan tinggi dikalangan ramai penduduk di Malaysia terutama dalam bentuk Telur Itik Masin. Telur itik mempunyai kulit yang berwarna putih krim dengan saiz yang lebih besar daripada telur ayam biasa. Ia berkulit tebal dengan kandungan isinya juga lebih banyak. Pada penulis blog yang telah menulis beberapa artikel mengenai ternakan itik memang sering juga membuat tinjauan kelokasi penternakan itik telur dan itik daging (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan beberapa kali lawat projek membuat telur masin. Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dimana ia dikelaskan dalam kategori burung. Itik kebiasaannya ialah jenis burung akuatik yang bersaiz lebih kecil daripada saudaranya iaitu joyinah dan angsa dan sering juga ditemui di air tawar dan sesekali ada pada air laut. Umumnya ternakan itik memang dipelihara untuk daging atau telurnya bergantung kepada spesisnya. Di Malaysia dari maklumat yang saya kumpulkan antara negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Apa pun kebanyakan haiwan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil tetapi kini ada makanan formulasi berbetuk pelet yang dijual. Terdapat beberapa usahawan bumiputra menternak itik untuk penghasilan telur seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan. Artikel malam ini dalam blog popular ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai usaha menghasilkan itik telur yang didkwa mudah untuk ianya diuruskan.

Seorang usahawan berasal dari Kampong Baru Luas, Maran, Pahang dikenali dengan nama Encik Abdullah Yusoff membuktikan bidangusaha ini memberikan pendapatan yang baik (Sila lihat foto disebelah). Beliau nyatakan ia merupakn kerja yang mudah untuk menguruskan itik penelur. Ini kerana pengalaman dan kesabaran menjadikan aktiviti ini menjadi sumber pendapatan keluarga beliau. Dia bermula dengan menternak lima ekor itik penelur sebagai aktiviti memenuhi masa lapang di belakang rumah enam tahun lalu tetapi kini jumlah ternakan bertambah kepada 4,000 ekorHasil telur dan jualan yang semakin meningkat turut menjadi pendorong kuat buat bapa kepada dua anak ini untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap projek berkenaan tanpa rasa jemu. Kejayaan dalam kemampuan menghasilkan 2,500 -  2,900 telur sehari menjadi pembakar semangat kepada dia untuk terus mengusahakan projek ternakan itik ditambah sokongan baik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang. Setiap hari beliau dan keluarganya serta dibantu pekerjanya akan mengutip telur dan menyusun telur itik mengikut gred. Gred telur itik disusun mengikut saiz iaitu Gred A dan Gred B serta lain-lain kategori Off Grade. Lazimnya beliau akan turun untuk pungut telur dan selalu mengambil masa 4 jam sehari. Cara dia kutip telur sering dilakukan sekali dengan memberi makan. Ia amat mengembirakan apabila telur itik semakin mendapat permintaan yang baik dikalangan pengguna dan harga runcit telur itik adalah stabil. Kekurangan usahawan tempatan yang menternak itik telur membolehkan beliau konfiden bahawa bidang usaha ini memang baik.

Kini sambutan menggalakkan terhadap telur itik menyebabkan beliau sehingga tidak menang tangan seolah-olah ianya membuka laluan luas bahawa projek diusahakan mampu berkembang lebih jauh. Abdullah Yusoff yang berusia 57 tahun menetap di Kampung Baru Huma Luas, Maran, Pahang berkata aktiviti menternak itik penelur tidak berdepan risiko seperti kerugian disebabkan masaalah wabak penyakit atau masalah pasaran berbanding projek ternakan ayam. Kaedah menguruskan itik penelur mudah dan ringkas apabila hanya mengambil masa empat jam sehari untuk aktiviti mengutip telur serta kerja memberi makan pada pagi atau petang. Dakwanya walaupun terpaksa menyediakan perbelanjaan RM600 sehari untuk makanan palet namun kepuasan dapat dirasai apabila setiap pagi berpeluang mengutip telur pelbagai gred. Selalunya setiap hari bermula jam 7.00 - 9.00 pagi dia akan mengutip telur itik dalam kawasan reban seluas 0.3 hektar di hutan kawasan rizab padang ragut JPV. Semangat mengusahakan ternakan itik sentiasa ada apabila melihat banyak telur dihasilkan. Beliau kini mampu meraih pendapatan RM1,500 - RM1,700 sehari atau purata RM48,000 sebulan hasil jualan telur segar. Kos Pengurusan itek dianggarkan sebanyak RM18,000 untuk beli makanan dan RM5,000 kos untuk pelbagai menjadikan jumlah kos sebanyak RM23,000 sebulan. Anggaran pendapatan bersih usahawan telur itik ini adalah purata RM25,000 sebulan. Pasaran telur itik juga begitu menggalakkan hingga tidak dapat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Setiap minggu akan ada pemborong dari Kelantan datang untuk mengambil telur itik untuk dipasarkn secara borong. Beliau sebenarnya orang yang berasal dari Johor dan kini menetap di Pahang.

Dalam pada itu beliau yang sebelum ini dia mendapatkan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan dibuang peniaga di pasar di Maran untuk dijadikan makanan tambahan itik namun disebabkan oleh kerana kekangan masa kaedah membeli makanan seperti ini telah ditinggalkan. Walaupun mengeluarkan kos tinggi setiap hari untuk menyediakan makanan Pelet Komersil namun itu tidak penting kerana masa terluang digunakan untuk dia dapat melakukan aktiviti lain di kawasan reban. Pada masa sama katanya didakwa selera pengguna yang semakin meningkat terhadap telur itik menyebabkannya dia tidak dapat memenuhi permintaan pemborong, peniaga kecil dan syarikat pengeluar anak itik di Perak. Kini sudah ditetapkan dimana harga telur mengikut saiz iaitu 60 sen gred A dan 40 sen gred B. Kebanyakan telur itik akan dijadikan telur asin selebihnya untuk pelbagai jenis masakan seperti gulai pedas. Dalam menyetakan kepada penulis blog semasa membuat lawatan dikawasan ternakan ini beluau ada bercadang untuk menambah jumlah ternakan kepada 10,000 ekor itik pada masa akan datang. Kawasan tanah masih luas disediakan JPV memberikan lebih peluang untuk memperbesarkan lagi projek itu. Selama ini sokongan dan khidmat nasihat JPV menambahkan lagi keyakinan saya untuk menjadi pengeluar terbesar telur itik di negeri ini bagi memenuhi pasaran tempatan serta luar. Pengarah JPV Pahang yang ruga rakan rapat penulis blog iaitu Datuk Dr Norlizan berkata pihaknya akan terus membantu Abdullah dalam usaha memastikan projek diusahakan berjaya dan terus berkembang. Kerajaan membantu menyediakan kemudahan kawasan menternak itik yang sesuai dan diharap membuka peluang lebih cerah terhadap kejayaan projek diusahakan sejak enam tahun lalu itu. Lazimnya Pegawai JPV melakukan lawatan setiap bulan ke ladang bagi melihat perkembangan projek itu seterusnya melihat tahap kesihatan itik, ujian darah turut dilakukan dari semasa ke semasa. Projek menternak itik telur ini dianggap sebagai projek yang berjaya dan boleh dijadikan contoh. Semuga pembaca blog anim agro technology kali ini mendapat info berguna. Wasallam!!!..
MENTERTAK ITIK... TELUR HASILNYA...
EN ABDULLAH.... NAMA PENGUSAHA...
DI DAERAH MARAN... RIBUAN EKORNYA...
MENJADI RUJUKKAN.. OLEH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1330, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(16 Syaaban 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top