TANAMAN KELAPA (Cocos nucifera) merupakan tanaman yang ke 4 terpenting di Malaysia selapas tanaman Kelapa sawit, Getah dan Padi. Pada masa ini seluas 96,400 hektar tanaman kelapa di Malaysia dengan jumlah pengeluaran dianggarkan sebanyak 650 juta biji setahun. Negeri utama yang menanam kelapa adalah Johor, Selangor, Sabah, Sarawak dan Sabah dimana hampir 65% daripada pokok kelapa sedia ada adalah dikelaskan sebagai pokok kelapa tua (Senile tree). Kebanyakan pokok kelapa sedia ada ini ditanam dikawasan kebun kepunyaan pekebun kecil dikawasan pesisir pantai dan hanya ada beberapa buah estet kelapa di Malaysia seperti di Perak dan Pahang sahaja. Malaysia memerlukan sebanyak 750 juta biji kelapa dan kekurangan ini Malaysia terpaksa mengimport sebanyak 100 - 120 juta biji kelapa tua daripada Indonesia. Kajian penulis blog juga mendapati dimana trend penanaman kelapa terun menurun dimana kebanyakan kawasan kelapa tradisional ditukar kepada tanaman lain terutama tanaman kelapa sawit semenjak 15 tahun dahulu dan juga dibangunkan menjadi kawasan industri atau perumahan terutama di Perak, Selangor dan Johor. Daripada rekod Jabatan Pertanian, semenjak 2010 - 2016, pengeluaran buah kelapa di Malaysia menurun akibat program pemulihan tanaman kelapa dan tanaman baru kelapa melibatkan kawasan seluas 2,500 ekar dimana ianya belum berhasil sebanyak 17.5% daripada dahulu. Kerajaan telah mengumumkan bahawa tanaman kelapa perlu dibangunkan semula dengan memberikan satu jumlah peruntukkan besar sehingga sebanyak RM50 juta pada tahun 2018 dibawah Skim Sumber Kekayaan Baru atau pun Sumber Rezeki Baru melalui Kementerian Pertanian. Dalam melaksanakan pengeluaran kelapa ini untuk terus kekal atau meningkat ada cadangan untuk menanam kelapa jenis hibrid yang hasilnya tinggi seperti kelapa Matag dan menanam kelapa renek seperti MRD dan MYD. Dicadangkan juga penyusunan organisasi untuk menjaga industri kelapa dimasa akan datang. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa testimoni mengenai cadangan ujudkan badan khas menjaga industri kelapa dinegara kita untuk dijadikan bahan rujukkan.
Dalam akhbar Kosmo pada 24 September 2018 dengan tajuk "Kerajaan cadang tubuh badan khas industri kelapa" dikatakan dimana Kerajaan merancang menubuhkan badan khas bagi mengurus, memacu dan mengawal selia industri kelapa. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata industri tersebut mengalami pertumbuhan pesat berikutan permintaan tinggi terhadap produk berasaskan kelapa di seluruh dunia. Menteri seterusnya nyatakan dimana beliau ingin ingin menjemput negara-negara lain yang mempunyai amalan yang sama untuk berkongsi pengalaman mengenai proses menubuhkan badan pentadbir industri kelapa,� katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Peringkat Menteri serta Sesi Mesyuarat Bersama Komuniti Kelapa, Asia dan Pasifik (APCC) ke-54 di Petaling Jaya hari ini. Salahuddin berkata laporan Unjuran Komoditi Bank Dunia pada April 2018 menjangkakan harga minyak kelapa naik daripada US$1,110 setan pada 2016 kepada US$1,275 pada 2018. Beliau berkata permintaan yang meningkat itu didorong oleh bertambahnya kadar untuk penggunaan produk berasaskan kelapa serta manfaat yang dinikmati pengguna seperti minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil - VCO). Bagaimanapun, Salahuddin berkata industri kelapa di Malaysia serta beberapa negara anggota berdepan cabaran dalam pengeluaran akibat cuaca, persaingan dengan tanaman lain kerana tanah subur yang terhad dan produktiviti rendah. Ahli Mesyuarat juga dibawa ke Ladang Kelapa Matag di Kg Sungai Yu, Tanjung Karang, Selangor untuk mereka melihat sendiri bagaimana petani yang menanam 6 ekar kelapa Matag berumur 12 tahun mampu mendapat pendapatan sebanyak RM9,000 bersih sebulan. Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim dalam menjelaskan akan potensi tanaman kelapa sebagai tanaman yang mampu memberikan pendpatan baik diladang tersebut (Sila lihat foto disebelah). Harga ladang biji kelapa tua adalah RM1.20 sebiji sementara harga ladang bagi kelapa muda adalah RM1.60 sebiji dari kebun ini.
Dalam perkara lain Menteri Pertanian juga ada memberitahu dimana industri kelapa terkini agak turut terkesan dengan propaganda negatif daripada sesetengah pihak mengenai tahap kesihatan minyak kelapa dan produk kelapa lain yang boleh dimakan, katanya memaklumkan bahawa Persatuan Jantung Amerika menyebut minyak kelapa yang didakwanya berisiko menyebabkan penyakit jantung. �Sehingga kita berjaya menolak dakwaan ini secara sistematik dan betul, dakwaan palsu itu tidak akan lenyap. �Kita memerlukan dialog, perundingan, bukti dan penemuan saintifik bagi tujuan untuk menyelesaikan isu ini,� kata Salahuddin. Beliau berkata Malaysia perlu memperkukuh hubungannya dengan negara anggota APCC, khususnya dalam bidang pembiakan benih untuk mendapat hasil yang lebih tinggi, pencegahan penyakit dan teknologi embrio bagi tujuan meningkatkan produktiviti. Salahuddin berkata Malaysia telah melancarkan beberapa inisiatif bagi memperkasa industri kelapa, terutama dalam menangani peningkatan ke atas keperluan bahan mentah untuk produk nilai tambah, termasuk promosi benih kelapa yang berhasil tinggi bagi meningkatkan produktiviti. Beliau berkata sejak lebih 30 tahun lepas, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan kelapa bagi mencari hibrid atau varieti kelapa berhasil tinggi yang boleh mengeluarkan lebih banyak benih, yang antaranya diperkenal baru-baru ini.
MARDI dalam pada itu telah berjaya untuk menghasilkan enam varieti kelapa termasuk varieti CARENA dan CARENI selain daripada MyLAG yang didakwa yang sesuai untuk kegunaan biasa dan dijadikan produk minuman manakala selainnya untuk santan kelapa. Bagaimanapun YB Menteri berkata Malaysia mengalu-alukan bantuan daripada negara APCC, khususnya dalam berkongsi keputusan penyelidikan dan promosi mengenai industri kelapa yang mapan. APCC merupakan organisasi antara kerajaan melibatkan negara-negara pengeluar kelapa yang ditubuhkan pada 1969 di bawah naungan Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik. APCC terdiri daripada 18 anggota yang menghasilkan lebih 90 peratus daripada bekalan kelapa dunia dan eksport produk kelapa. Negara anggota APCC termasuk Micronesia, Fiji, India, Indonesia, Kiribati, Malaysia, Kepulauan Marshall, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Kepulauan Solomon, Sri Lanka, Thailand, Tonga, Vanuatu dan Vietnam, manakala Jamaica dan Kenya merupakan negara anggota bersekutu. Menteri nyatakan diakhir sidang media dimana satu badan khas untuk menjaga industri kelapa dan nanas akan dilakukan dalam masa akan datang kerana apabila ada badan khas yang menjaga dengan sistematik maka industri ini akan berkembang dengan baik.
Dalam testimoni lain dinyatakan dimana "Kerajaan gesa sektor swasta cergaskan industri kelapa" dari berita yang dipetik dari Petaling Jaya dimana kerajaan menggesa sektor swasta untuk turut serta dalam usaha untuk mencergaskan semula industri kelapa. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, industri itu mampu menjana pendapatan dan kekayaan, dan membawa kemakmuran kepada petani dan pengilang. �Kerajaan akan menggalakkan sektor swasta turut serta dan berkongsi teknologi dalam industri, dengan sektor swasta (berperanan) menjadi syarikat utama untuk menggalakkan pekebun kecil (menanam kelapa),� katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Peringkat Menteri serta Sesi Mesyuarat Bersama Komuniti Kelapa, Asia dan Pasifik ke-54 di sini semalam. Salahuddin berkata, pada tahun 1950-an hingga 1970, Malaysia merupakan pengeksport kelapa sebelum kemunculan kelapa sawit. Beliau berkata, kini negara mengimport kira-kira 120 juta kelapa setahun, terutama dari Indonesia untuk memenuhi keperluan domestik yang dianggarkan melebihi 650 juta kelapa setahun. �Permintaan dalam negeri dijangka meningkat kepada 1 bilion kelapa menjelang 2020,� katanya. Malaysia kekal sebagai antara 10 negara teratas pengeluar kelapa di dunia, dengan kelapa merupakan tanaman perindustrian keempat paling penting di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan padi. Salahuddin berkata, kelapa bersama tanaman makanan lain seperti durian dan nanas, menyumbangkan tiga peratus kepada keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) selama lima tahun berturut-turut. Beliau berkata, Malaysia mempunyai pengalaman dalam perdagangan eksport berasaskan kelapa, yang meningkat 70.7 peratus daripada 18,481 tan metrik pada 2012 kepada 63,074 tan metrik pada 2016. �Walaupun pertumbuhan positif, banyak lagi yang perlu dilakukan. Ini termasuk meningkatkan produktiviti serta menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran yang dinamik,� katanya. Menurut Salahuddin juga berkata, Malaysia perlu meneroka teknologi baharu bagi memastikan negara dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Bernama.
Akhirnya laporan bertajuk "Kerajaan gesa sektor swasta cergaskan industri kelapa" dimana dikatakan iaitu kerajaan menggesa sektor swasta untuk turut serta dalam usaha untuk mencergaskan semula industri kelapa. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata industri itu mampu menjana pendapatan dan kekayaan, dan membawa kemakmuran kepada petani dan pengilang. "Kerajaan akan menggalakkan sektor swasta turut serta dan berkongsi teknologi dalam industri, dengan sektor swasta (peranan) menjadi syarikat utama untuk tujuan menggalakkan pekebun kecil (menanam kelapa)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Peringkat Menteri serta Sesi Mesyuarat Bersama Komuniti Kelapa, Asia dan Pasifik ke-54 di sini hari ini. Salahuddin berkata pada tahun 1950-an hingga 1970, Malaysia merupakan pengeksport kelapa sebelum kemunculan kelapa sawit. Beliau berkata kini negara mengimport kira-kira 120 juta kelapa setahun, terutama dari Indonesia untuk memenuhi keperluan domestik yang dianggarkan melebihi 650 juta kelapa setahun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI KELAPA... DIBINCANG SELALU...
MESYUARAT APCC..MENTERI BERITAHU...
PERLU DIPERBAIKI... JENIS KELAPA BARU...
SUDAH DU=IUMUMKAN... KENA TUNGGU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1038, Hotel Royale Chulan Damansara,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(19 Muharram 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan