DUBAI 'WORLD OF PERISHABLE' merupakan satu Expo Timur Tengah (Middle East International Perishable Expo) iaitu pameran peringkat dunia mempromosikan bahan pertanian yang segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai teknologi pertanian dan sebagainya yang diadakan di Dubai World Trade Centre setiap tahun. Penulis blog yang berpeluang mengikuti dan mengetuai delegasi Malaysia tahun ini daripada 1 - 3 Oktober 2018 melibatkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Kedutaan dn ACO Dubai, MARDI, MATRADE serta 8 eksporter dari Malaysia terlibat dalam melaksanakan pameran ini. Sebanyak lebih daripada 221 booth melibatkan 38 negara dan 11 Pavillions dari seluruh dunia turut mengikuti pameran ini di Hall 1, Dubai World Trade Center, Dubai. Ekspo ini telah berjaya menjadikan pasaran produk makanan segar (fresh produce) memasukki pasaran timur tengah dengan ramai dikalangan pemain industri seperti pengeluar, pengesport, traders dan pengimport bertemu untuk menjalinkan dan memperluaskan jaringan pasaran mereka. WOP Dubai 2018 berjaya menarik ramai professional, ahli perniagaan dan sebagainya dalam mempastikan ruang pasaran yang terbuka luas di timur tengah ini terus membangun dengan kukuh kerana keperluan bahan makanan segar untuk region disini amat besar saiz pasarannya. Delepagi Malaysia mempamerkan produk nanas dengan tumpuan kepada nanas segar varieti JOSAPINE dan juga beberapa varieti nanas sedia ada yang telah memasukki pasaran di timur tengah seperti nanas MD2 dan Nanas N36. Nanas varieti Josapine memang belum pernah di eksport ke Timur Tengah sebelum ini dimana hampir 95% adalah dieksport ke Singapura sahaja. Produk lain yang dipamerkan seperti oleh Sykt DRS dengan buah segar seperti Tembikai, Melon, Nangka, Papaya, Mangga dan beberapa jenis lagi. Syarikat dari Ipoh memperkenalkan sayuran Organik segar dalam pameran di booth Malaysia ini. Ekspo ini dirasmikan oleh kenamaan daripada UAE pada pagi hari pertama (1 Oktober 2018) dimana penulis blog dan ACO Dubai sempat buat sedikit penerangan mengenai potensi eksport nanas Malaysia (Sila lihat foto diatas). Artkel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya berusaha mempaparkan mengenai aktiviti Middle East World of Perishable disekalikan dengan International Plants Middle East 2018 yang dihadiri penulis.
Nanas (Ananas commosus) merupakan salah satu jenis buah tropika yang ada diimport ke Timur Tengah oleh beberapa negarapengeluar seperti dari Filipina, Indonesia, Malaysia, Costa Rica, Ghana, Brazil, jamaica dan beberapa lagi. Nanas Segar dari varieti N36 dan MD2 dari Malaysia telah menembusi pasaran Timur Tengah sejak lama dulu ke Dubai, Iran, Kuwait, Turki, Mesir dan beberapa negara lagi. Faktur jarak dan kos untuk menghantar buah nanas segar menjadi satu faktur penentu dalam eksport nanas ini. Nanas adalah buah perishable yang mempunyai ketahanan tidak lama (antara 15 - 30 hari) dalam keadaan terkawal. Penghantaran dari Filipina selama 18 hari, dari Indonesia dan Malaysia sekitar 9 -11 hari sementara dari Benua Afrika lebih cepat lagi. Kebanyakkan nanas N36 dari Malaysia akan digunakan sebagai 'mixed fruit' dan 'salad' untuk dihidangkan di hotel-hotel dan dalam menu makanan di negara ini bukan untuk di makan segar seperti di negara kita. Delegasi Malaysia juga berkunjung ke Ibupejabat Hypermarket LuLu iaitu rangkaian pemilik pasaraya terbesar di Abu Dhabi, UAE dan berjaya berbincang untuk memperkenalkan nanas varieti Josapine ke pasaran mereka. Mereka kemudan hadir dalam WOP ini pada keesokkan harinya dimana menyatakan potensi amat besar untuk nanas Josapine dijual dipasaraya mereka (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun mereka beritahu akan faktur harga, jangkamasa penghantaran dan kualiti nanas Josapine ini dapat diselesaikan. Pada masa ini Nanas Filipina dan Nanas Indonesia yang di bawa ke Timur Tengah adalalah lebih murah berbanding dengan buah nanas dari Malaysia. CEO Pasaraya LULU tersebut menyatakan memang diakui bahawa nanas dari Malaysia adalah lebih berkualiti kerana berjus dan manis. Ruang pasaran untuk nanas segar dan nenan untuk buat jus amat tinggi permintaanya di Timur Tengah.
Dalam penerangan yang di berikan oleh ACO Dubai, En Kamarul Idzam menyatakan bahawa Ekspo WoF 2018 ini memang bertepatan untuk negara Malaysia apabila penghantaran buah nanas dari Filipina berkurangan akibat bencana alam taufan yang baru berlaku. Pengimport di Dubai memerlukan banyak bekalan buah nanas dan buah-buahan lain yang lazimnya dihantar oleh Filipina dan Indonesia yang berkurangan. Encik Kamarul juga menyatakan negara Timur Tengah memerlukan jumlah bahan makanan yang banyak kerana mereka tidak mampu mengeluarkannya sendiri serta berlaku pertumbuhan sektor lain dan pertambahan penduduk. Potensi Malaysia untuk menghantar produk segar dan produk proses ke Timur Tengah perlu diperkukuhkan lagi (Sila lihat foto disebelah). Nanas merupakan antara jenis buah tidak bermusim yang boleh ditanam sepanjang tahun dan dirancang jadual dan jumlah pengeluarannya mengikut kehendak pasaran. LPNM yang komited dengan pengeluaran dan promosi pemasaran nanas untuk memajukan industi ini. Potensi untuk nana Josapine di eksport memang ada dengan mempastikan kualiti buah dijaga baik. Setakat hari ini indeks kematangaan 120 dihantar masih boleh diterima dan perlu diteliti lagi indeks yang lebih tepat. Nanas Josapine hasil kajian saintis MARDI diperkenalkan pada July 1985 dan kini merupakan varieti nanas paling luas ditanam di Malaysia melebihi 2,400 hektar. Ia merupakan nanas jenis hibrid iaitu hasil kacukan Nanas Johor (JO) dengan nanas Sarawak (SA) digabungkan menjadi JOSAPINE. Malaysia menghasilkan sebanyak 434,900 metrik tan nanas pada 2017 dengan nilai sebanyak RM610 juta dimana sebanyak RM34 juta adalah untuk dieksport bagi segmen pasaran nanas segar (Sumber: LPNM). Pada masa ini Malaysia mendudukki tangga ke 18 dalam senarai 89 buah pengeluar nanas dunia dan mendudukki tangga ke 22 dalam senarai negara pengeksport nanas dunia.
Satu pasukan lain dari LPNM dan Pengejksport pula membuat Kajian Pasaran Nanas Josapine ini di Hypermarket LuLu Al Basra (Sila lihat foto disebelah). Tujuan promosi dan kajian nanas Josapine ini adalah untuk memperkenalkan kepada pengguna disamping mendapatkan respon mereka berbanding beberapa nanas lain yang ada dari Malaysia seperti MD2 dan N36. Temuan awal mendapati pengguna amat suka dengan nanas Josapine setaraf dengan nana MD2 yang juga dibuat ujirasa. Nampaknya mereka tidak dapat membesakan sebagai pengguna tentang kedua-dua jenis nanas ini secara spesifik tidak seperti kita di Malaysia yang pasti lebih suka kepada nanas MD2. Setiap responden akan diberikan ujirasa nanas Josapine dan kemudian diberikan borang penilaian untuk diisikan. Kajian selama 3 hari ini akan digunakan oleh LPNM dalam merencana strategi pemasaran nanas Josapine. pengurusan LuLu Hypermarket memberikan kerjasama baik kepada LPNM menyediakan kemudahan seperti kawasan strategik, meja potong, meja, tong dan sebagainya sepertimana yang dirancang bersama. Daripada respon awal didapati nanas Josapine memang mempunyai potensi besar untuk dihantar ke Timur Tengah kerana hanya Malaysia sahaja yang mempunyai varieti Josapine yang baik untuk pasaran domestik dan ekaport. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca anim agro technologu kali ini. Terimakasih kepada KSU MoA, Duta UAE, ACO Dubai, Staff LPNM, Pengeksport Nanas dan semua yang menjayakan WoF Booth Malaysia kali ini. Wasallam!!...
NAMA EKSPO 'WOF'... DI DUBAI SANA...
NANAS JOSAPINE... PERTARUHANNYA...
RESPON BAIK.. RANCANG EKSPORTNYA...
PERLUKAN KERJASAMA...DARI SEMUA...
By,
M Anem,
Room 109, DaobleTree Hilton Hotel,
Al Basra, Dubai,
UAE.
(1 Oktober 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan