Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Aktiviti hari ini ialah menyelesaikan pembinaan penghadang untuk batas timbun rumpun pokok kantan merah jambu. Rumpun pokok kantan ini sudah lama dan perlu di kemaskan dan ditanam semula.



Apa2 pun sebelum kemasan dilakukan, penghadang atau dinding batas timbun dibuat dahulu.Batas timbun membolehkan kawalan keatas kawasan tanaman dan kawasan pejalan kaki di asingkan.

Ini dapat mengelakkan tanah pada batas timbun dipijak yang mana akan memadatkan tanah tersebut sekaligus mengganggu pergerakan akar tanaman.

Penghadang atau dinding batas timbun boleh diperbuat dari apa2 sahaja bahan yang ada disekitaran kita untuk menjimatkan kos. Antara yang biasa digunakan ialah papan, batu-bata, atap genting, buluh, kayu-kayu, botol dan sebagainya.



Video ringkas berkaitan batas timbun pokok kantan

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top