Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
SATU KAJIAN PASARAN NANAS JOSAPINE di United Arab Emirate khususnya di Dubai telah dijalankan oleh satu pasukan daripada LPNM dan Pengeksport Nanas daripada Malaysia dan Petugas di Pasaraya LuLu Hypermarke di Al- Barsha, Dubai. Kajian pasaran ini dibuat bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana penerimaan buah nanas varieti Josapine (AC5) yang didaftarkan dalam National Plant Variety Listing Malaysia pada tahun 2013. Nanas Josapine merupakan hasil penyelidikan biakbaka oleh MARDI yang lama dilancarkan iaitu pada 4 Julai 1985 sebagai nanas MARDI Hybrid 1 di Pontian, Johor. Ia adalah hasil kacukan Nanas Johor (JO) dengan Nanas Sarawak (SA) dimana kemudian digabungkan menjadi JOSAPINE. Menurut KP LPNM, Datuk Mohd Anim mennyatakan dimana nanas Josapine merupakan varieti paling luas ditanam di Malaysia dengan jumlah keluasan melebihi 2,400 hektar. Keluasan tanaman nanas di Malaysia adalah seluas 13,500 hektar dengan pengeluaran sebanyak 435,000 metrik tan bernilai sebanyak RM610 juta (Lebih setengah billion ringgit) pada tahun 2017. Keluasan dan pengeluaran nanas negara akan terus meningkat dengan lebih banyak program penanaman dilakukan oleh pengusaha dengan bimbingan LPNM dan potensi pasaran eksport terutama untuk nanas MD2, Nanas N36 dan Nanas Josapine. Nanas Josapine adalah untuk kegunaan segar dimana 90% pasaran ekport nanas varieti ini adalah ke Singapura (yang mungkin dieksport semula oleh Singapura). Malaysia kini mendudukki tangga ke 18 dalam senarai pengeluar nanas dunia dan kedudukan ke 22 dalam jumlah pengeksportan nanas dunia. Nilai eksport nanas segar dari Malaysia pada 2017 adalah sebanyak RM36 juta dengan sebahagian besar juga dihantar kenegara pasaran tradisional iaitu Singapura. Terkini Malaysia telah mampu mengeksport nanas dan produk nanas kepada lebih 60 buah negara didunia terutama nanas kaleng (nanas dalam tin), Ornamental nanas (Bromeliads), Jus Nanas dan Nanas Segar. Usaha LPNM dengan Kedutaan UAE dan Konsulat General dan ACO Dubai Dubai untuk menembusi pasaran nanas varoeti Josapine di Dubai khususnya dan Timur Tengah (GCC) umumnya dilakukan di Hyermarket LuLu Al-Barsha Dubai. Artikel malam ini saya menulis lagi "Anim Agro Technology" satu aktiviti penting iaitu membuat satu kajian potensi pasaran nanas varieti Josapine di UAE.


Nanas (Aananas commosus) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Bromeliaceae yang ditanam untuk tujuan mendapatkan buahnya. Terdapat sebanyakk 90 negara didunia yang ada menanam nanas untuk tujuan pasaran domestik dan eksport. Malaysia sebagai negara yang dahulu memang menerajui pasaran nanas dunia dengana nanas kaleng tetapi kini telah mula mencari pasaran untuk nanas segar. Negara Timur Tengah yang banyak padang pasir dan minyak memang tidak megeluarkan banyak bahan makanan sebaliknya mengimport dari luarnegara untuk keperluan rakyatnya. Kajian mengenai potensi pasaran eksport berkaitan nanas negar perlu dilakukan sepanjang masa. Nanas nerupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam tetapi memerlukan aspek teknikal seperti Amalan MyGAP untuk mempastikan buah nanas dihasilkan berkualiti dan mendapat harga yang premium. Nanas varieti Josapine ini tumbuh subur ditanah gambut dengan daun menegak, sebanyak 50 - 60 helai serta ada jambul bersaiz besar. Bagi tujuan tersebut biasanya perlu dibuat korek jambul. Biasanya perlukan masa diantara 110 - 120 hari selepas hormon untuk petik buahnya. Buah nanas Josapine muda berwarna ungu hijau berbentuk selinder (Sila lihat foto disebelah). Isinya memang menarik berwarna kuning keemasan dengan tinggi kandungan gula dan asid serta rasa yang enak. Buahnya besar dengan saiz diantara 1.5 - 1.8 kg sebiji dan beratnya adalah 75% lebih daripada nanas jenis Masmerah sebagai perbandingan. Istimewanya nanas Josapine kerana varieti ini tahan daripada masaalah Buah Hantu (Ghost fruit) dan Isi Hitam. Tanaman nanas Josapine masa ini dikawasan tanah gambut dan sesuai juga ditanam dikawasan tanah mineral. 


Potensi nanas Josapine untuk dieksport memang baik kerana ia adalah jenis Nanas Hibrid dari Malaysia yang telah melalui jangkamasa kajian amat lama. LPNM dengan ACO Dubai En Kamarul membuat perbincangan awal dengan pihak pengurusan Hypermarket Lulu untuk buat kajian pasaran nanas Josapine (Sila lihat foto disebelah). Ruang promosi yang luas dan strategik diberikan oleh pihak pengurusan Lulu dan mereka amat baik dalam memberikan kerjasama. Nanas adalah diantara produk segar buah-buahan selain daripada beratus-ratus jenis buah lain yang dijua di lokasi ini. Mempunyai konsep susunan yang sama dengan pasaraya gergasi lain di negara kita sepert Giant, TESO dan JUSCO didapati pasaraya ini dikunjungi oleh majoriti golongan pertengahan dan biasa dikalangan espatriate yang bertugas di Dubai. Di Dubai memang ramai pekerja asing terutama daripada India, Pakistan, bangladesh dan juga Filipina. Dianggarkan daripada 9 juta penduduk di UAE hanya 10% sahaja rakyat tempatan sementara yang lainnya adalah warga asing. Kos sara hidup yang tinggi di UAE adalah untuk kediaman, makanan dan juga pelajaran. Negara yang mempunyai banyak bangunan mencecah langit ini dikunjungi oleh berjuta pelancong dari seluruh dunia terutama ketika musim sejuk. Mereka juga membeli rumah di negara ini sebagai rumah kedua dan memang menjadi kesukaan rakyat kaya dari seluruh dunia untuk mempunyai hartanah di Dubai. Antara mereka seperti pelakon Bollywood Shahruk Khan yang ada rumah mewah di tepi laut yang cantik serta banyak jutawan lain. Negara ini mengimport banyak makanan dari seluruh dunia melalui pintu masuk udara (Air Port Dubai) dan laut (Pelabuhan Jabar Ali) serta jalan darat yang lain. Dubai adalah salah satu negara di Timur Tengah yang menjadi hub penting dalam kemasukan pelbagai produk makanan dan kemudian dieksport semula kenagara-negara teluk yang lain.


Dalam temuan awal yang dilakukan di sini mendapati dimana pengguna yang membuat uji cuba rasa makan nanas Josapine amat suka dengan nanas ini. Purata mereka memberikan markah 7 - 9 (markah penoh 9) mengenai tahap citarasa dan kebolehpasaran. Dari segi kegunaan segar dan dibuat jus pula didapati mereka sangat sukakannya. Dari segi aroma juga mendapat rating yang sangat baik. Pengguna di pasaraya ini juga dihidangkan dengan nanas premium MD2 dan memang mereka tidak membezakan diantara kedua varieti ini dengan jelas. Nanas Josapine adalah produk dari Malaysia yang perlu dipromosikan diperingkat lebih luas untuk pasaran eksport dengan menyediakan kesesuaian untuk kaedah penghantaran yang lebih baik. Walau pun nanas Josapine ini didakwa oleh warga Filipina menyamai dengan varieti F200 tetapi sebenarnya adalah berbeza. Beberapa eksporter akan mula membuat penghantaran nanas Josapine bersama dengan Nanas N36 seminggu selepas promosi ini dibuat di Dubai seperti Syarikat Jutawan Enterprise. Pemilik Syarikat tersebut yang dikenali dengan nana En Ah Heng akan menghantar beberapa kontena nanas Josapine pada indeks kematangan 110 hari dan 120 hari dalam kontena bagi melihat kadar kematangan selepas dibawa kapal selama 11-14 hari ke pelabuhan Jabal Ali di Dubai. Memang risiko untuk mengeksport nanas Josapine agak tinggi dalam menentukan kualiti buah yang dihantar dengan harga yang sesuai. Kajian lanjut oleh 2 pegawai MARDI yang tutur berada dalam kajian ini mungkin membantu pasaran  nanas Josapine. Pada masa ini terdapat 100 syarikat pengeksport nanas di Malaysia dan ada 3-5 syarikat sedang melihat peluang untuk membawa nanas Josapine ke Timur Tengah dimasa akan datang. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..


NANAS JOSAPINE... IA SUDAH LAMA...
KEGUNAAN DOMESTIK...SUDAH ADA...
KESINGAPURA... EKSPORT UTAMA...
PASARAYA LULU...KAJIAN DIMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Fruit Section, Al Basra Lulu ypermarket,
Al Basra, Dubai, 
United Arab Emirates.
(2 Oktober 2018).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top