Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
LOBAK MERAH (Daucus carota) ialah tumbuhan berisi dalam tanah yang dituai untuk dijadikan makanan yang enak dan sedap. Pada artikel terdahulu saya menulis mengenai panduan menanam lobak merah dirumah sebagai satu perkongsian maklumat teknologi pertanian (Sila klik disini). Kali ini saya berkongsi dengan pembaca blog anim agro technology iaitu panduan menyemai lobak merah varieti popular iaitu Varieti Scarlet Nantes. Lobak merah ini juga termasuk dalam kumpulan lobak merah yang digelar varieti Nantes. Selain varieti nantes kita juga akan menjumpai 3 varieti lain iaitu lobak merah Varieti Imperator, lobak merah Varieti Chantenay dan lobak merah Varieti Miniature. Setiap variati ini juga terdapat pelbagai jenis di dalamnya dimana ramai dikalangan pengguna di Malaysia kurang kenal akan varieti-varieti lobak merah. Malaysia mengimport lobak merah daripada luar negara walau pun penanaman dikawasan tanah tinggi dijalankan tetapi itiak mencukupi. Jika kita hendak mengenali lobah merah jenis Scarlet Nantes ini juga boleh digelar sebagai Jenis Early Coreless Carrot. Ianya merupakan sayuran musim sejuk yang mempunyai lobak berbentuk silinder yang boleh mencapai 7 inci panjang mengikut keadaan media atau tanah. Pokok lobak merah scarlet nantes ialah jenis biennial iaitu bermaksud pokok cepat dituai hasilnya. Berikut panduan untuk menanam lobak merah scarlet nantes. Walau pun aktiviti penanaman lobak merah memerlukan iklim sesuai iaitu sejuk tetapi ada juga usaha menanam lobak merh disekeliling rumah. Bagi mereka yang ingin menanam lobak merah di atas batas seeloknya mereka membuat pengemburan terlebih dahulu. Korek tanah sedalam 8 inci atau 1 kaki dalam dan gembur tanah sehingga menjadi serpihan-serpihan halus yang poros dan gembur. Buang segala benda asing seperti akar, rumput, ranting, semen, paku dan batu, ini bertujuan agar berlaku pembentukan lobak tidak terganggu. Naikkan batas setinggi 2 kaki. Kemudian perlu menabur baja kompos setinggi 2 inci pada keseluruhan batas dan jika perlu tabur 2 genggam kapur pertanian pada saiz batas 2 X 6 kaki persegi (kuantiti kapur pertanian mengikut saiz batas anda). Kemudian tabur baja NPK subur nisbah 10-10-10 pada batas tersebut dan gaul hingga merata. Kuantiti baja subur yang digunakan berdasarkan pada jadual pemakaian pada pembungkusnya. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakannya. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' panduan menanam lobak merah jenis Nantes sekadar dijadikan bahan bacaan anda.

Kepada mereka yang menanam lobak merah varieiti Scarlet nantes biasanya akan menggunakan diatas batas tanpa mengorek tanah memadai dengan perlu menyediakan kayu yang sesuai untuk membuat raised bed. Cari kayu bersaiz 10 inci lebar dengan saiz muatan batas ialah 2 X 6 kaki persegi (mengikut kesesuaian penanam berapa sukatan raised bed yang ingin dibuat). Sediakan media untuk penanaman iaitu dengan kaedah menggunakan campuran cocopeat, kompos, pasir serta baja NPK 10-10-10 atau beli 5 bundle potting mixture atau pun secukupnya di kedai-kedai nuseri atau kedai pertanian berhampiran. Masukkan ke dalam raised bed yang dibuat hingga penuh pada paras kayu atau papan tersebut. Adalah disyorkan bagi mereka yang ingin menanam lobak merah scarlet nantes pada pasu atau dalam bekas kontena hanya perlu menyediakan media yang boleh dibeli di nuseri yang berhampiran. Masukkan media ke dalam pasu sehingga penuh. Paling utama adalah mendapatkan benih Lobak Merah varieti Scarlet nantes di kedai-kedai pertanian atau jualan benih online yang terpercaya denga mempastikan anda membeli benih yang tidak tarikh luput iaitu masih baharu. Buka pembungkus lobak merah scarlet nantes tersebut dan masukkan ke dalam satu bekas yang bersih dan juga dicampurkan 4 sudu makan pasir dan gaul merata. Pastikan guna pasir yang agak kering sedikit agar benih dapat dijarakkan semaksima mungkin. Sebaiknya pada tapak penanaman batas tanaman atau pasu, anda boleh membuat satu garisan alur sedalam 1 inci untuk menyemai benih lobak merah tersebut dan benih lobak merah yang telah sedia dicampurkan ke dalam pasir itu disemai ke dalam alur yang telah dibuat tadi. Tutup alur tersebut dengan tanah ditepinya dan siram dengan air secara sederhana. Media jangan terlalu basah cukup media lembab.

Lazimnya dari pemerhatian penulis blog, benih lobak merah scarlet nantes mengambil masa untuk bercambah kira-kira 2 minggu (14 hari). Anda perlu bersabar jika selepas menyemai benih lobak merah ini lmbat sedikit tumbuh (Sila lihat foto disebelah).  Biasanya selepas 20 hari maka bolehlah membuat penjarakkan anak pokok dengan mencabut beberapa anak pokok yang tidak diperlukan. Jarak yang sesuai antara anak pokok ialah 5 - 6 inci. Oleh itu perlu mencabut anak pokok tersebut untuk mengelakkan faktor persaingan mendapatkan makanan dan paling penting untuk membuat penjarakan anak pokok ialah mendapatkan lobak yang bersaiz standard dan cantik. Jika tidak dijarakkan maka akibatnya umbisi lobak merah menjadi bersaiz kecil.  Jangan ada perasaan rasa sayang jika mencabut anak lobak merah tersebut hasilnya kelak akan berbaloi dengan mendapat isi lobak yang sama dengan isi lobak yang dijual di kedai. Sebaiknya untuk mengekalkan kelembapan pada tanah maka bolehlah anda menyulamnya dengan menanam benih radish di antaranya. Benih radish amat cepat bercambah dan cepat dituai. Ini adalah saranan dan cara biasa yang diguna pakai oleh pekebun luar negara bilamana menanam lobak merah. Setelah anak pokok lobak merah bercambah maka ia perlu disiram anak pokok menggunakan air secukupnya iaitu 2 minggu sekali. Jangan biarkan media tanaman menjadi kering kerana ia membantutkan anak pokok lobak membesar dengan baik. Jangan pula terlebih siram sehingga media tanaman akan basah lembab berair dimana ini juga tidak baik untuk pokok lobak tersebut. Menyiram dengan cara sederhana dengan melihat media di mana jika media masih lembab dan merasakan ia cukup kandungan air dalam tanah tidak perlu disiram. Cabut rumput rumpai yang tumbuh di kawasan batas, raised bed atau pasu jika ada. Kita tidak mahu ada persaingan mendapatkan makanan di antara pokok lobak dan rumput rumpai.

Dalam menentukan amalan agronomi tanaman lobak merah, perlu dilakukan proses penjagaan berterusan. Penjagaan pokok lobak merah varieti scarlet nantes tidaklah rumit. Ia mudah dijaga dan tidak perlu memberi perhatian berlebih-lebihan. YPastikan cukup kelembapan tanah, baja diberikan memang sudah memadai. Lobak merah ditanam untuk mendapatkan isi lobaknya dan sebaiknya dilakukan proses membaja dengan jadual yang betul. Pokok lobak merah tidak perlu baja N (nitrogen) yang banyak dalam tanah kerana lazimnya baja N ini akan menjadikan daun pokok rimbun tetapi isi lobak yang terhasil adalah bersaiz kecil dan bercabang (Sila anda lihat foto disebelah).  Penaaman obak merah ini boleh dituai sekitar 70 - 75 hari selepas menanam. Menuai lobak merah scarlet nantes dengan menggunakan alat serampang tangan. Korek tanah dan tuai isi lobak tersebut dan kemudian dibuang daunnya dan bersihkan tanah dengan air. Toskan air dengan meletakkan lobak merah di atas tuala bersih atau tisu. Kemudian masukkan ke dalam bekas kontena kedap udara seterusnya simpan ke dalam peti sejuk. Lobak merah varieti scarlet nantes sesuai di masak seperti masak panggang, masak stem, dibuat air jus, atau dicampurkan ke dalam salad. Juga ia sesuai dimasak mengikut resepi budaya sendiri. Nikmatilah lobak merah tanam sendiri bersama keluarga anda jika anda berkeinginan. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM LOBAK MERAH... MACAMANA...
DALAM KOTAK... MENGGUNAKAN MEDIA..
BENIH DISEMAI... 75 HARI BOLEH TUAINYA...
MEMANG SERONOK... BERKEBUN BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(5 Ramadan 1439H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top