Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
MENTERNAK LANDAK (Hystrix brachyura) merupakan satu aktiviti pertanian yang jarang kita dengar dan agak pelik bunyinya kepada kita. Bagaimana pun kini ia menjadi satu bidangusaha yang mampu menjana pendapatan baik. Pada penulis blog mendapati landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti 'babi berduri'. Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae. Secara amnya haiwan landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan dari serangan musuhnya. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam lazimnya landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Seseekor landak juga akan mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka maka landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan yang menakutkan musuhnya. Sesetengah landak kadang kali turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa dimana ini akan menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras dimana terdapat juga landak yang hanya ia mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo. Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung). Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perusahaan menternak landak untuk dijadikan bahan rujukkan dan juga bacaan anda semua.


Dalam akhbar tempatan ada rencana bertajuk "Lebih untung daripada ternak kambing" dimana ia paparkan bagaimana seorang pemuda bernama Mohd Fauzan mampu untuk menternak landak secara komersil. Lazimnya memang tidak ramai yang berminat menternak landak kerana spesies yang termasuk dalam kategori haiwan eksotik itu diakui lambat memberikan pulangan lumayan berbanding kambing dan lembu. Penternakan landak raya atau Hystrix brachyura memerlukan modal besar dan kesabaran tinggi kerana ia tidak seperti ternakan lain yang cepat memberikan hasil. Daripada tinjauan didapati haiwan landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan serta luar negara. Maka tidak hairanlah harga pasaran landak boleh mencecah antara RM120 -  RM150 sekilogram dan mungkin ramai orang akan beranggapan daging landak raya terlalu mahal untuk dijadikan hidangan. Pada hakikatnya memang daging haiwan eksotik berkenaan bukan saja mendapat permintaan tinggi, malah dikatakan lebih mudah dijual berbanding daging kambing. Keenakan daging landak yang eksotik juga menjadikan ia boleh dilakukan dengan serius.


Memelihara landak pula sangat mudah dimana ia hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari. Faktor ini telah pun mendorong Mohammad Fauzan berusia 35 tahun untuk menceburi bidang ternakan landak secara komersial sejak tiga tahun lalu. Dia yang menjalankan aktiviti perusahaan itu di belakang rumah bapanya di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu, Terengganu dan ketika ini landak ternakannya sudah membiak hingga 66 ekor semuanya. Pada mula duli dia membeli induk dan baka landak sebanyak tujuh ekor dengan harga RM4,000. Kemudian pada tahun  2016 dinyatakan jumlah ternakan ini ditambah 20 ekor lagi melalui perjanjian pindah milik daripada pengusaha yang juga rakan baik di Banting, Selangor yang sudah tidak berminat meneruskan perusahaan menternak landak. Kini dia telah membelanjakan hampir RM10,000 untuk membina kandang menggunakan peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tapi sebelum memulakan proses menternak, saya lebih dulu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). Beliau juga merupakan pembekal ikan air tawar dimana dia menyasarkan untuk membekalkan daging landak dalam tempoh dua tahun lagi.


Setakat ini sudah ramai pengusaha restoran dari seluruh Terengganu memintanya untuk membekalkan daging landak untuk mereka. Daging landak yang disediakan sudah sedia untuk dimasak (Sila lihat foto disebelah). Apa pun pada masa ini jumlah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan apatah lagi landak agak lambat membiak, tidak seperti ternakan lain. Dakwanya dalam tempoh dua tahun lagi saya jangkakan jumlah ternakan mencecah 200 ekor dimana ini sekali gus membolehkan dia membekalkannya secara berterusan. Kadar permintaan tinggi ini menambah keyakinan dia untuk meneruskan perusahaan ini malah rasanya ia lebih menguntungkan berbanding penternakan kambing yang dilakukan sebelum ini. Biasanya landak boleh dijual apabila mencecah usia lapan bulan ke atas. Biasanya daging landak dijual pada RM120 sekilogram tetapi boleh mencapai sehingga RM150 sekilogram sementara harga landak induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur. Seekor landak seberat 15 - 20 kilogram (kg) bersama induknya boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM5,000 bergantung harga pasaran semasa. Beliau belajar  selok-belok penjagaan landak menerusi Internet, bacaan dan bantuan PERHILITAN selain banyak bertanya kepada penternak landak yang berjaya untuk mendapatkan tip penjagaan. Landak mempunyai peminat tersendiri sama ada untuk dijadikan makanan atau peliharaan. Ada yang pernah memelihara  landak yang dijadikan sebagai haiwan untuk kesayangan dan ia memang manja serta suka mengekori pemiliknya. Landak dikelaskan sebagai haiwan yang juga cukup unik, mudah diuruskan, jinak dan manja. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PELIHARA LANDAK... BERANI CUBA...
PERLU KANDANG... DISIMPAN DIA...
DIBERI MAKAN... MAHAL JUGA HARGA...
SUDAH BERMINAT.. BOLEH BERMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
BAndar Baru UDA, 
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(14 Syaaban 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top